SK Telok Gadong Klang

Call Directions Website

SK Telok Gadong Klang (BBA0002) Sekolah Kebangsaan Telok Gadong Jalan Yadi 41250 Klang Selangor Darul Ehsan

🇲🇾 PERTANDINGAN NYANYIAN DAN GERAKAN LAGI RAKYAT TAHUN 2 SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 🇲🇾
14/09/2026

🇲🇾 PERTANDINGAN NYANYIAN DAN GERAKAN LAGI RAKYAT TAHUN 2 SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 🇲🇾

TAHNIAH SeGADONG UKULELE! 🎶🏆Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pasukan Ukulele SK Telok Gadong kerana telah mendapat Te...
11/09/2026

TAHNIAH SeGADONG UKULELE! 🎶🏆

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pasukan Ukulele SK Telok Gadong kerana telah mendapat Tempat Ke 4 dalam Pertandingan Asia Pacific Music Championship Peringkat Kebangsaan. Pasukan SeGADONG Ukulele juga mendapat Anugerah Emas dalam pertandingan 9th Malaysia Ukulele Festival 2026 (Online Ukulele Competition) Peringkat Antarabangsa. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli SeGADONG Ukulele, Cikgu Dayana serta seluruh warga sekolah atas kejayaan ini.

“SEBUAH DOA BUAT SAUDARA KITA DI INDONESIA”
07/09/2026

“SEBUAH DOA BUAT SAUDARA KITA DI INDONESIA”

SeGADONG Unggul! Syabas & Tahniah! Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Telok Gadong a...
01/09/2026

SeGADONG Unggul! Syabas & Tahniah!

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Telok Gadong atas kejayaan mengharumkan nama sekolah dalam Pertandingan Innovation Development Through Educational Activities (iDEA’26) Peringkat Kebangsaan.

Kejayaan ini bukan sekadar tentang pingat, tetapi menjadi bukti keberanian mencuba, kreativiti, inovasi, kerjasama dan kesungguhan murid dalam menghasilkan sesuatu yang hebat.

GreenGadong AloeTech direalisasikan dengan kerjasama strategik UiTM Shah Alam, sekali gus memberi ruang kepada murid mengembangkan bakat dan potensi dalam bidang inovasi.

Kejayaan ini bukan sekadar tentang pingat, tetapi menjadi bukti keberanian mencuba, kreativiti, inovasi, kerjasama dan kesungguhan murid dalam menghasilkan sesuatu yang hebat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan pentadbir SK Telok Gadong terutamanya:

Guru Besar, Puan Suhaila binti Muner
atas sokongan, bimbingan, kepercayaan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada murid dan guru untuk terus berkarya dan berinovasi.

Team Guru Pembimbing GreenGadong AloeTech
Cikgu Norliawati, Cikgu Hasnah, Cikgu Sarafina, Cikgu Alin & Cikgu Noranisa

Terima kasih atas komitmen, masa, tenaga, idea, tunjuk ajar dan kesabaran dalam membimbing anak-anak sehingga berjaya mencapai kejayaan di peringkat kebangsaan.

Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan buat ibu bapa atas kerjasama yang diberikan sepanjang perjalanan anak-anak menyertai pertandingan ini.

Sesungguhnya, kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.

SeGADONG Unggul, terus melangkah lebih jauh!

🏆SEKALUNG TAHNIAH!Terima kasih dan penghargaan buat guru pembimbing Ustazah Insyirah atas bimbingan serta dedikasi yang ...
29/08/2026

🏆SEKALUNG TAHNIAH!

Terima kasih dan penghargaan buat guru pembimbing Ustazah Insyirah atas bimbingan serta dedikasi yang tidak berbelah bahagi. 🌹

🏆 SEKALUNG TAHNIAHSekolah Kebangsaan Telok Gadong ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada adik Qowiyulaziz Bin S...
29/08/2026

🏆 SEKALUNG TAHNIAH

Sekolah Kebangsaan Telok Gadong ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada adik Qowiyulaziz Bin Syafique, Muhammad Haider Zayyan Bin Mohd Faizal dan Izz Zara Zulfa Binti Mohd Shafie atas pencapaian membanggakan meraih Anugerah Perak dalam Pertandingan Koir sempena Pesta Koir Antarabangsa Malaysian Choral Eisteddfod Tahun 2026!

