SK Telok Gadong Klang

SK Telok Gadong Klang

Share

(BBA0002) Sekolah Kebangsaan Telok Gadong Jalan Yadi 41250 Klang Selangor Darul Ehsan

Photos from SK Telok Gadong Klang's post 12/05/2026

PROGRAM JOM AKTIF : LET’S X BREAK HEPILI NEGERI SELANGOR BERSAMA MURID SESI PETANG

πŸ“† Tarikh : *11 Mei 2026 (Isnin)*
⏰ Masa : *5.50 ptg - 6.20 ptg*
πŸ“ Tempat : *Dewan Sri Gadong*

πŸ”· Anjuran Bersama : *Jabatan Kesihatan Negeri / Kelab Doktor Muda / Unit 3K (Kesihatan)*

Photos from SK Telok Gadong Klang's post 07/05/2026

Guru-guru pengiring bersama murid-murid Pendidikan Khas telah menyertai Karnival Kokurikulum, Sukan dan Kesenian Pendidikan Khas Daerah Klang 2026 yang berlangsung pada 6 hingga 7 Mei 2026 bertempat di SMKSAS. Penyertaan melibatkan beberapa acara iaitu badminton di bawah bimbingan Puan Siti Muslihah, cup stacking di bawah bimbingan Puan Sutha dan Puan Aini Mazlina, acara catur di bawah bimbingan Puan Filzatun serta lukisan kanvas di bawah bimbingan Puan Siti Maimunah. Walaupun tidak berjaya memperoleh sebarang tempat kemenangan, para peserta tetap menunjukkan komitmen, semangat kesukanan serta kerjasama yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung, sekali gus memberikan pengalaman dan pendedahan yang bermakna kepada murid-murid dalam bidang kokurikulum, sukan dan kesenian pendidikan khas.

Photos from SK Telok Gadong Klang's post 07/05/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada kumpulan tarian Pendidikan Khas atas kejayaan meraih Tempat Kedua dalam acara tarian sempena Karnival Kokurikulum, Sukan dan Kesenian Pendidikan Khas Daerah Klang 2026 yang telah berlangsung pada 7 Mei 2026 bertempat di SMKSAS. Kejayaan membanggakan ini adalah hasil daripada komitmen, disiplin serta semangat kerjasama murid-murid di bawah bimbingan penuh dedikasi Puan Nurul Zariha dan Puan Faridah, sekali gus mengharumkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum dan kesenian pendidikan khas.

29/04/2026

Dengan penuh rasa bangga dan penghargaan, dimaklumkan bahawa murid PPKI, Nurul Farah Widad binti Muhammad Fairus, telah berjaya meraih Johan dalam Kategori Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah (Perempuan) sempena Anugerah NILAM Pendidikan Khas Daerah Klang Tahun 2026, sekali gus mengharumkan nama sekolah serta menjadi inspirasi kepada warga pendidikan khas.

Photos from SK Telok Gadong Klang's post 28/04/2026

Kejohanan Sukan Tahunanan SKTG 2026 melabuhkan tirai dengan Blasting Blue dinobatkan sebagai Johan keseluruhan. Tahniah diucapkan kepada ahli rumah sukan Biru dan guru-guru atas kesungguhan dan kegigihan!

Link gambar: https://photos.app.goo.gl/6LTzZgp6VEyXbiR28

24/04/2026

Jom hadir bersama-sama memeriahkan suasana kejohanan sukan dengan penuh semangat kesukanan! πŸ†πŸ”΅πŸŸ‘πŸ”΄πŸŸ’πŸ†

Photos from SK Telok Gadong Klang's post 23/04/2026

SUKANEKA PRASEKOLAH SK TELOK GADONG 2026

Tahniah dan syabas untuk semua anak-anak Prasekolah di atas kejayaan pada sukaneka tahun ini. Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah dan Terima kasih kepada ibubapa di atas kesudian hadir dan melibatkan diri dalam sukaneka Prasekolah SK Telok Gadong.

https://photos.app.goo.gl/WjDUQ41TAi7PsFdU9

16/04/2026

πŸ“’ Makluman terkini berkaitan Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Sesi Akademik 2027:

πŸ—“οΈ Tarikh penting:
πŸ”Έ 15 April 2026 – Tarikh akhir permohonan bagi kanak-kanak umur 5+
πŸ”Έ 16 – 30 April 2026 – Penutupan sementara bagi tujuan penyelarasan sistem
πŸ”Έ 1 Mei – 15 November 2026 – Pembukaan semula permohonan (untuk umur 6+ sahaja)

πŸ“Œ Kriteria kelayakan (fasa semula):
Kanak-kanak berumur 6 tahun sahaja
(Lahir: 2 Januari 2020 – 1 Januari 2021)

⚠️ Mohon ibu bapa cakna dengan tarikh-tarikh ini bagi memastikan anak tidak terlepas peluang pendaftaran.

πŸ“ž Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat pendidikan daerah/jabatan pendidikan negeri berhampiran.

13/04/2026

Seluruh warga SK Telok Gadong merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah Farah Farhana Bt Abdul Kadir,
guru Pendidikan Khas yang telah banyak berbakti dan menabur jasa di sekolah ini.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah 🀲

Photos from SK Telok Gadong Klang's post 06/04/2026

Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Telok Gadong, Abhineya Thanabalan, telah mengukir kejayaan yang amat membanggakan apabila secara rasmi diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records atas pencapaian cemerlang beliau dalam mencipta rekod kebangsaan bagi kategori menyelesaikan jumlah kepingan jigsaw puzzle terbanyak dalam tempoh satu jam oleh kanak-kanak autisme, sekali gus mengharumkan nama sekolah, komuniti, dan negara di persada kecemerlangan.

Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Yadi
Klang
41250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00