21/05/2026
Menuju KeSuGa SRITI Kota Raja 2026
Pertandingan Badminton, Bola Sepak & Bola Jaring antara rumah sukan diadakan bagi setiap rumah sukan mengumpul mata Kejohanan.
Nantikan rumah sukan terbaik yang akan merangkul kejuaraan Kejohanan Sukan & Olahraga (KeSuGa) SRITI Kota Raja pada 23 Mei 2026 bertempat di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).
"MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI"
01/05/2026
π¦ππππ ππ§ πππ₯π π£ππππ₯ππ
SRITI Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga SRITI yang terus komited, istiqamah dan beriltizam dalam melaksanakan amanah pendidikan.
Sesungguhnya setiap usaha dan pengorbanan yang dicurahkan dalam mendidik anak-anak ummah adalah satu amal yang besar nilainya di sisi Allah SWT.
Sabda Rasulullah ο·Ί:
"Sesungguhnya Allah mencintai seseorang yang apabila dia melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan itqan (bersungguh-sungguh dan sempurna)."
(HR. al-Baihaqi)
Semoga segala usaha yang dilaksanakan diberkati, dipermudahkan dan terus menjadi asbab dalam melahirkan generasi yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.
π¦π₯ππ§π π¦ππππ‘ππ’π₯
"Membina Generasi Rabbani Murabbi"
20/04/2026
π GEMILANG DI PERSADA MAIS 2026! π
Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen SRITI Kota Raja atas pencapaian membanggakan dalam Mahrajan Amal Islami (MAIS) SRITI Negeri Selangor 2026! π
Usaha, disiplin dan semangat juang yang ditunjukkan oleh soleh solehah yang mewakili SRITI Kota Raja benar-benar membuahkan hasil yang manis. Setiap langkah di pentas MAIS menjadi bukti bahawa kalian mampu bersinar dengan adab, ilmu dan bakat yang luar biasa.
π Pencapaian membanggakan:
β¨ Bercerita Bahasa Melayu (L) β Tempat Ke-3
β¨ Pidato Bahasa Melayu (P) β Tempat Ke-3
β¨ Pidato Bahasa Inggeris (P) β Tempat Ke-3
β¨ Khutbah β Naib Johan π₯
β¨ Kalam Jamaie β Tempat Ke-3
β¨ Nasyid β Johan π₯
β¨ Hiasan Bilik Acara β Naib Johan π₯
β¨ Lirik Nasyid Terbaik πΌ
β¨ Solo Nasyid Terbaik π€
Kejayaan ini bukan sahaja milik para peserta, tetapi juga hasil bimbingan muallim muallimah, sokongan ibu bapa serta doa semua yang sentiasa bersama.
"TERUS MEMIMPIN"
"MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI"
17/04/2026
β¨ SRITI KOTA RAJA MELANGKAH KE MAHRAJAN AMAL ISLAMI SRITI SELANGOR 2026 β¨
Bukan biasa-biasaβ¦ kali ini kami datang dengan semangat luar biasa π₯
Soleh solehah SRITI Kota Raja kini bersedia untuk beraksi di Mahrajan Amal Islami SRITI Negeri Selangor 2026 β¨
Latihan? βοΈ
Persediaan? βοΈ
Doa & tawakal? βοΈ
Semua dah readyβ¦ tinggal nak bagi yang terbaik je! πͺπ₯
Walaupun berdebar tu memang ada π
Tapi kami yakin β dengan usaha, doa muallim muallimah β€οΈ dan sokongan ibu ayah π€²
InsyaAllah semuanya dipermudahkan!
Menang itu bonus, pengalaman itu priceless β¨
Yang penting, kami datang untuk belajar, mencabar diri dan bawa nama SRITI Kota Raja dengan penuh bangga π
Jadiβ¦ jangan lupa doakan kami ya! π
Semoga setiap langkah ini diberkati dan dipermudahkan π€
π₯19 April 2026 di SRA Sungai Tengi Kanan, Tanjong Karang. Jumpa anda semua di sana π«΅πΌπ₯