Kolej Komuniti Klang

Kolej Komuniti Klang

Share

Kolej Komuniti Klang adalah sebuah Institute Pengajian Tinggi Awam di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

Menawarkan kursus Sepenuh Masa dan juga Kursus Pendek. Kolej Komuniti Klang adalah fan page aktiviti kursus pendek bagi merealisasikan Kolej Komuniti Klang sebagai Hub Pembelajaran Sepanjang Hayat Komuniti Klang. Kursus-kursus pendek di bawah program Pembelajaran Sepanjang Hayat ini menyediakan peluang kepada komuniti setempat untuk mempelajarai pelbagai kemahiran yang membolehkan mereka terus be

Photos from Kolej Komuniti Klang's post 03/08/2026

🌶️ 𝐍𝐓𝐖: 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐒𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐒 𝐂𝐈𝐋𝐈

𝐊𝐋𝐀𝐍𝐆, 𝟐 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐀𝐡𝐚𝐝) – Kolej Komuniti Klang telah berjaya menganjurkan Kursus Penghasilan Sos Cili sempena 𝐍𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐓𝐫𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐖𝐞𝐞𝐤 (𝐍𝐓𝐖) 𝟐𝟎𝟐𝟔.

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai teknik penyediaan sos cili yang berkualiti, merangkumi pemilihan bahan, penyediaan, proses memasak, pembotolan serta amalan kebersihan dan keselamatan makanan.

Tahniah dan terima kasih kepada penceramah Puan Noorashikin binti Talip di atas perkongsian ilmu dan kepakaran. Kursus ini telah diselaraskan oleh Pn. Mazniza binti Sulaiman.

𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Anda berminat untuk sertai Program Sijil Teknologi Maklumat (STM) yang ditawarkan di Kolej Komuniti Klang??? Hubungi 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 Kolej Komuniti Klang, 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐲𝐧𝐚𝐟𝐢𝐬 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝟎𝟑-𝟑𝟑𝟕𝟑𝟐𝟎𝟑𝟎. Syabas!!! Apa tunggu lagi.

Langkah JUARA anda bermula di sini.










Photos from Kolej Komuniti Klang's post 03/08/2026

📸 𝐍𝐓𝐖: 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓𝐏𝐇𝐎𝐍𝐄 𝐅𝐎𝐓𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐄𝐃𝐈𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐅𝐎𝐓𝐎

𝐊𝐋𝐀𝐍𝐆, 𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮) - Kolej Komuniti Klang telah berjaya menganjurkan Kursus Smartphone Fotografi dan Editing Foto sempena 𝐍𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐓𝐫𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐖𝐞𝐞𝐤 (𝐍𝐓𝐖) 𝟐𝟎𝟐𝟔.

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai teknik asas fotografi menggunakan telefon pintar, termasuk komposisi gambar, pencahayaan, sudut rakaman serta penggunaan aplikasi penyuntingan foto bagi menghasilkan imej yang lebih menarik dan berkualiti.

Melalui sesi teori dan latihan praktikal, para peserta berpeluang mengaplikasikan teknik yang dipelajari secara langsung serta meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan kandungan visual yang sesuai untuk kegunaan peribadi, pendidikan mahupun media sosial.

Tahniah dan terima kasih kepada penceramah En. Yusri bin Md Yusof yang juga merupakan Pensyarah bagi Program STM di atas perkongsian ilmu dan kepakaran. Kursus ini telah diselaraskan oleh Pn. Nooraina binti Ismail.

𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Anda berminat untuk sertai Program Sijil Teknologi Maklumat (STM) yang ditawarkan di Kolej Komuniti Klang??? Hubungi 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 Kolej Komuniti Klang, 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐲𝐧𝐚𝐟𝐢𝐬 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝟎𝟑-𝟑𝟑𝟕𝟑𝟐𝟎𝟑𝟎. Syabas!!! Apa tunggu lagi.

Langkah JUARA anda bermula di sini.










Photos from Kolej Komuniti Klang's post 03/08/2026

𝐍𝐓𝐖 : 𝐄𝐃𝐈𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐂𝐀𝐏𝐂𝐔𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐁𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎

𝐊𝐋𝐀𝐍𝐆, 𝟐 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐀𝐡𝐚𝐝) - Kolej Komuniti Klang telah berjaya menganjurkan Kursus Editing Video CapCut dan Penerbitan Video sempena 𝐍𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐓𝐫𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐖𝐞𝐞𝐤 (𝐍𝐓𝐖) 𝟐𝟎𝟐𝟔.

