16/07/2026
🕌 PROJEK KERJAYA DALAM KOMUNITI
“Projek Kecil Pembersihan Surau Sekolah”
📅 15 Julai 2026 (Rabu)
🕚 11.15 pagi – 1.15 tengah hari
Kelab Kerjaya dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) telah menganjurkan Projek Kecil Pembersihan Surau Sekolah sebagai salah satu aktiviti khidmat komuniti yang bertujuan menyemai nilai tanggungjawab, kerjasama dan kepimpinan dalam kalangan murid.
Melalui aktiviti ini, murid bukan sahaja bergotong-royong membersihkan surau sekolah, malah didedahkan kepada kepentingan menjaga kebersihan, memupuk sikap prihatin terhadap kemudahan awam serta menghayati nilai kesukarelawanan.
Semoga program seumpama ini terus menjadi wadah melahirkan murid yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan sentiasa menyumbang kepada kesejahteraan komuniti sekolah.