Pernah tak kita tertanya-tanya…
Apakah amalan yang paling disukai Allah? 🤔
Banyak amalan yang kita buat di bulan Ramadan… tapi ada satu amalan yang sangat dicintai Allah walaupun nampak kecil.
Nak tahu apakah amalan itu?
Jom dengarkan Inspirasi Ramadan SeIDAMAN dalam video ini. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna dan penuh pahala. 🌙✨
SK KG IDAMAN
Beroperasi pada 1995
📢 MESYUARAT PENYELARASAN UNIT KOKURIKULUM SK KAMPUNG IDAMAN
Pada 9 Mac 2026, telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman yang dipengerusikan oleh PK Kokurikulum, En. Mustaza bin Mohamed bersama barisan pentadbir serta guru-guru yang terlibat dalam pengurusan kokurikulum sekolah.
Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum bagi sesi tahun 2026, melibatkan pengurusan unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Selain itu, perbincangan turut memberi penekanan kepada penyertaan murid dalam pelbagai pertandingan di peringkat sekolah, zon dan daerah.
Melalui perancangan yang teliti ini, diharapkan setiap program dan aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, sistematik dan berimpak tinggi dalam usaha melahirkan murid yang aktif, berdisiplin, berkeyakinan serta mempunyai semangat kepimpinan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang hadir serta memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan mesyuarat ini.
Semoga segala perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kecemerlangan warga murid SK Kampung Idaman.
✨ SeIDAMAN Terbilang!
09/03/2026
PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH SIDANG PETANG
Tarikh : 9/3/2026
Hari : Isnin
Masa : 1.00 - 1.30 PM
Tempat : Dewan Terbuka, SeIdaman
Minggu : 9
Guru Bertugas : Kumpulan 2
1. En. Fazuli Rahman
2. Pn. Reena Raman
3. Cik Kaushik
4. Cik Nurhana
5. Pn. Nurul Shafiqah
Aturcara :
- Kata Aluan Ketua Guru Bertugas (En. Fazuli Rahman)
- Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor & Lagu Sekolah
- Bacaan Doa (Pengawas)
- Ikrar Rukun Negara & Ikrar Murid (Pengawas)
- Ucapan Tema Tajuk Minggu Ini - Amalan Bersedekah (En. Fazuli Rahman)
- Ucapan PK Petang (Pesanan semasa ke Surau)
- 5 minit ucapan Program MKSNM (Pn. Nurul Shafiqah)
- Pesanan Ringkas Pn Siti Farhana tentang Amalan Berpuasa (UBK)
- Penyampaian Hadiah Kebersihan Kelas
09/03/2026
Perhimpunan SeIdaman minggu ke-8
Guru bertugas:
1. USTAZAH NORIZZATI
2. CIKGU "AIN SHAHIRA
3. CIKGU MOHD AZMIR
4. TEACHER KRISTNADEVI
5. USTAZ MUHAMMAD SAAD
6. CIKGU ERNALIZA
7. CIKGU MOHD NORHIZAL
Pesanan Guru Bertugas (Ustazah Izzati) : Amalan bersedekah
☪️ Maksud sedekah :-berberi harta/tenaga & senyuman secara ikhlas tanpa meminta balasan.
☪️Banyak fadilat sedekah antaranya -
☪️Harta akan berkat walaupun sedikit.
☪️ Mendapat pahala yg banyak dgn memberi sedekah contoh (kongsi makanan)
☪️ Memberi bantuan tenaga contoh ( membantu guru )
☪️ Sedekah paling mudah adalah dengan memberi senyuman.
🌀Penyampaian piala pusingan untuk kelas terbersih.
🌀Pelancaran peti aduan murid SK Kg Idaman.
Tujuan peti aduan ini untuk murid melaporkan masalah yg di hadapi oleh murid.
🌀Perasmian pelancaran telah dilaksanakan oleh Sarjan Hairul Anuar bin Md Nasir ( Pegawai Perhubungan Sekolah)
🌀Kesedaran sivik (Ustazah Nurfariha): Saya Anak Malaysia
🇲🇾 Kita perlu bangga menjadi anak Malaysia kerana hidup dalam harmoni dan aman dengan pelbagai kaum yang ada di negara ini.
🇲🇾 Kita hidup dengan pelbagai budaya pelbagai sambutan yang diraikan di Malaysia.
🇲🇾 Kita perlu kekalkan jati diri dan pengetahuan sejarah dalam diri kita.
Alhamdulillah selesai sudah Majlis Pelancaran Peti Aduan Murid SK Kampung Idaman 2026 🤝📮
Satu inisiatif bagi memberi ruang kepada murid untuk berkongsi masalah, menyuarakan pandangan dan memastikan kebajikan mereka sentiasa terpelihara.