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai teknik asas penyuntingan video menggunakan aplikasi CapCut, merangkumi proses penyusunan klip video, penggunaan teks, muzik, kesan visual, transisi serta teknik suntingan bagi menghasilkan video yang kreatif dan berkualiti.

Selain itu, peserta turut didedahkan kepada asas penerbitan video, termasuk perancangan kandungan, teknik rakaman menggunakan telefon pintar serta kaedah menghasilkan video yang sesuai untuk tujuan promosi, pembelajaran dan perkongsian di platform media sosial.

Tahniah dan terima kasih kepada penceramah En. Yusri bin Md Yusof yang juga merupakan Pensyarah bagi Program STM di atas perkongsian ilmu dan kepakaran. Kursus ini telah diselaraskan oleh En. Hailme Nor Haizat bin Ismail.

𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Anda berminat untuk sertai Program Sijil Teknologi Maklumat (STM) yang ditawarkan di Kolej Komuniti Klang??? Hubungi 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 Kolej Komuniti Klang, 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐲𝐧𝐚𝐟𝐢𝐬 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝟎𝟑-𝟑𝟑𝟕𝟑𝟐𝟎𝟑𝟎. Syabas!!! Apa tunggu lagi.

Langkah JUARA anda bermula di sini.










Photos from Kolej Komuniti Klang's post 03/08/2026

𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐃𝐎𝐇 𝐊𝐄 𝐃𝐎𝐍𝐔𝐓! 🍩 𝐏𝐏𝐊𝐈 𝐒𝐌𝐊 𝐒𝐑𝐈 𝐀𝐍𝐃𝐀𝐋𝐀𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐊𝐊 𝐊𝐋𝐀𝐍𝐆

𝐊𝐋𝐀𝐍𝐆, 𝟐𝟗 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐑𝐚𝐛𝐮) – Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Klang terus mengorak langkah dalam memperkasakan komuniti menerusi penganjuran Kursus Pembuatan Donut yang melibatkan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SMK Sri Andalas.

Kursus ini memberi pendedahan secara praktikal kepada para peserta mengenai teknik asas menghasilkan donut, bermula daripada penyediaan doh, proses menggoreng sehingga kepada hiasan dan penyajian. Selain mempelajari kemahiran kulinari, peserta turut didedahkan kepada nilai kerjasama, disiplin, kreativiti dan keyakinan diri sepanjang aktiviti dijalankan.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen Kolej Komuniti Klang dalam memperkasakan komuniti melalui pendidikan dan latihan kemahiran yang inklusif, selaras dengan aspirasi melahirkan masyarakat yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing.

Tahniah kepada Puan Noor Aishah binti Muslim, Pegawai Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di atas komitmen serta kesungguhan dalam penyelarasan dan penganjuran program ini.

𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Anda berminat untuk sertai Program Sijil Teknologi Maklumat (STM) yang ditawarkan di Kolej Komuniti Klang??? Hubungi 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 Kolej Komuniti Klang, 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐲𝐧𝐚𝐟𝐢𝐬 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝟎𝟑-𝟑𝟑𝟕𝟑𝟐𝟎𝟑𝟎. Syabas!!! Apa tunggu lagi.

Langkah JUARA anda bermula di sini.










Photos from Kolej Komuniti Klang's post 03/08/2026

𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐎𝐖𝐍𝐇𝐀𝐋𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐘𝐁 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈

𝐊𝐋𝐀𝐍𝐆, 𝟐𝟖 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚) – Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2026 bersama sesi townhall Menteri Pendidikan Tinggi telah diadakan di Dewan Za'ba, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Putrajaya yang dirasmikan oleh YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir (Menteri Pendidikan Tinggi).

Antara pengisian utama adalah Pelancaran Manual: Pengenalan Manual Pengurusan Isu dan Krisis Edisi 1/2026 untuk memperkasa komunikasi strategik kementerian, Bulan Kebangsaan Pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang 2026 peringkat KPT dan Sesi Townhall: Perbincangan dua hala dan penyampaian amanat bersama warga kerja KPT.

Terima kasih kepada Puan Noor Shashimawati binti Meor Kamar dan Puan Halida binti Mohd Zahari, Pensyarah Kanan Program STM di atas komitmen dalam menghadiri perhimpunan ini.

𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Anda berminat untuk sertai Program Sijil Teknologi Maklumat (STM) yang ditawarkan di Kolej Komuniti Klang??? Hubungi 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 Kolej Komuniti Klang, 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐲𝐧𝐚𝐟𝐢𝐬 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝟎𝟑-𝟑𝟑𝟕𝟑𝟐𝟎𝟑𝟎. Syabas!!! Apa tunggu lagi.

Langkah JUARA anda bermula di sini.










