27/04/2025
24 April 2025 (Khamis)
TAHNIAH MUNAWWIR69
Catatan perjuangan telah tertulis,
Menjadi saksi bermakna tentang anak-anak kita, Munawwir'69 yang gagah dan tabah.
Kita mengenali mereka…
Dua tahun mereka di KISAS penuh kenangan pahit dan manis.....mereka diuji dengan pelbagai ada yg menangis ada yg terpaksa berhenti di tengah perjalanan....ada pulak yg gembira terus mencatat nama sebagai jaguh.
Apapun dugaan yg mereka hadapi mereka bangkit dengan sakti, terus memacu iltizam dan semangat yang membanggakan kita semua.
Kini, mereka hadir sebagai bukti bahawa kesusahan tidak pernah sia-sia, dan bahawa kita sebagai ibu bapa tidak pernah meninggalkan mereka terkapai-kapai dalam menempuh kepayahan perjuangan.
Kerana mereka…
Adalah yang terbaik yang pernah kita miliki Tahniah wahai Anak2 hebat MUNAWWIR69.....Terus terbang tinggi mengapai cita-cita.
.55
KSIB MUNAWWIR69