Kerana di sekolah ini, setiap suara murid sangat bermakna.
“Beban Dikongsi, Suara Didengari.”
PRIHATIN SEIDAMAN | SUMBANGAN UNTUK MURID TERLIBAT KEBAKARAN
Pihak Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman, bersama PIBG dan seluruh warga SeIDAMAN telah menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada keluarga murid kita, Nur Amirah Auni binti Badrul Hafiz (6 Ungku Omar) yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Pangsapuri Palma, Blok H, Tingkat 5 pada 5 Mac 2026.
Sumbangan ini merupakan hasil kutipan ikhlas daripada guru-guru, ibu bapa serta warga sekolah yang prihatin terhadap musibah yang menimpa keluarga tersebut.
Semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan sedikit beban keluarga mangsa. Kita sama-sama mendoakan agar mereka diberikan ketabahan, kekuatan serta dipermudahkan segala urusan, khususnya dalam menghadapi ujian ini di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
📌 Makluman:
Bagi ibu bapa/penjaga yang masih ingin memberikan sumbangan ikhlas, sumbangan tersebut masih boleh disalurkan pada hari Isnin (9 Mac 2026) melalui anak masing-masing.
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan menunjukkan semangat kebersamaan warga SeIDAMAN.
TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT WARGA SeIDAMAN 🎉
SK Kampung Idaman merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada sembilan orang warga pendidik yang telah menerima kenaikan pangkat, sekali gus menjadi satu lagi pencapaian membanggakan buat keluarga besar SeIDAMAN.
Majlis ringkas penghargaan telah diadakan pada jam 12:30 tengah hari bertempat di Bilik Mesyuarat SK Kampung Idaman, sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan dedikasi mereka dalam perkhidmatan pendidikan.
Antara yang menerima kenaikan pangkat ialah:
1. Pn Kristnadevi a/p Sundaram
2. Pn Norfishah bt Mohd Ghazali
3. En Abdul Ghani bin Abdul Wahab
4. Nurul Atifah bt Zainal Abidin
5. Pn Noor Zuraini bt Hashim
6. Pn Nor Hazita bt Hasan
7. Pn Rajeswary a/p Sundranathan
8. Pn Siti Norsara bt Tumiran
9. Pn Zainon bt A. Razak
Seluruh warga sekolah mendoakan agar mereka terus cemerlang dalam melaksanakan amanah, seterusnya menyumbang kepakaran dan pengalaman demi kecemerlangan murid serta kegemilangan SeIDAMAN Terbilang. 🌟
Tahniah dan syabas! Semoga terus melakar kejayaan. 🔥
Alhamdulillah selesai sudah Pertandingan Mewarna Ramadhan bagi Tahap 1🌙✨
Seronok melihat kreativiti murid-murid mewarna gambar yang pelbagai dan menarik. Semoga aktiviti ini menyemai semangat Ramadan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga sekolah.
Tahniah kepada semua peserta! 👏
05/03/2026
BERITA BENCANA
Rumah Hangus Dijilat Api, Persiapan Syawal Tiga Sekeluarga Kian Suram
KLANG, 5 Mac – Sebuah rumah di Pangsapuri Palma dilaporkan hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku hari ini.
Kejadian tersebut melibatkan kediaman seorang murid dari Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman, iaitu Nur Amirah Auni binti Badrol Hafiz, murid Tahun 6 Ungku Omar.
Kebakaran itu menyebabkan rumah keluarga berkenaan mengalami kerosakan teruk, sekali gus menjejaskan persiapan menyambut Syawal yang bakal tiba. Difahamkan, kejadian tersebut memberi kesan besar kepada keluarga mangsa yang kini berdepan kehilangan harta benda.
Pihak sekolah dan warga SeIDAMAN turut menzahirkan rasa simpati serta mendoakan agar keluarga berkenaan diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.
🤲 Semoga keluarga ini terus tabah menghadapi ujian ini dan dipermudahkan segala urusan.
Jika ada rakan² ibu bapa dan komuniti ingin memberi sumbangan, boleh menggunakan paparan yang dilampirkan
05/03/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Prasekolah SK Kampung Idaman atas pencapaian membanggakan apabila berjaya memperoleh Penarafan Tahap Empat SKPK 2.0 sesi 2023/2024.
Pengiktirafan ini merupakan hasil komitmen padu, kerjasama erat serta usaha berterusan barisan pentadbir, guru-guru dan semua PPM yang terlibat dalam memastikan kualiti pengurusan Prasekolah SeIdaman sentiasa berada pada tahap terbaik.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha dan menjadi yang terbaik demi anak-anak didik Prasekolah SeIdaman.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
Jalan IDAMAN 17
Klang
42000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 07:00 - 17:00 |