SK KG IDAMAN

Directions

SK KG IDAMAN Beroperasi pada 1995

๐Ÿ–ค SALAM TAKZIAH DARIPADA WARGA SeIDAMANุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†ูŽSeluruh warga SK Kampung Idaman (SeIDAM...
26/09/2026

๐Ÿ–ค SALAM TAKZIAH DARIPADA WARGA SeIDAMAN

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†ูŽ

Seluruh warga SK Kampung Idaman (SeIDAMAN) merakamkan ucapan salam penuh takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham adik Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang telah kembali ke rahmatullah setelah ditemui tidak sedarkan diri di asrama SMK Zaโ€™ba, Kuala Pilah.

Sesungguhnya kehilangan seorang anak yang masih muda merupakan suatu ujian yang amat berat buat keluarga dan insan-insan yang menyayanginya. Semoga keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.

Berhubung kejadian yang berlaku, kita menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan sewajarnya. Marilah kita bersama-sama menghormati proses siasatan serta mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh mendahului hasil siasatan pihak berkuasa.

Semoga segala urusan keluarga Allahyarham, pihak sekolah, pihak berkuasa serta semua pihak yang terlibat dipermudahkan.

๐Ÿคฒ Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala kekhilafannya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Salam takziah daripada
Seluruh Warga SeIDAMAN



๐Ÿ’ TERIMA KASIH USTAZ AZHAR | SUMBANGAN IKHLAS, MANFAAT UNTUK ANAK-ANAK SeIDAMAN โค๏ธWarga SK Kampung Idaman merakamkan set...
23/09/2026

๐Ÿ’ TERIMA KASIH USTAZ AZHAR | SUMBANGAN IKHLAS, MANFAAT UNTUK ANAK-ANAK SeIDAMAN โค๏ธ

Warga SK Kampung Idaman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz Azhar bin Alimin, Guru SeIDAMAN, atas sumbangan meja dan kerusi hiasan untuk kegunaan anak-anak SeIDAMAN.

Sumbangan ini bukan sahaja memperindah persekitaran sekolah, malah menyediakan ruang yang lebih ceria, selesa dan kondusif untuk murid belajar, membaca, berbincang serta melaksanakan aktiviti secara kolaboratif.

๐ŸŒฑ Ruang pembelajaran yang menarik turut membantu merangsang kreativiti dan imaginasi, menggalakkan interaksi positif serta memupuk nilai tanggungjawab, kasih sayang dan semangat menjaga kemudahan bersama dalam kalangan murid.

Sesungguhnya, sesuatu sumbangan tidak dinilai pada besar atau kecilnya, tetapi pada manfaat yang terus dinikmati oleh anak-anak dalam perjalanan mereka menuntut ilmu.

Semoga segala kebaikan dan keikhlasan Ustaz Azhar menjadi amal jariah yang berpanjangan serta dikurniakan ganjaran dan keberkatan oleh Allah SWT.

Jazakumullahu Khairan Katsiran, Ustaz Azhar. ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ’

SeIDAMAN Terbilang!
Bersama Membangun Masa Depan Anak-anak SeIDAMAN โค๏ธ


๐Ÿ’•


PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH SIDANG PETANGTarikh : 21/9/2026Hari : IsninMasa : 1.00 - 1.30 PMTempat : Dewan Terbuka, SeIdam...
22/09/2026

PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH SIDANG PETANG

Tarikh : 21/9/2026
Hari : Isnin
Masa : 1.00 - 1.30 PM
Tempat : Dewan Terbuka, SeIdaman

Minggu : 33
Guru Bertugas : Kumpulan 2
1. Pn. Reena A/P Raman (MC Majlis)
2. Pn. Nurul Farah Binti Bukhari
3. Pn. Nurul Shafiqah Adhani Binti Hussin
4. Cik Kausalyalakshmie A/P Selvarajoo
5. Cik Nurhana Binti Haruman
6. En. Fazuli Rahman Bin Mohd Noor

