Pasti As-Syifa' Taman Seri Andalas

Pasti As-Syifa' Taman Seri Andalas

Share

Melahirkan Insan Soleh di Malaysia melalui pendidikan pra sekolah sebagai elemen terpenting.

08/06/2026

✨️Sannah Helwah Sofea Az Zahra πŸŽ‚πŸŽ‰
Yang ke - 4 🎊

Semoga membesar menjadi anak solehah buat mommy dan ayah, penyejuk hati semua, bijak, rajin. Moga dikurniakan kesihatan yang baik, berjaya di dunia dan akhirat, taat perintah Allah dan patuh kedua ibubapa, di limpahkan rezeki yang mencurah curah dan sentiasa dalam lindungan Allah swt 🀲🏻

Terima kasih mommy ayah Sofea yang berkongsi rezeki dgn kawan²❀️. Moga sentiasa dimurahkan rezeki selalu. 🀲🏻

Photos from Pasti As-Syifa' Taman Seri Andalas's post 07/06/2026

🎊🎊 Tahniah 🎊🎊
Pencapaian 2025

πŸ’Alam Ria

1. Hafazan lelaki ke 2 -Muhammad Toha - Nur Fazilah Abdullah

2. Hafazan perempuan ke2 - Nur Aaira Nordin - NurFazilah Abdullah

3. Bercerita ke2 - M Fattah Rayyan - Nornida Superatekjo

4. Azan- ke3
Abdul Muhaimin - Nur Hidayah Auni

πŸ’ Tokoh Mumtaz murid 5 Tahun Kawasan Kota Raja.
Nur Aisyah Humaira
Guru kelas: Nur Hidayah Auni

πŸ’ Anugerah buku rekod terbaik PASTI Kota Raja 2025 - Nur Fadilah Abdullah

🌷🌷 Saguhati Kehadiran Terbaik 2025 🌷🌷
Badriah Dziaudin
Nur Faridah Abdullah
Nur Fadilah Abdullah
Nur Hidayah Auni Hanzah
Nor Azian Hashim

Tahniah semua.

Photos from Pasti As-Syifa' Taman Seri Andalas's post 07/06/2026

**Alhamdulillah.**

Malam yang indah berlalu dengan penuh syukur dan penghargaan. 🌹

Di bawah limpahan rahmat-Nya, telah berlangsung Majlis Makan Malam PASTI As-Syifa' Taman Seri Andalas, serta terima kasih atas Kehadiran Tuan Muhammad Fadhlullah Al-Amin Pengerusi PASTI Kawasan Kota Raja merasmikan Majlis Hari ini. Tuan Mohd Ryne Abdullah Pengurus PASTI As-Syifa' serta Mohd AL-Hariz bin Adzhan Timb Pengurus PASTI As-Syifa', para AJK dan guru2 yang diraikan.

Majlis ini bukan sekadar meraikan kejayaan, tetapi menghargai setiap titik peluh, kesabaran dan pengorbanan para guru yang mendidik dengan penuh kasih sayang.

Setiap pencapaian yang diraih bukanlah sekadar sebuah hadiah, tetapi hasil daripada usaha yang disulam dengan doa, bimbingan yang tidak pernah jemu, serta keikhlasan yang sentiasa mekar di hati para pendidik.

Tahniah kepada semua murid yang telah mengharumkan nama PASTI As-Syifa' dalam Alam Ria dan pelbagai anugerah kecemerlangan. Kalian adalah bunga-bunga harapan yang sedang mekar, membawa sinar kepada agama, bangsa dan negara.

Buat para guru, teruslah menjadi pelita yang menerangi jalan ilmu. Mungkin penat itu tidak selalu terlihat, namun setiap huruf yang diajar, setiap nasihat yang disampaikan, dan setiap doa yang dipanjatkan pasti menjadi saham kebaikan yang berpanjangan.

**Semoga setiap kejayaan hari ini menjadi langkah menuju kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. Terus menyemai ilmu, terus menabur bakti, kerana dari tangan seorang guru lahirnya generasi yang akan mengubah dunia.** ✨🌷

**PASTI As-Syifa' Taman Seri Andalas**
*Melakar kejayaan dengan ilmu, mendidik dengan kasih, membina generasi soleh dan solehah.* 🀍🌹

23/05/2026

Jamuan meraikan anakΒ² bola sepak dan bola jaring...

