20/02/2019
DIRI ANDA, PERCAYAKAN ANAK-ANAK
-----------------------------------------------------------------------
Pernah tak ibu bapa tanya anak-anak anda, apa cita-cita mereka? Apa yang mereka impikan pada masa hadapan?
Saya dulu masa kecil-kecil bercita-cita nak jadi cikgu. Kerana s**a atau dalam bahasa inggeris nya, "Adore" dengan cara ibu dan bapa saya mengajar. Sehingga kan, saya pernah bermain "cikgu-cikgu" dengan sepupu sepapat dulu.
Dan, yang menariknya...... Saya boleh duplicate cara mereka (ibu bapa saya) bercakap, kerana terlampau meminati. Shhh.. mak dan ayah saya tak tahu perkara ni. π€
Jom! Kita selami jiwa anak-anak kita. Bersembang dengan mereka men to men (bapa dan anak lelaki) dan women to women (ibu dan anak perempuan). Ibu dan anak lelaki pun boleh. Boleh praktiskan benda ni seawal anak berusia 4 tahun lagi. Mengikut prestasi anak berkomunikasi.
JANGAN PERNAH UNDER ESTIMATE ANAK-ANAK!!
Kita nampak macam diorang tak faham apa yang kita cakap kn? Tapi tidak, mereka sebenarnya menyimpan maklumat. Mereka mungkin tak balas, mungkin senyap atau tak jawab pertanyaan kita. Apabila berlaku situasi seperti ini, mulakan dengan bercerita mengenai kita. Zaman kita kecil dulu. Letakkan kita di tempat anak-anak. "Abah dulu bercita-cita nak jadi atlet s**an.. Abah kuat lari. Tiap pagi abah akan berlari....." ini contoh dialog yang pernah saya bincangkan bersama abah saya.
Menarik bukan?? Cuba buat dengan anak kita. Boleh mengeratkan lagi hubungan kita bersama anak. Jom cuba!
Share diruangan komen, apa kisah anda dengan anak2. Kisah yang menarik ada hadiah misteri!
Macam mana nak join?
Mudah sahaja, buat langkah di bawah :
1. Like page .
2. Share page QI.
3. Aplikasikan apa yang admin minta pada anak-anak, atau anak buah.
4. Kongsikan cerita anda bersama anak-anak.
5. Tag 5 orang rakan terdekat, yang paling anda sayang. Supaya maklumat dari page ini sampai kepada mereka.
Pemenang akan saya (Cikgu Husna) umumkan pada 1/3/2019 jam 9.00 pm (selepas solat isyak)
| CIKGU HUSNA |