29/09/2026
MAKMAL AKTIF LESTARI (MAL) SMKPJ 2026
Makmal Aktif Lestari merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Pembentukan Karakter Generasi MADANI yang selaras dengan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035.
Program ini bertujuan membentuk sahsiah, kepimpinan dan rasa tanggungjawab murid secara holistik melalui pendekatan _whole-institute approach_ yang melibatkan seluruh warga sekolah serta komuniti.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
- mencipta bahan baharu daripada botol plastik yang dikitar semula menggunakan mesin cetak 3D.
Proses bermula dengan pengumpulan botol plastik - penukaran botol menjadi filamen - cetakan 3D produk baharu.
Tahniah dan syabas kepada murid-murid yang telah terpilih sebagai Ikon Lestari SMKPJ 2026 .
Teruskan usaha, semangat dan komitmen dalam menjadi Ikon Lestari yang prihatin terhadap alam sekitar serta mampu menjadi contoh kepada warga sekolah.