23/05/2026

Kenangan bersama kawan-kawan...



Photos from Pasti As-Syifa' Taman Seri Andalas's post 23/05/2026

Alhamdulillah…
Malam ini kita meraikan anak-anak peserta bolajaring dan bolasepak PASTI As-Syifa' Taman Seri Andalas.

Bukan sekadar jamuan sederhana,
tetapi sebuah penghargaan buat peluh yang menitis,
buat kaki yang berlari tanpa jemu,
dan hati kecil yang belajar erti perjuangan sejak usia muda.

Secebis kenangan ini mungkin kecil nilainya,
namun tersimpan besar maknanya…
agar suatu hari nanti,
mereka akan tersenyum mengenang
pernah jatuh, pernah penat,
namun tetap bangun demi pasukan dan impian.

Menang atau kalah hanyalah cerita permainan,
tetapi semangat, keberanian dan ukhwah
itulah kemenangan sebenar. 🌸

21/05/2026

πŸ“’ MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN PASTI KOTA RAJA

Dimaklumkan bahawa cuti pertengahan tahun PASTI Kota Raja akan berlangsung bermula 23 Mei 2026 hingga 7 Jun 2026. πŸŒ™βœ¨

Cuti ini turut melibatkan:
πŸ“Œ Cuti Aidiladha (27 & 28 Mei)
πŸ“Œ Cuti Hari Wesak (31 Mei)
πŸ“Œ Cuti Keputeraan YDPA (1 Jun)

πŸ—“οΈ Sesi persekolahan akan dibuka semula seperti biasa pada:
Isnin, 8 Jun 2026

Semoga anak-anak PASTI dapat memanfaatkan cuti ini bersama keluarga tercinta di samping menjaga ibadah dan akhlak. ❀️

Sekian, harap maklum.

21/05/2026

Alhamdulillah, Tahniah Zafran Nabil! 🌟
Syabas kerana berjaya tamat Buku 2 dan melangkah ke Buku 3 membaca πŸ“šβœ¨
Semoga Zafran Nabil terus rajin belajar, bersungguh-sungguh membaca dan menjadi anak yang soleh, bijak serta membanggakan ibu ayah dan guru πŸ€²πŸ’š
Teruskan usaha, pasti lebih cemerlang.

21/05/2026

🌸 *INFO CUTI PERTENGAHAN TAHUN* 🌸
PASTI As-Syifa' Taman Seri Andalas

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa cuti pertengahan tahun bagi murid-murid adalah seperti berikut:

πŸ“… *Cuti Pertengahan Tahun*
23 Mei 2026 (Sabtu) – 7 Jun 2026 (Ahad)

🏫 *Sekolah Bermula Semula*
8 Jun 2026 (Isnin)

Semoga anak-anak menikmati cuti dengan penuh keceriaan bersama keluarga tersayang.
Selamat bercuti & Selamat Hari Raya Aidiladha 🌸✨

20/05/2026

Assalamualaikum wbt ibu bapa dan penjaga yang dihormati.

Pihak PASTI ingin memohon kerjasama semua ibu bapa untuk sentiasa mengingatkan anak-anak tentang adab berkawan dan batas dalam bergurau.

Kadang-kadang bagi anak-anak, tindakan seperti menolak, menarik, memukul atau mencekik dianggap sekadar gurauan. Namun perkara seperti ini boleh mendatangkan kecederaan dan membuat rakan berasa takut atau tidak selesa.

Kami percaya semua anak-anak adalah baik dan sedang belajar memahami perasaan orang lain. Oleh itu, sama-sama kita didik mereka agar memilih gurauan yang tidak menyakitkan, saling menghormati dan sentiasa menggunakan kata-kata yang baik sesama rakan.

Pihak PASTI juga akan sentiasa memantau dan menasihati murid-murid dari semasa ke semasa demi memastikan suasana pembelajaran yang selamat dan harmoni buat semua anak-anak.

Semoga anak-anak PASTI selalu dalam jagaan Allah SWT.

Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan ibu bapa semua 🌷

Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Seri Sarawak 5
Klang
41200