SRA TAMAN KLANG JAYA

Call Directions

SRA TAMAN KLANG JAYA Maklumat terkini dari pihak sekolah serta PIBG

03/01/2026

📢 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐒𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈/𝐒𝐀𝐌 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃𝐈𝐀𝐇/𝐌𝐀𝐀𝐇𝐀𝐃 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 (𝐌𝐈𝐓𝐒)/𝐒𝐀𝐌/𝐒𝐀𝐌𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 📢

Tuan/puan/Ibu bapa dan penjaga yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan Tingkatan Satu Tahun 2026 bagi
SAM Bestari / SAM Muhammadiah / Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) / SAM / SAMT Tahun 2026 boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut:
👉 https://esekolah.jais.gov.my

📌 𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠:
🔹 Tarikh Semakan Keputusan: 𝟎𝟐 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐦 𝟑.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠)
🔹 Tarikh Maklum Balas Tawaran ke Sekolah: 𝟎𝟓 – 𝟎𝟔 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔
🔹 Tarikh Permohonan Rayuan: 𝟎𝟐 – 𝟎𝟒 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔
🔹 Tarikh Pendaftaran Pelajar: 𝟏𝟒 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔

⚠️ 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧:
Permohonan 𝐫𝐚𝐲𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan yang sama.

Tuan/puan/ ibu, bapa dan penjaga disarankan agar membuat semakan dan tindakan dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran proses kemasukan pelajar.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

27/11/2025

𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 (𝐏𝐒𝐑𝐀)

Layari laman web https://keputusan.jais.gov.my/semakan-keputusan atau scan Kod QR yang tertera untuk membuat semakan keputusan 𝐏𝐒𝐑𝐀.



Bittaufiq wannajah...Selamat menjalani peperiksaan UPKK buat anak2 tahun 5 SRATKJ.“Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid,...
17/11/2025

Bittaufiq wannajah...

Selamat menjalani peperiksaan UPKK buat anak2 tahun 5 SRATKJ.

“Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Memiliki Ilmu, Maha Bijaksana dan Maha Menunjukkan jalan yang lurus.

Kurniakanlah kepada anak-anak kami keberkatan dan kefahaman terhadap ilmu yang mereka pelajari, kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan dengan betul, dan kecerdasan dalam menyelesaikan kertas peperiksaan mengikut waktu yang ditetapkan.

Allahumma Ya Basit, Yang Maha Melapangkan, lapangkan dada anak-anak kami Ya Allah, agar mereka faham dan jelas ketika melihat soalan.

Allahumma Ya Fattah, Yang Maha Membuka, bukakan pintu kefahaman, kearifan dan ilham kepada anak-anak kami. Permudahkan mereka memahami apa yang mereka pelajari dan membuka jalan kepada jawapan yang benar.

Allahumma Ya Hadi, Yang Maha Memberi Petunjuk, pimpinlah hati dan fikiran mereka kepada jawapan yang betul dan jauhkan mereka daripada kekeliruan ketika meneliti soalan.

Allahumma Ya Kafi, Tuhan Yang Maha Mencukupkan, cukupkanlah mereka dengan bantuan-Mu, ilham-Mu, dan rahmat-Mu, dan jangan Engkau bebankan mereka dengan sesuatu yang tidak mampu mereka tanggung.

🌙 DOA-DOA DARIPADA NABI SAW ;

Sebagai tambahan, ibu ayah digalakkan membaca doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas r.a.:

اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ
Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama serta ajarkanlah kepadanya tafsiran al-Quran.”
(HR Ahmad, Sahih)

Dan juga doa ini:

اللَّهُمَّ عَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ
Maksudnya: “Ya Allah, ajarkanlah kepadanya hikmah kebijaksanaan.” (HR al-Bukhari)

Serta doa yang menjadi amalan UAH sejak zaman belajar hingga sekarang:

اللَّهُمَّ أَلْهِمْنِي رُشْدِي وَأَعِذْنِي مِنْ شَرِّ نَفْسِي

Maksudnya: “Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku petunjuk yang benar dan lindungilah aku daripada kejahatan diriku.” (HR Tirmizi, hasan)

Ya Allah, Engkau Maha Mendengar rintihan hati seorang ibu ayah. Kami telah berusaha, maka kini kami serahkan sepenuhnya kepada-Mu.

Mudahkanlah, tenangkanlah, dan cemerlangkanlah anak-anak kami dalam SPM dan UPKK ini serta peperiksaan apa pun yang mereka lalui.

Aamin... Ya Rabbal Alamin...

YDP PIBG
SRA TMN KLANG JAYA

Jadual Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran & Fardhu Ain (UPKK)

Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (UPKK) 2025 akan bermula 17 hingga 20 November 2025.

Mari kita doakan agar semua calon dipermudahkan, diberi ketenangan, dan dikurniakan kecemerlangan dunia & akhirat.

