Kolej Komuniti Klang

Kolej Komuniti Klang

Share

Kolej Komuniti Klang adalah sebuah Institute Pengajian Tinggi Awam di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

Menawarkan kursus Sepenuh Masa dan juga Kursus Pendek. Kolej Komuniti Klang adalah fan page aktiviti kursus pendek bagi merealisasikan Kolej Komuniti Klang sebagai Hub Pembelajaran Sepanjang Hayat Komuniti Klang. Kursus-kursus pendek di bawah program Pembelajaran Sepanjang Hayat ini menyediakan peluang kepada komuniti setempat untuk mempelajarai pelbagai kemahiran yang membolehkan mereka terus be

31/05/2026

𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐃𝐮𝐥𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐚𝐝𝐮𝐤𝐚 𝐁𝐚𝐠𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢-𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐨𝐧𝐠 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐈𝐛𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan dilimpahi rahmat serta keberkatan dalam meneruskan pemerintahan yang adil, berwibawa dan penuh hikmah demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat.

Sembah takzim daripada Pengarah dan seluruh warga Kolej Komuniti Klang.










31/05/2026

🌕 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐖𝐄𝐒𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔🪷

Seluruh warga Kolej Komuniti Klang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha yang meraikannya.

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa sinar kedamaian, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada seluruh masyarakat. Marilah kita bersama-sama menghayati nilai-nilai murni seperti kasih sayang, toleransi, hormat-menghormati dan keharmonian yang menjadi asas kepada perpaduan dalam masyarakat majmuk.










26/05/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 | 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 🌙✨

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, seluruh warga Kolej Komuniti Klang ingin mengucapkan 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚 kepada semua muslimin dan muslimat.

Aidiladha mengajar kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan serta ketaatan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Semoga semangat pengorbanan ini dapat terus menyatukan kita dalam membina masyarakat yang harmoni, prihatin dan berilmu.

Dalam kegembiraan menyambut Aidiladha bersama insan tersayang, marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan, keamanan dan keberkatan buat semua.

Semoga ibadah korban dan segala amalan kita diterima oleh Allah SWT.

🌟 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚
𝑴𝒂𝒂𝒇 𝒁𝒂𝒉𝒊𝒓 & 𝑩𝒂𝒕𝒊𝒏

Ikhlas daripada,
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 & 𝐒𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚
𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐊𝐥𝐚𝐧𝐠










26/05/2026

🎓 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐋𝐀𝐍𝐆 🎓

📣📣𝐏𝐄𝐑𝐇𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍

Surat tawaran serta 𝐁𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐬𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 boleh dicetak melalui portal ambilan seperti yang dinyatakan di bawah. Sila semak di ruangan komen.

🗓 25 Mei 2026 (Isnin)
🕓 Jam 12.00 tengah hari

sehingga

🗓 31 Mei 2026 (Ahad)
🕓 Jam 5.00 petang

📌 Tarikh pendaftaran pelajar adalah tertakluk seperti yang telah dinyatakan dalam Surat Tawaran masing-masing.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 Kolej Komuniti Klang, 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐲𝐧𝐚𝐟𝐢𝐬 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝟎𝟏𝟏𝟏-𝟑𝟎𝟎𝟕𝟔𝟗𝟕.

𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

26/05/2026

🎓 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 & 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐈 : 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐔𝐏𝐔𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀! 📢

Impian menyambung pengajian kini semakin hampir. Semak keputusan permohonan anda dan ambil tindakan segera mengikut tarikh yang ditetapkan.

📌 Maklumat penting:

✅ Semakan keputusan UPUOnline
🗓 22 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ 12.00 tengah hari
📍 Sehingga 31 Mei 2026 (Ahad), 5.00 petang

✅ Cetakan surat tawaran & pengesahan setuju terima tawaran (Program Asasi, Sijil & Diploma)
🗓 Bermula 25 Mei 2026 (Isnin)
⏰ 12.00 tengah hari
📍 Sehingga 31 Mei 2026 (Ahad), 5.00 petang

✅ Permohonan rayuan
Bagi calon yang tidak menerima tawaran, rayuan boleh dikemukakan bermula:
🗓 25 Mei 2026 (Isnin)
⏰ 12.00 tengah hari

📚 Tarikh pendaftaran pelajar baharu:
🔹 Program Asasi : 14 atau 15 Jun 2026
🔹 Program Diploma & Sijil : Bermula 21 Jun 2026 (Ahad)

✨ Tahniah kepada calon yang berjaya! Kepada yang masih berusaha, peluang masih terbuka melalui proses rayuan. Semak status anda dan jangan terlepas tarikh penting.

Photos from Kolej Komuniti Klang's post 26/05/2026

📌𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 (𝐀𝐁𝐓) 𝐃𝐈 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐋𝐀𝐍𝐆

𝟐𝟓 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐥𝐚𝐧𝐠 - Tahniah kepada Kolej Komuniti Klang kerana telah menjayakan sesi pemantauan Akuan Belum Terima (ABT) dengan penuh cemerlang. Sesi penutupan pemantauan ini telah dipengerusikan oleh Pengarah, En. Muhammad Andie bin Mamat dengan dibantu bersama Timbalan Pengarah, Puan Rohaida binti Lasuan. Sepanjang sehari pemantauan berlangsung semua pegawai telah memberikan komitmen yang tinggi dan kerjasama yang sangat padu.

𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Anda berminat untuk sertai Program Sijil Teknologi Maklumat (STM) yang ditawarkan di Kolej Komuniti Klang??? Hubungi 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 Kolej Komuniti Klang, 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐲𝐧𝐚𝐟𝐢𝐬 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝟎𝟏𝟏𝟏-𝟑𝟎𝟎𝟕𝟔𝟗𝟕.

Syabas!!! Apa tunggu lagi. Langkah JUARA anda bermula bersama kami.










25/05/2026

🎉 SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN eBorang MyPOLYCC DIBUKA! 🎉

Tahniah kepada semua calon yang telah membuat permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC). Kini tiba masanya untuk menyemak keputusan permohonan anda! 📢

📌 Semakan keputusan permohonan melalui eBorang MyPOLYCC dibuka mulai:
🗓️ 25 Mei 2026 (Isnin)
🕛 12.00 tengah hari

Bagi program berikut:
✅ Diploma Dandanan Rambut (WBL)
✅ Diploma in Culinary Arts (WBL)
✅ Diploma in Security Surveillance System Technology (WBL)
✅ Sijil Khas Operasi Katering
✅ Sijil Khas Pembinaan
✅ Sijil Khas Penyenggaraan Mekanikal
✅ Sijil Khas Reka Bentuk Grafik

📍 Program selain yang dinyatakan, semakan keputusan boleh dibuat bermula:
🗓️ 5 Jun 2026 (Jumaat)
🕛 12.00 tengah hari

📄 Cetakan surat tawaran & pengesahan setuju terima tawaran bagi program di atas boleh dibuat mulai:
🗓️ 25 Mei 2026 (Isnin), 12.00 tengah hari
hingga
🗓️ 31 Mei 2026 (Ahad), 5.00 petang

🔁 Tidak berjaya? Jangan putus asa!
Calon yang tidak berjaya masih berpeluang membuat permohonan rayuan bermula:
🗓️ 25 Mei 2026 (Isnin)
🕛 12.00 tengah hari

✨ Semak keputusan anda dan rebut peluang melakar masa depan bersama POLYCC. Pendidikan TVET, laluan kerjaya lebih cerah!

25/05/2026

Photos from Kolej Komuniti Klang's post 25/05/2026

📌𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 (𝐀𝐁𝐓) 𝐃𝐈 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐋𝐀𝐍𝐆

𝟐𝟓 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐥𝐚𝐧𝐠 - Kolej Komuniti Klang amat berbesar hati menerima pasukan pemantauan dari Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi meninjau perlaksanaan pengurusan 𝐀𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐁𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 (𝐀𝐁𝐓).

Program ini memberi fokus kepada pemantauan status kutipan, semakan rekod kewangan serta tindakan susulan terhadap akaun-akaun yang masih belum dijelaskan. Selain itu, sesi pemantauan ini turut bertujuan memperkukuhkan kawalan dalaman serta meningkatkan keberkesanan pengurusan hasil dan kewangan Kolej Komuniti Klang.

Diharapkan pemantauan ini dapat meningkatkan pengurusan ABT yang lebih baik dan efisen dikalangan warga Kolej Komuniti Klang.

𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Anda berminat untuk sertai Program Sijil Teknologi Maklumat (STM) yang ditawarkan di Kolej Komuniti Klang??? Hubungi 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 Kolej Komuniti Klang, 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐲𝐧𝐚𝐟𝐢𝐬 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝟎𝟏𝟏𝟏-𝟑𝟎𝟎𝟕𝟔𝟗𝟕.

Syabas!!! Apa tunggu lagi. Langkah JUARA anda bermula bersama kami.










Photos from Kolej Komuniti Klang's post 25/05/2026

📋 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐙𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐑𝐔𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐃𝐈 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐋𝐀𝐍𝐆

𝟐𝟎 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐥𝐚𝐧𝐠 - Naziran yang telah berlangsung selama 5 hari ini telah berlangsung dengan jayanya oleh pasukan Juru Audit, Bahagian Akaun, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bertujuan bagi Naziran Pematuhan Akruan 2026 ke atas dokumen kewangan dan Arahan Pembayaran bagi Pusat Tanggungjawab (PTJ). Naziran ini adalah selaras dengan Perbendaharaan 139.

Penutupan naziran telah dipengerusikan oleh 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐑𝐨𝐡𝐚𝐢𝐝𝐚 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐋𝐚𝐬𝐮𝐚𝐧 dengan bantuan dan kerjasama 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐄𝐤𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐢𝐟, 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐭𝐢 𝐍𝐨𝐫 𝐀𝐳𝐢𝐚𝐡 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐥𝐢 serta barisan pegawai Kolej Komuniti Klang.

Moga segala ilmu, dapatan serta teguran yang diterima akan diperbaiki dalam merealisasikan pengurusan dokumen Kolej Komuniti Klang yang lebih cemerlang dan sistematik.

𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Anda berminat untuk sertai Program Sijil Teknologi Maklumat (STM) yang ditawarkan di Kolej Komuniti Klang??? Hubungi 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 Kolej Komuniti Klang, 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐲𝐧𝐚𝐟𝐢𝐬 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝟎𝟏𝟏𝟏-𝟑𝟎𝟎𝟕𝟔𝟗𝟕.

Syabas!!! Apa tunggu lagi. Langkah JUARA anda bermula bersama kami.










Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No. 2680 Persiaran Tengku Ampuan Rahimah
Klang
41200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00