10/04/2026
KELEBIHAN SHOLAWAT NURIL ANWAR
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى نُوْرِ اْلاَنْوَارِ وَسِرِّ اْلاَسْرَارِ وَتِرْيَاقِ اْلاَغْيَارِ وَمِفتَاحِ بَابِ الْيَسَارِ سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدِنِ الْمُخْتَارِ وَالِهِ اْلاَطْهَرِ وَاَصْحَابِهِ اْلاَخْيَارِ عَدَدَ نِعَمِ اللهِ وَاِفضَالِهِ
Ertinya;
Ya Allah limpahkanlah rahmat kepada cahaya dari segala cahaya, rahsia dari segenap rahsia, penawar duka dan kebingungan, pembuka pintu kemudahan, yakni junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. yang terpilih, keluarganya yang suci dan para sahabatnya yang mulia sebanyak hitungan nikmat Allah dan kurniaNya.
Selawat ini digubah oleh Wali Qutub Sayyid Ahmad Al-Badawi qaddasallah sirruhu.
Fadhilatnya :
1. Jika membaca setiap solat fardhu, insya Allah terhindar ia dari mara bahaya.
2. Beramal membacanya 40x atau 100x setiap hari, insya Allah memperolehi rezeki zahir dan batin, makbul segala hajat dan memperolehi cahaya Ilahi.
3. Amalkan membaca 21x setiap kali ke tempat kerja untuk memperolehi kedudukan dalam jabatan kerja.
4. Amalkan 7x setiap kali ingin tidur, insya Allah terhindar dari sihir.
5. Berkata Sayyid Ahmad Ruslan : Selawat ini mujarab sekali untuk memenuhi hajat, mengusir kesusahan, menolak bencana dan mendapatkan cahaya. Bahkan khasiatnya multi fungsi.
Wallahu a’lam.
Komen Saya Nak Beramal.. 👌
Jangan Lupa Untuk Hafal ya.
Credit:Rawatan Al Idrus Prai
23/02/2026
*Update Aktiviti Maahad Tahfiz Darussalim,Sijangkang*
Majlis Qalbun Salim ,Rabu Minggu Pertama .
Kehadiran bonda jemaah pengajian memeriahkan suasana majlis
23/02/2026
Save the date !!! Hadir Ya Semua
*Ceramah Khas Dhuha Ramadan Maahad Tahfiz Darussalim ,Sijangkang*🕌🕌🕌
Panel
Ustazah Asma’ Harun (Pendakwah bebas,Pendakwah Selebriti)
Tajuk: Ramadan Menyubur Kasih Dalam Keluarga
Tarikh: Rabu,25 februari 2026 (Ramadan ke 7)
Masa: 10.00 pg - Kehadiran Jemaah
10.30 pg - Ceramah Bermula
(1 jam 15 minit)
11.45 pg - Selesai/Bergambar/Bersurai
Kehadiran bonda2 semua amat dialu alukan ,kemungkinan dewan akan penuh jadi saya reserver ruang utk bonda2 darussalim yg utama
✳️✳️✳️
*Team Ustazah akan membuka meja jualan*
*Majlis terbuka buat muslimin muslimat juga*
Admin 0111 430 2806
08/02/2026
✨✨✨*Grand Maulid Istiqbal Ramadhan*✨✨✨
“ Malam Cinta Rasul ,Perindu Nabi Berselawat “
*Bersama Tetamu Jemputan* ♥️♥️♥️
Al Habib Muhsin Al Hamid (Munsyid Qasidah)
Syeikh Mahmoud Al Wusobi
Syeikh Ahmad Salim
Kumpulan Qasidah Ahbabul Habib
✳️Tarikh: Ahad ,8 Februari 2026
✳️Masa : Selepas Maghrib
✳️Tempat : Maahad Tahfiz ✳️Darussalim,Sijangkang
Map/waze :Surau Hj Saliman Jln Sempadan
Muslimin Muslimat Dijemput Hadir Bersama Keluarga
✳️Noted:Jemaah yang hadir boleh menunaikan solat di Surau Hj Saliman Jln Sempadan hanya 30 langkah dari Madrasah
❤️❤️❤️Hadirilah Merasai Cinta❤️❤️❤️
📲0111 430 2806
12/12/2025
*Penutup Maulid Untuk Tahun 2025* 💚💚💚
*Malam Mahabbah Rasul Saw* 🕌
*Maahad Tahfiz Darussalim Sijangkang*
*Sayyidatuna Fatimah Az Zahra teladan anak & wanita solehah*
Bersama Tetamu Istimewa ♥️❤️♥️
*Al Habib Muhammad Jamal Al Hamid*
Kumpulan Qasidah🎤🎤🎤
*Ahbabul Habib*
⌛️Tarikh:Jumaat,12 Disember 2025
⏰Masa: 8 malam - 11 malam
🕌Tempat : Maahad Tahfiz Darussalim,Sijangkang
Muslimin Muslimat Dijemput Hadir🥰.
Nota:Kemudahan boleh solat berjemaah di Surau Hj Saliman sijangkang ,simpang masuk sebelum sampai madrasah
02/11/2025
Malam Mahabbah Cinta Rasul saw
Lock tarikh
Muslimin Muslimat Dijemput Hadir
09/09/2025
Kelas Pengajian Dhuha Maahad Tahfiz Darussalim
Khas Untuk Muslimat
02/09/2025
Majlis yang dinanti nanti setiap rabu minggu pertama
23/08/2025
🌹 Maulid Akbar Mahabbah Rasul SAW 🌹
Sempena sambutan Maulidur Rasul, Maahad Tahfiz Darussalim dengan kerjasama Rumah Pengajian Laila Asy Syifa' dan Istiqamah Resources bakal menganjurkan Maulid Akbar Mahabbah Rasul SAW.
📅 Hari: Jumaat
📆 Tarikh: 29 Ogos 2025
📍Lokasi: Maahad Tahfiz Darussalim Sijangkang
✨ Objektif program ini adalah untuk menyemai rasa cinta dan rindu kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, menghidupkan sunnah baginda, serta memperkukuh ukhuwah sesama umat Islam melalui pengisian rohani dan selawat bersama.
Kami mengajak seluruh masyarakat untuk hadir bersama memeriahkan majlis ini, demi memperingati insan agung yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat, semarakkan cinta kepada Rasulullah SAW dalam hati dan kehidupan kita.