‎اللّٰهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلًا

“Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya.”

Jadikanlah segala urusan dan peperiksaan ini mudah, dan hilangkanlah segala kesukaran, dengan izin-Mu Ya Allah.”




"Bittaufiq wannajah" Slmt menduduki peperiksaan PSRA buat anak2 tahun 6 SRATKJ bermula hari ini sehingga 3 Oktober 2025....
29/09/2025

"Bittaufiq wannajah" Slmt menduduki peperiksaan PSRA buat anak2 tahun 6 SRATKJ bermula hari ini sehingga 3 Oktober 2025.

DOA UNTUK ANAK2

Ya Allah..

Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

Ya Allah,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA Allah.

Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak rakan dan sahabat kami semua YA Allah.

Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA Allah.

Ya Allah
Perkenankanlah doa kami ini.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ.
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

امين يا رب العالمين.


Innnalillahi wainnailaihi rojiun...Warga SRATKJ menerima khabar duka pagi ini, Tn Hj Yaziruddin Md Som telah kembali ke ...
16/06/2025

Innnalillahi wainnailaihi rojiun...

Warga SRATKJ menerima khabar duka pagi ini, Tn Hj Yaziruddin Md Som telah kembali ke rahmatullah. Arwah merupakan mantan YDP PIBG SRATKJ pada tahun 2010.

Salam takziah dari PIBG serta para guru SRATKJ buat seluruh ahli keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan para solihin. Moga Allah swt limpahkan pahala yg berterusan di atas pelbagai usaha dan jasa beliau ketika bersama pentadbiran SRATKJ. Aamin....

Tempoh akhir untuk pendaftaran kemasukan sekolah agama tahun 1 di SRA Tmn Klang Jaya bagi sesi 2026 adalah pada 30 JUN 2...
12/06/2025

Tempoh akhir untuk pendaftaran kemasukan sekolah agama tahun 1 di SRA Tmn Klang Jaya bagi sesi 2026 adalah pada 30 JUN 2025.

Jgn terlepas tarikh ini buat ibubapa yg anaknya yang akan memasuki TAHUN 1 pada tahun 2026.

Selamat kembali ke sekolah buat semua anak2 murid & selamat menempuhi alam persekolahan buat adik2 tahun 1 SRA Taman Kla...
17/02/2025

Selamat kembali ke sekolah buat semua anak2 murid & selamat menempuhi alam persekolahan buat adik2 tahun 1 SRA Taman Klang Jaya.

Semoga terus ceria & bersemangat untuk hadir ke sekolah setiap hari! Insyallah....

31/01/2025

𝓐𝓼𝓼𝓪𝓵𝓪𝓶𝓾𝓪𝓵𝓪𝓲𝓴𝓾𝓶 𝔀𝓻𝓽𝓱 𝔀𝓫𝓽𝓱

‼️ 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝟭 𝗦𝗔𝗠/𝗦𝗔𝗠𝗧/𝗠𝗜𝗧𝗦/𝗦𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜/𝗦𝗔𝗠 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗𝗜𝗔𝗛 ‼️

📆 31 JANUARI 2025
⏰ BERMULA JAM 3.00 PETANG

Semakan penempatan hanya melalui pautan :
https://esekolah.jais.gov.my

Harap maklum.

Pertanyaan lanjut, hubungi :

Bahagian Pendidikan Islam,
Jabatan Agama Islam Selangor
Tingkat 2 & 3, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah,
40676 Shah Alam.

03-55143429 atau email : [email protected]





Bittaufiq wannajah..اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍSemoga Allah SWT memberi ...
05/01/2025

Bittaufiq wannajah..

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Semoga Allah SWT memberi kelancaran untuk menjawab soalan dan permudahkan semua urusan anak-anak tahun 5 SRA TAMAN KLANG JAYA & semua pelajar yang mengambil ujian bertulis UPKK bermula hari ini, 6 Jan 2025 sehingga 9 Jan 2025.

Pada Allah kami berserah. Selamat berjaya anak-anak!

Terima kasih jg di atas komitmen & pengorbanan semua guru2 SRATKJ kerana mendidik anak kami. 💓

YDP & AJK
PIBG SRATKJ

31/12/2024

📢𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡📢

Permohonan kemasukan ke tingkatan 1 di SAM/SAMT/SAM BESTARI/MITS/SAM MUHAMADIAH telah dilanjutkan sehingga 𝟯𝟭 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Pengurusan Sekolah, Bahagian Pendidikan Islam JAIS di talian 03-5514 3400/3600.

Ikuti JAIS di saluran WhatsApp untuk lebih info pendidikan Islam https://whatsapp.com/channel/0029VaVekegJP213apEM9Q1b




Address

Jalan Selampit 26 , Taman Klang Jaya
Klang
41200

Telephone

+60333181771

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRA TAMAN KLANG JAYA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category