01/03/2024
Info KPM: Semakan Tawaran Kemasukan ke Sekolah Khusus bagi Sesi 2024/2025 boleh dibuat bermula pada 1 Mac 2024 melalui pautan berikut:
ππ’π§π π€ππππ§ π
https://spskt1.moe.gov.my/semakan_sbpt1
ππ’π§π π€ππππ§ π
https://spskt4.moe.gov.my/semakan_sbpt4
Tahniah kepada murid-murid yang ditawarkan ke KISAS.
Ibu bapa bakal anak-anak Bumi Waqafan dijemput untuk menyertai kumpulan telegram khas untuk Tingkatan 4.
https://t.me/+kV0KjMRYjldlODA1
13/02/2024
SOALAN LAZIM (FAQ):
PENJELASAN TERHADAP ISU TULAR SALAH FAHAM MASYARAKAT TENTANG PAKEJ MATA PELAJARAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) DAN PELAKSANAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
DI KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (KISAS)
1. Adakah kelas aliran agama ditutup bermula pada tahun 2024 dan digantikan dengan kelas aliran sains tulen sepenuhnya?
Jawapan: TIDAK
Penjelasan: Salah faham ini berpunca daripada penggunaan istilah tradisi dalam kalangan warga dan alumni KISAS iaitu Aliran Sains Tulen dan Aliran Agama sedangkan istilah standard bagi pakej mata pelajaran SPM sedia ada di KISAS adalah seperti yang berikut:
i. Pakej Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan murid mengambil semua mata pelajaran Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi), Matematik Tambahan, Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah; dan
ii. Pakej Sastera dan Kemanusiaan dengan murid mengambil mata pelajaran Sains, Ekonomi, Prinsip Perakaunan, Matematik Tambahan, Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah.
Kedua-dua pakej ini menawarkan Elektif Pengajian Islam iaitu Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Arab.
2. Adakah Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tidak akan ditawarkan lagi di KISAS mulai tahun 2024?
Jawapan: TIDAK
Penjelasan: Pengajian STAM masih ditawarkan pada tahun 2024.
i. Selaras dengan pindaan Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan antara Kerajaan Malaysia dengan pihak al-Azhar al-Syarif, Mesir berkaitan
pelaksanaan STAM yang telah ditandatangani pada 6 Jun 2022, pihak al-Azhar al-Syarif Mesir telah menetapkan syarat supaya murid mengikuti tiga tahun pengajian menggunakan Kurikulum Maahad al-Bu'uth al-Islamiah al-Azhar al- Syarif Mesir sebelum menduduki peperiksaan STAM.
ii. Mulai tahun 2023, pengajian STAM berubah daripada satu tahun kepada tiga tahun dengan menggunakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Menengah Atas dan Kurikulum Tingkatan Enam Dini yang disesuaikan dengan Kurikulum Maahad al-Bu'uth al-Islamiah al-Azhar.
iii. Walau bagaimanapun KISAS dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang berusaha untuk melaksanakan beberapa sesi libat urus untuk mencari kaedah yang tuntas bagi memastikan kebolehlaksanaan penawaran STAM di KISAS pada masa akan datang.
3. Adakah Sijil Khas Kolej (SKK) dan Sijil Tinggi Kolej (STK) telah dimansuhkan?
Jawapan: Ya, STK telah dimansuhkan sejak tahun 2001 setelah STAM ditawarkan di KISAS.
SKK telah ditangguhkan pada tahun 2020 sehingga kini atas faktor pandemik Covid 19.
Penjelasan:
i. Kerajaan Malaysia dan pihak al-Azhar al-Syarif, Mesir telah menyeragamkan pengambilan pelajar ke Universiti Al- Azhar hanya melalui STAM, maka STK tidak lagi relevan untuk diteruskan.
ii. Walau bagaimanapun, memandangkan terdapat aspek nilai tambah terutamanya pemerkasaan ilmu agama dan bahasa Arab, pihak sekolah tiada halangan untuk menimbangkan penerusan pelaksanaan SKK dengan mengambil kira keupayaan sekolah untuk memastikan aspek-aspek seperti semakan semula kurikulum, tenaga pengajar dan jadual pelaksanaan secara komprehensif dapat dipenuhi.
