SK KG JOHAN SETIA

Call Directions Contact the school

SK KG JOHAN SETIA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK KG JOHAN SETIA, Education, Jalan Johan Setia, Klang.

Sekolah Kebangsaan Kampung Johan Setia pada asalnya sebuah sekolah rakyat telah ditubuhkan pada tahun 1948.Sekolah ini asalnya sebuah sekolah rakyat telah ditubuhkan pada tahun 1948.Pada 1 Januari 1954,Sekolah Kebangsaan Ladang Highland dibawah KPM.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

09/09/2026
🧩✨ SYABAS & TAHNIAH! ✨🧩PERTANDINGAN TANGRAM & CUBE OPEN CHALLENGEPeringkat Daerah Klang, Selangor📍 SK Pandamaran Jaya📅 1...
09/09/2026

🧩✨ SYABAS & TAHNIAH! ✨🧩

PERTANDINGAN TANGRAM & CUBE OPEN CHALLENGE
Peringkat Daerah Klang, Selangor
📍 SK Pandamaran Jaya
📅 13 Ogos 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada anak-anak hebat SK Kampung Johan Setia yang telah menunjukkan semangat juang, ketelitian, kepantasan dan kemahiran berfikir dalam pertandingan yang sangat mencabar ini! 👏🌟

🏆 PERTANDINGAN TANGRAM

🥇 Muhammad Wasif Zahin bin Saifullah
⏱️ Catatan masa: 8.9 saat

🥈 Muhammad Ardani bin Mohd Amirulzaman
⏱️ Catatan masa: 13.7 saat

🎲 PERTANDINGAN CUBE

Kategori 3×3 – 1 Muka
🏅 Muhammad Ammar Habri bin Mohamad Ismadi
📚 Tahun 6 Amarylis
🏆 Tempat ke-15 daripada 64 peserta
⏱️ Catatan masa: 12.22 saat

Kategori 3×3 – 6 Muka
🏅 Muhammad Al Fateh bin Mohd Nor Fazrul
📚 Tahun 5 Amarylis
🏆 Tempat ke-14 daripada 64 peserta
⏱️ Catatan masa: 29.52 saat

👏 Tahniah kepada semua peserta! Pencapaian ini membuktikan bahawa murid-murid kita mampu bersaing dengan penuh keyakinan serta mengaplikasikan kemahiran pemikiran logik, penyelesaian masalah, ketepatan dan kepantasan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencipta kecemerlangan dalam bidang Matematik dan STEM. 🚀🧠✨

“Berani Mencuba, Bijak Menyusun, Pantas Menyelesaikan!” 💙💛








Sambutan Maulidur Rasul SKKJS 2026Tarikh : 27 Ogos 2026Hari : KhamisTempat : Dataran PintarMenghayati Perjalanan Hidup N...
07/09/2026

Sambutan Maulidur Rasul SKKJS 2026

Tarikh : 27 Ogos 2026
Hari : Khamis
Tempat : Dataran Pintar

Menghayati Perjalanan Hidup Nabi Muhammad SAW

Alhamdulillah, Sambutan Maulidur Rasul SKKJS 2026 telah berlangsung dengan penuh penghayatan dan meriah, sebagai wadah untuk menyemai rasa cinta serta meneladani akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Majlis telah dirasmikan oleh Pn Ruhaidah Bt Mohd Salehan, Guru Besar SKKJS.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya menghasilkan sepanduk mengikut kelas, Pertandingan Nasyid Tahap 2 serta Mencipta Buku Kolaj Tahap 1. Setiap aktiviti menjadi ruang kepada murid untuk menzahirkan kreativiti, bakat dan penghayatan terhadap sirah Rasulullah SAW.

Kemuncak program diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Tahap 2 oleh En Azaharisman Bin Amirudin, Penolong Kanan Pentadbiran.
Semoga sambutan ini terus menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah SAW serta membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan sentiasa menjadikan sunnah Baginda sebagai panduan kehidupan.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik.”

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KALI KE-69"MALAYSIA MADANI, KESEJAHTERAAN DINIKMATI"
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KALI KE-69

"MALAYSIA MADANI, KESEJAHTERAAN DINIKMATI"

23/08/2026
SELAMAT BERSARA, PN. ANISNAILA BT ISHAKAda insan yang hadir dalam hidup kita sebagai seorang guru, namun pergi meninggal...
19/08/2026

SELAMAT BERSARA,
PN. ANISNAILA BT ISHAK

Ada insan yang hadir dalam hidup kita sebagai seorang guru, namun pergi meninggalkan seribu satu kenangan yang tidak mungkin terpadam.

Hari ini, kita melambai pergi seorang insan yang telah mencurahkan masa, tenaga, ilmu dan kasih sayang demi anak-anak didik serta keluarga besar SK Kampung Johan Setia.

14 Ogos 2026 menjadi satu tarikh yang akan terus terpahat dalam ingatan.

Bukan mudah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada seseorang yang sekian lama menjadi sebahagian daripada perjalanan kita.

Namun setiap pertemuan pasti ada perpisahan, dan setiap jasa yang dicurahkan akan terus hidup dalam ingatan.

Pn. Anisnaila Bt Ishak,
terima kasih atas setiap ilmu yang dikongsi, setiap nasihat yang diberi,
setiap senyuman yang menguatkan,
dan setiap pengorbanan yang mungkin tidak pernah sempat kami balas.

Kini tiba masanya untuk melangkah ke fasa kehidupan yang baharu.
Semoga hari-hari mendatang dipenuhi ketenangan, kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan bersama insan-insan tersayang.

Perginya bukan kerana dilupakan,
tetapi kerana jasa dan kenangan akan sentiasa dikenang.
Selamat bersara, Pn. Anisnaila.
Jasamu dikenang, budimu disanjung, kenanganmu kekal di hati.

“Yang pergi mungkin tidak lagi di sisi, tetapi kenangannya akan terus tinggal di hati.”

MAJLIS PERSARAAN LAMBAIAN KASIH
PUAN ANISNAILA BT ISHAK

📅 14 Ogos 2026 | Jumaat
📍 Dataran Pintar, SK Kampung Johan Setia






Address

Jalan Johan Setia
Klang
41200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60351613893

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK KG JOHAN SETIA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK KG JOHAN SETIA:

Shortcuts

Share

Category