Az-Zahrah education Network

Az-Zahrah education Network

Share

Tadika Ceria Az-Zahrah ditubuhkan pada tahun 2004 bermula dengan 32 orang pelajar dan kini jumlah pelajar seramai 72 orang. We Play, We Sing, We Learn!

Konsep kami adalah belajar melalui bermain.

22/10/2010

dah bersarang page ni.. tak diupdate langsung... fuhhh...fuhhh... banyaknya habuk!!!

LAWATAN KE BENGKEL MEMBUAT BISKUT RAYA 27/11/2009

Zaman sekarang ni mana laa ada ramai ibu2 yang berkesempatan nak buat biskut raya, yang paling banyak biskut tunjuk jer. oleh kerana itu Tadika Ceria Az-Zahrah pun mengadakan program Lawatan ke Bengkel Membuat Biskut. Punya laa seronoknya dia orang, dapat melihat macam mana biskut dibuat, dapat menghidu aroma bau biskut yang masak dan yang paling best dapat pulak biskut FREE.. teacher2 laa yang paling gumbira. hahahah

TAHLIL ARUAH DI TADIKA CERIA AZ-ZAHRAH 27/11/2009

3 perkara yang akan dibawa oleh seorang anak adam itu apabila ia mati kelak iaitu: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa dari anak yang soleh.

PROGRAM KE DUSUN 26/11/2009

Pada 10 November 2009, Tadika Ceria Az-Zahrah telah mengadakan Program Gi Dusun untuk melihat buah2an yang ada ditanam di dusun tersebut. Memang gembira dia orang kat sana, bukan hanya kanak-kanak, kami teacher2 pun excited jugak...

SI KECIL KE JUSCO - TADIKA CERIA AZ-ZAHRAH 23/11/2009

Pada 18 November 2009, kami telah mengadakan program Jom Belanja Berhemah di Jusco , Bukit Tinggi, Klang

Majlis Konvokesyen Tadika Ceria Az-Zahrah kali ke-6 2009 19/11/2009

Pada 1 november 2009, bertempat di Hotel Prescott, Klang,Tadika Ceria Az-Zahrah telah menganjurkan kempen anti merokok di kalangan kanak-kanak prasekolah. Majlis yang diadakan bersempena dengan Hari Bakat & Anugerah kali ke-6 Tadika Ceria Az-Zahrah itu telah dirasmikan oleh YB Dr. Hjh. Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. Tujuan kempen tersebut diadakan adalah untuk menanamkan sikap yang negatif terhadap perbuatan merokok serta menggalakkan ibu bapa supaya mendedahkan anak-anak mereka tentang bahayanya rokok sejak dari kecil lagi.

Tadika Ceria az-Zahrah juga menyedari tentang bahayanya kesan dari perokok pasif. Justeru itu, para ibu bapa yang tergolong dalam kalangan perokok juga dinasihati supaya berusaha untuk berhenti merokok ataupun mengelakkan dari merokok di hadapan anak-anak demi kebaikan mereka kelak. Ketika ditanya, Pengetua Tadika Ceria Az-zahrah, Puan Zaharah Awang berkata, beliau berharap supaya kempen ini dapat memberi impak yang besar, terutamanya dalam menyediakan kanak-kanak prasekolah untuk berdepan dengan cabaran dan desakan untuk merokok dari rakan-rakan ketika di alam sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Beliau berharap agar usaha awal pihak tadika untuk menyuntik perasaan anti-rokok dalam diri kanak-kanak dan seterusnya mengelakkan mereka dari terjebak ke dalam kegiatan merokok dapat dilaksanakan oleh tadika-tadika yang lain. Beliau juga berharap agar usaha kecil pihak tadika tersebut dapat menyumbang sesuatu kepada pembentukan generasi bebas rokok di suatu masa akan datang.

Gambar oleh: cempedakluarpagar

Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Sg. Udang
Klang
41250