-TAMAT-
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, KLANG
Tarikh: 9 Februari 2024
08/02/2024
PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 (STAM) SESI 2024/2025 KOLEJ Kolej Islam Sultan Alam Shah (Official)
01/08/2023
Kepada calon-calon yang telah membuat permohonan dan rayuan Ambilan 2 ke Semester 1 Tingkatan 6 di KISAS, sila semak surat tawaran yang akan dihantar melalui email masing- masing selepas tarikh akhir rayuan 31 Julai 2023. Sila sertai group telegram yang tertera di surat tawaran.
Pendaftaran masuk Ambilan 2 adalah pada 7 Ogos 2023.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi PK Tg6 KISAS di 03 33711658.
13/07/2023
*Kejohanan Memanah MSSD Klang 2023*
Tempat: SMK Raja Mahadi, Klang
Tarikh: 10-14 Julai 2023
Penyertaan : 64 peserta kategori Bawah 18
Guru: Cikgu Sarah Safarina binti Sabri & Ustaz Mohd Hanif bin Othman
*Pencapaian:*
*π― Kategori Qualification Round (QR) Bawah 18 Tahun*
*π₯Tempat Ke-3 Individu Lelaki*
Muhammad Nurfathi bin Fazilan 504
*π
Tempat Ke-4 Individu Perempuan*
Asya Balqis binti Norazura 408
*π₯Johan Berpasukan Lelaki*
Muhammad Nurfathi bin Fazilan 504
Muhammad Emraan Hakimi bin Shahrul 504
Ahmad Ammar bin Ashrif 506
Ahmad Muaz Bin Mohamad Khairul 408
*π₯N/Johan Berpasukan Perempuan*
Asya Balqis binti Norazura 408
Adlina binti Shahrizan Adzham 503
Siti Nurfaeizin binti Ahmad Wafi 503
Nur Syifaβ Nabilah binti Syahril Nizar 504
*π― Kategori Olympic Round (OR) Bawah 18 Tahun*
*π₯Naib Johan Individu Lelaki*
Muhammad Nurfathi bin Fazilan 504
*π₯ Johan Berpasukan Lelaki*
Muhammad Nurfathi bin Fazilan 504
Muhammad Emraan Hakimi bin Shahrul 504
Ahmad Ammar bin Ashrif 506
*π₯ N/Johan Berpasukan Perempuan*
Asya Balqis binti Norazura 408
Adlina binti Shahrizan Adzham 503
Siti Nurfaeizin binti Ahmad Wafi 503
*π₯ Johan Bergu Campuran*
Muhammad Nurfathi bin Fazilan 504
Asya Balqis binti Norazura 408
"Alhamdulillah ! Moga Kelab Memanah KISAS terus gemilang"
Terima kasih dan tahniah kepada Pemanah KISAS, guru penasihat, coach dan para ibu bapa yang terlibat
Anda HEBATβΌοΈ
11/07/2023
Makluman kepada pemohon yang telah membuat permohonan dan rayuan (setakat 10 Julai 2023) untuk kemasukan ke Semester 1 Tingkatan 6 di KISAS, sila semak surat tawaran yang dihantar melalui email masing-masing. Sila sertai group telegram yang tertera di surat tawaran. Pendaftaran masuk Ambilan 1 adalah pada 17.7.2023.
Rayuan masih dibuka sehingga 31 Julai 2023
10/07/2023
Alhamdulillah & tahniah kepada saudari Fudhla Syathirah binti Mohd Sayuthi (5 Ibnu Sina) yang telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Nilam Peringkat Negeri Selangor 2023.
Anugerah tersebut telah disampaikan pada 4 Julai 2023 bersempena Digital Utilization & Technology Award anjuran JPN Selangor
29/06/2023
Selamat Bersara Ustazah Zaidah. Terima kasih atas jasa bakti dan khidmat yang dicurahkan di Bumi Waqafan.
Majlis meraikan persaraan Ustazah Zaidah telah diadakan pada 26 Jun 2023.
24/06/2023
Nadwah Kepimpinan Islam KISAS
23-24 Jun 2023
19/06/2023
PERTANDINGAN BAHAS PPM 2023
PUSINGAN AWAL (ZON D)
16-18 Jun 2023
di SMS Alam Shah
Pasukan Debat BM mara ke peringkat Kebangsaan di SAINA pada 14 Julai 2023
Pendebat BM ke-5 Terbaik
Daeng Muhammad Adam bin Daeng Jaafar
Pendebat BI ke-10 Terbaik
Madiha Aleya bt Reduan
Tahniah kepada kedua-dua pasukan Debat BM & BI KISAS!