Aturcara :
- Kata-kata Aluan Ketua Guru Bertugas (Pn. Reena A/P Raman)
- Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor & Lagu Sekolah
- Bacaan Doa (Pengawas)
- Ikrar Rukun Negara & Ikrar Murid (Pengawas)
- Ucapan Tema Tajuk Minggu Ini : Berpakaian Kemas & Sopan (Pn. Reena A/P Raman)
- Program 5 Minit Kesedaran Keselamatan Sekolah (Pn. Reena A/P Raman)
- Ucapan PK Petang (Pn. Zainah binti Asmawi) - Displin Diri & Pakaian
- Penyampaian Hadiah Kelas Terbersih Minggu 32
- Taklimat Perjalanan BMI & Displin Pakaian - Ustaz Nor Azhar Bin Alimin

๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน
PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KEBERSIHAN KELAS SIDANG PETANG BG MINGGU 32 (14/9 - 18/9/2026)

Tarikh : 21/9/2026
Hari : Isnin
Masa : 5 minit semasa perhimpunan rasmi
Tempat : Dewan Terbuka, SeIdaman

Pemenang Minggu 32 :
Tahun 1
1: 1 Zaa
2: 1 Uno
3: 1 Aba

Tahun 2
1: 2 Aba
2: 2 Uno
3: 2 Zaa

Tahun 3
1: 3 Aba
2: 3 Uno
3: 3 Zaa


PROGRAM PEDAGOGI BERIMPAK, INTERVENSI PdP MATAPELAJARAN TERAS-SIRI 1Tarikh: 22 September 2026Masa: Sesi Pagi 8.00 am (pa...
22/09/2026

PROGRAM PEDAGOGI BERIMPAK, INTERVENSI PdP MATAPELAJARAN TERAS-SIRI 1

Tarikh: 22 September 2026
Masa:
Sesi Pagi 8.00 am (pagi)- 1.30 pm (petang)
Sesi Petang : 1.30 pm(petang)- 6.15 pm (petang)

Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui pelaksanaan pedagogi yang berimpak serta intervensi yang bersesuaian dengan keperluan murid dalam mata pelajaran teras.

Program ini memberi fokus kepada usaha mengenal pasti kelemahan dan keperluan pembelajaran murid, seterusnya merancang serta melaksanakan intervensi secara terancang, berfokus dan berterusan bagi meningkatkan penguasaan, pencapaian serta kualiti pembelajaran murid.



Perhimpunan minggu 32Guru bertugas minggu ini:1) Cikgu Mohd Norhizal2) Cikgu Ain Shahira3) Cikgu Azmir4) Ustazah Izzati5...
21/09/2026

Perhimpunan minggu 32

Guru bertugas minggu ini:
1) Cikgu Mohd Norhizal
2) Cikgu Ain Shahira
3) Cikgu Azmir
4) Ustazah Izzati
5) Teacher Kristnadevi
6) Ustaz Saad
7) Cikgu Ernaliza
๐Ÿ˜Ž PPM

Pesanan guru bertugas :
๐ŸŒŸ Kebaikan Berpakaian Kemas dan sopan
1. Meningkatkan keyakinan diri โ€“ Penampilan yang kemas membuatkan kita lebih yakin ketika berhadapan dengan orang lain.

2. Melatih disiplin diri โ€“ Membiasakan diri berpakaian mengikut peraturan membentuk sikap bertanggungjawab.

3. Menunjukkan keperibadian yang baik โ€“ Pakaian yang bersih dan kemas mencerminkan sikap serta akhlak seseorang.

4. Menimbulkan rasa hormat โ€“ Penampilan yang sopan menunjukkan kita menghormati guru, rakan dan warga sekolah.

5. Mewujudkan suasana sekolah yang positif โ€“ Apabila semua murid berpakaian kemas, sekolah kelihatan lebih teratur dan ceria.

6. Membentuk imej sekolah โ€“ Murid yang kemas dan berdisiplin turut membawa nama baik sekolah.

7. Membina amalan untuk masa depan โ€“ Sikap menjaga penampilan sejak di bangku sekolah akan menjadi kebiasaan yang berguna dalam kehidupan dan alam pekerjaan.