Photos from Kolej Komuniti Klang's post 03/08/2026

𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐎𝐓𝐄𝐍𝐒𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐌𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍: 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐈𝐇 & 𝐃𝐄𝐒𝐒𝐄𝐑𝐓 𝐏𝐑𝐄𝐏𝐀𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐏𝐊𝐈 𝐒𝐌𝐊 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐊𝐀𝐏𝐀𝐑 𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇

𝐊𝐋𝐀𝐍𝐆, 𝟐𝟖 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚) – Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Klang terus mengorak langkah dalam memperkasakan komuniti menerusi penganjuran Bengkel Malaysian Kuih & Dessert Preparation yang melibatkan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SMK Sungai Kapar Indah.

Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan asas kepada peserta dalam penyediaan kuih-muih dan pencuci mulut tempatan melalui pembelajaran secara praktikal. Selain meningkatkan kemahiran kulinari, program ini turut memupuk keyakinan diri, kreativiti serta semangat kerjasama dalam kalangan peserta.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen Kolej Komuniti Klang dalam memperkasakan komuniti melalui pendidikan dan latihan kemahiran yang inklusif, selaras dengan aspirasi melahirkan masyarakat yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing.

Tahniah kepada Puan Noor Aishah binti Muslim, Pegawai Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di atas komitmen serta kesungguhan dalam penyelarasan dan penganjuran program ini.

𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Anda berminat untuk sertai Program Sijil Teknologi Maklumat (STM) yang ditawarkan di Kolej Komuniti Klang??? Hubungi 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 Kolej Komuniti Klang, 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐲𝐧𝐚𝐟𝐢𝐬 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝟎𝟑-𝟑𝟑𝟕𝟑𝟐𝟎𝟑𝟎. Syabas!!! Apa tunggu lagi.

Langkah JUARA anda bermula di sini.










Photos from Kolej Komuniti Klang's post 03/08/2026

𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐌𝐀𝐈 𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍: 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀𝐋𝐎𝐆 𝐉𝐏𝐏 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉

𝐊𝐋𝐀𝐍𝐆, 𝟐𝟒 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧) – Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Komuniti Klang telah mengadakan Sesi Dialog JPP bersama Pengurusan Kolej yang melibatkan Pengarah Kolej Komuniti Klang, En. Muhammad Andie bin Mamat, serta Timbalan Pengarah, Puan Rohaida binti Lasuan. Sesi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Kolej Komuniti Klang ini diadakan dalam suasana yang harmoni, terbuka dan penuh berhemah.

Dialog ini bertujuan menjadi platform komunikasi dua hala antara pihak pengurusan kolej dengan barisan kepimpinan pelajar bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan kebajikan, pembangunan sahsiah, akademik serta cadangan penambahbaikan terhadap persekitaran pembelajaran di kolej. Melalui sesi dialog ini, para JPP diberi peluang untuk menyuarakan pandangan, berkongsi idea dan mengemukakan cadangan secara terus kepada pihak pengurusan.

Dalam sesi tersebut, pihak pengurusan turut berkongsi aspirasi serta hala tuju kolej dalam usaha melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah memiliki nilai kepimpinan, profesionalisme dan semangat kerjasama yang tinggi. Pengarah kolej turut menzahirkan penghargaan kepada JPP atas komitmen mereka sebagai jambatan penghubung antara pelajar dan pihak pengurusan, serta menggalakkan budaya komunikasi yang positif dan konstruktif demi kesejahteraan seluruh warga kolej.

Tahniah kepada Puan Nooraina binti Ismail, Pegawai Pembangunan Pelajar dan pasukan JPP di atas komitmen serta kesungguhan dalam penganjuran sesi dialog ini.

𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Anda berminat untuk sertai Program Sijil Teknologi Maklumat (STM) yang ditawarkan di Kolej Komuniti Klang??? Hubungi 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 Kolej Komuniti Klang, 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐲𝐧𝐚𝐟𝐢𝐬 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝟎𝟑-𝟑𝟑𝟕𝟑𝟐𝟎𝟑𝟎. Syabas!!! Apa tunggu lagi.

Langkah JUARA anda bermula di sini.










Photos from Kolej Komuniti Klang's post 27/07/2026

𝐍𝐓𝐖 : 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐓𝐀𝐇𝐒𝐈𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓

𝐊𝐋𝐀𝐍𝐆, 𝟐𝟔 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐀𝐡𝐚𝐝) - Kolej Komuniti Klang telah berjaya menganjurkan Kursus Tahsin Solat sempena 𝐍𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐓𝐫𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐖𝐞𝐞𝐤 𝟐𝟎𝟐𝟔. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang cara memperbaiki dan memperkemaskan pelaksanaan ibadah solat mengikut tuntutan syarak. Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada aspek bacaan, pergerakan serta rukun-rukun solat yang betul bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan dalam melaksanakan ibadah.

Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dalam kehidupan seharian serta menyumbang kepada pembentukan sahsiah dan jati diri yang lebih cemerlang.

Tahniah dan terima kasih kepada penceramah Puan Nur Azmah binti Mohamad Saleh yang juga merupakan Ketua Unit Pengajian Am di atas perkongsian ilmu dan kepakaran. Kursus ini telah diselaraskan oleh Puan Noor Aishah binti Muslim.

𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Anda berminat untuk sertai Program Sijil Teknologi Maklumat (STM) yang ditawarkan di Kolej Komuniti Klang??? Hubungi 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 Kolej Komuniti Klang, 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐲𝐧𝐚𝐟𝐢𝐬 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝟎𝟑-𝟑𝟑𝟕𝟑𝟐𝟎𝟑𝟎. Syabas!!! Apa tunggu lagi.
Langkah JUARA anda bermula di sini.










Photos from Kolej Komuniti Klang's post 27/07/2026

𝐍𝐓𝐖 : 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐓𝐈𝐕𝐄 𝐀𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐎𝐓𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊 𝐋𝐌

𝐊𝐋𝐀𝐍𝐆, 𝟐𝟔 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐀𝐡𝐚𝐝) - Kolej Komuniti Klang telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Generative AI menggunakan Notebook LM sempena 𝐍𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐓𝐫𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐖𝐞𝐞𝐤 𝟐𝟎𝟐𝟔. Kursus ini bertujuan memperkenalkan peserta kepada teknologi kecerdasan buatan generatif (Generative AI) serta penggunaan Notebook LM sebagai platform untuk mengurus, menganalisis dan menghasilkan kandungan berasaskan sumber rujukan dengan lebih cekap.

Diharapkan pendedahan ini dapat meningkatkan kemahiran digital peserta serta membantu mereka memanfaatkan teknologi AI secara beretika dan produktif dalam pembelajaran, pekerjaan dan kehidupan seharian.

Tahniah dan terima kasih kepada penceramah Puan Rohaida binti Lasuan yang juga merupakan Timbalan Pengarah di atas perkongsian ilmu dan kepakaran. Kursus ini telah diselaraskan oleh Puan Zuliana binti Zulkiflee Chandra.

𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Anda berminat untuk sertai Program Sijil Teknologi Maklumat (STM) yang ditawarkan di Kolej Komuniti Klang??? Hubungi 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 Kolej Komuniti Klang, 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐲𝐧𝐚𝐟𝐢𝐬 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝟎𝟑-𝟑𝟑𝟕𝟑𝟐𝟎𝟑𝟎. Syabas!!! Apa tunggu lagi.

Langkah JUARA anda bermula di sini.










Photos from Kolej Komuniti Klang's post 27/07/2026

𝐍𝐓𝐖 : 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐌𝐈𝐂𝐑𝐎𝐒𝐎𝐅𝐓 𝐄𝐗𝐂𝐄𝐋

𝐊𝐋𝐀𝐍𝐆, 𝟐𝟔 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐀𝐡𝐚𝐝) - Kolej Komuniti Klang telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Microsoft Excel sempena 𝐍𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐓𝐫𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐖𝐞𝐞𝐤 𝟐𝟎𝟐𝟔. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan Microsoft Excel, merangkumi asas pengendalian data, penggunaan formula, fungsi asas serta penyediaan jadual yang lebih sistematik. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam urusan pembelajaran, pekerjaan dan kehidupan seharian, selaras dengan usaha memperkasakan budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Tahniah dan terima kasih kepada penceramah Puan Razzian binti Mat Razali yang juga merupakan Pensyarah Kanan Program Sijil Teknologi Maklumat di atas perkongsian ilmu dan kepakaran. Kursus ini telah diselaraskan oleh Puan Azwasuhaizi binti Abu Bakar.

𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Anda berminat untuk sertai Program Sijil Teknologi Maklumat (STM) yang ditawarkan di Kolej Komuniti Klang??? Hubungi 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 Kolej Komuniti Klang, 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐲𝐧𝐚𝐟𝐢𝐬 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝟎𝟑-𝟑𝟑𝟕𝟑𝟐𝟎𝟑𝟎. Syabas!!! Apa tunggu lagi.

Langkah JUARA anda bermula di sini.










Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No. 2680 Persiaran Tengku Ampuan Rahimah
Klang
41200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00