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, semangat berpasukan dan dedikasi yang tinggi daripada para peserta serta sokongan padu dari PK Kokurikulum, Pn Khairiyah dan Gema Cendana Singers. Terima kasih juga kepada PIBG kerana sudi memberi sumbangan untuk kejayaan anak-anak SeGADONG.

🏆 Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Bicara Berirama SK Telok Gadong atas kejayaan meraih tempat kelim...
28/08/2026

🏆 Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Bicara Berirama SK Telok Gadong atas kejayaan meraih tempat kelima dalam Pertandingan Petah KPM Bicara Berirama 2026 Peringkat Negeri Selangor!

Berlatih tanpa jemu, berjuang tanpa ragu,
Setiap keringat menjadi saksi perjuangan,
Bukan mudah meniti jalan menuju juara,
Namun usaha yang gigih akhirnya berbuah bangga.

Tahniah, SeGADONG Unggul!
Terus melakar kecemerlangan.

Terima kasih dan penghargaan buat jurulatih Cg. Sarafina atas bimbingan serta dedikasi yang tidak berbelah bahagi. 🌹

Tahniah dan syabas diucapkan kepada SK Telok Gadong atas kejayaan meraih Johan Keseluruhan Sekolah (SK) dalam Karnival M...
20/08/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada SK Telok Gadong atas kejayaan meraih Johan Keseluruhan Sekolah (SK) dalam Karnival Mahabbah Pendidikan Khas 2026 yang telah berlangsung pada 18 dan 19 Ogos 2026 di SMK Taman Klang Utama, dengan pencapaian Johan Tilawah Al Quran, Johan Hafazan Al Quran serta Naib Johan Azan Subuh.

18 Ogos 20269. 00 pagiAlhamdulillah. Pihak sekolah mengalu- alukan kehadiran yang dihormati barisan Jemaah Nazir Negeri ...
19/08/2026

18 Ogos 2026
9. 00 pagi
Alhamdulillah. Pihak sekolah mengalu- alukan kehadiran yang dihormati barisan Jemaah Nazir Negeri Selangor Kementerian Pendidikan (Tuan Muhammad Haakim bin Edrus dan Tuan Sornadi bin Ismail) ke SK Telok Gadong dalam usaha memperkasakan guru melalui bimbingan pencerapan pengajaran dan pembelajaran.

Tahniah kepada guru-guru yang telah dicerap kerana mendapat pujian dan diperakui berjaya memenuhi setiap item dalam standard 4 melalui pengisian KBAT dalam pengajaran PAK21 dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.

Pihak pentadbir sentiasa memberi sokongan dan dorongan terutama kepada guru-guru novis dalam menerajui PDP mereka selari kehendak pendidikan terkini.

📢 MAKLUMAN UNTUK IBU BAPA & PENJAGA TAHUN 1 (2027)SK Telok Gadong kini membuka Group Telegram rasmi khas untuk ibu bapa ...
17/08/2026

📢 MAKLUMAN UNTUK IBU BAPA & PENJAGA TAHUN 1 (2027)

SK Telok Gadong kini membuka Group Telegram rasmi khas untuk ibu bapa dan penjaga murid Tahun 1 sesi 2027.

🎯 Sertai group ini untuk mendapatkan:
✅ Hebahan dan maklumat rasmi sekolah
✅ Jadual, program dan aktiviti Tahun 1
✅ Perkongsian maklumat penting antara sekolah dan ibu bapa
✅ Komunikasi yang lebih pantas dan efisien

🔗 Link penyertaan: https://t.me/+-IcOhzQfhrY4NWM1

💬 Group ini khas untuk ibu bapa dan penjaga Tahun 1 2027 sahaja.
Sama-sama kita bina kerjasama demi kejayaan anak-anak kita! ❤️🇲🇾

Address

Jalan Yadi
Klang
41250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

0333713193

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Telok Gadong Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share