Kesimpulan:
โ€œBerpakaian kemas bukan sekadar untuk kelihatan cantik, tetapi tanda kita menghargai diri, menghormati orang lain dan mempunyai disiplin

๐Ÿ† Penyampaian sijil dan pingat kepada adik Shafira Dhaifah Az Zahra yg telah mewakili Selangor sebagai pemain utama bola jaring dalam Karnival Sukan Murid Prasekolah Peringkat Kebangsaan pada 13- 15 September yg lalu di Uptown sport Bangi.

Pesanan pentadbir (Guru Besar)
- Sama-sama kita doakan calon PSRA agar dipermudahkan menjawab setiap soalan dan diberikan ketenangan sepanjang menjalani ujian.

- Cuaca sekarang sering berubah-ubah, jadi sebarang pemakluman atau perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

- Sentiasa jaga keselamatan dan kebersihan diri. Seperti yang selalu diingatkan, jangan berlari atau bertolak-tolak. Jika ternampak sampah, kutiplah dan buang ke tempat yang betul. Pastikan kelas sentiasa bersih serta amalkan sikap berdisiplin dan menepati masa.

- Tahniah dan syabas atas pencapaian murid prasekolah yang berjaya mewakili Selangor dalam Karnival Sukan Murid Prasekolah Peringkat Kebangsaan serta murid yg menerima Gold Award inovasi di peringkat antarabangsa. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid yang lain.

- Pada hari Jumaat akan diadakan PBD dan sesi perbincangan sahsiah. Diharapkan semua murid dapat menunjukkan sikap yang baik, sopan dan beradab terhadap tetamu yang hadir.

๐ŸŽ“TAHNIAH ENCIK ISMAIL BIN IBRAHIM๐ŸŽ“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Ismail bin Ibrahim, Penolong Kanan Pentad...
20/09/2026

๐ŸŽ“TAHNIAH ENCIK ISMAIL BIN IBRAHIM๐ŸŽ“

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Ismail bin Ibrahim, Penolong Kanan Pentadbiran SeIDAMAN sempena Majlis Komensmen Institut Aminuddin Baki (IAB) Ke-25 Tahun 2026, setelah berjaya menamatkan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) dengan jayanya.

Pencapaian ini merupakan satu lagi langkah bermakna dalam perjalanan kepimpinan pendidikan. Semoga segala ilmu, pengalaman dan kompetensi yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus memimpin, memberi inspirasi serta menyumbang dengan lebih cemerlang kepada dunia pendidikan.

Tahniah dan syabas, En. Ismail bin Ibrahim๐Ÿ‘๐Ÿป๐ŸŽ“
Semoga terus melangkah lebih jauh dan mencipta kejayaan yang lebih gemilang.

SeIDAMAN Terbilang! ๐ŸŒŸ


๐Ÿ“šโœจ SELAMAT MENDUDUKI PSRA 2026 โœจ๐Ÿ“šSeluruh warga SK Kampung Idaman mendoakan kejayaan buat semua anak-anak SeIDAMAN yang a...
19/09/2026

๐Ÿ“šโœจ SELAMAT MENDUDUKI PSRA 2026 โœจ๐Ÿ“š

Seluruh warga SK Kampung Idaman mendoakan kejayaan buat semua anak-anak SeIDAMAN yang akan menduduki Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2026 pada:

๐Ÿ—“๏ธ 21 โ€“ 25 September 2026

Setelah melalui proses pembelajaran, bimbingan guru serta usaha dan persediaan yang berterusan, kini tibalah masanya untuk anak-anak SeIDAMAN memberikan yang terbaik. ๐Ÿ’ช๐Ÿป

Jawablah setiap soalan dengan tenang, teliti dan penuh yakin. Mulakan dengan doa, urus masa dengan baik dan bertawakallah kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya.

๐Ÿคฒ Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan ketenangan hati, dipertajamkan ingatan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang kepada semua calon PSRA SeIDAMAN.

Usaha. Doa. Yakin. Berjaya! ๐ŸŒŸ

โค๏ธ SeIDAMAN Terbilang!
Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.



Address

Jalan IDAMAN 17
Klang
42000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK KG IDAMAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share