02/11/2024
AL-MUQWA/Madrasah 'Ulumulquran Wal Ahadith
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AL-MUQWA/Madrasah 'Ulumulquran Wal Ahadith, Education & Learning, No. 1667 Lrg. Hj. Nakman Kadis, Jln. Hj. Musran, Kg. Rantau Panjang, Klang.
Tarbiah Madrasah Al-Muqwa berusaha ke arah membangun dan menekankan nilai-nilai tauhid, adab, penguasaan dan pengayaan ilmu dan amalan sunnah bersumberkan Al-Quran, Al-Hadith. Madrasah yang ditubuhkan atas rasa insaf & kesedaran, diwujudkan untuk diperbanyakkan lagi ruang & kepelbagaian pilihan untuk mana-mana pihak, sama ada daripada institusi keluarga atau kumpulan masyarakat untuk menghantar a
02/11/2024
Hujan,Subuh & Jumaat ini.Terbaik utk SEDEQAH ke Madrasah Al-Muqwa.
LIHAT COMMENT π
Tahlil,istighotsah & solat hajat hari ini.
012-621 2582
βοΈCaj.
β
οΈSedeqah menurut kesediaan
12/10/2024
π’π’ ππππ πππππππππππππ, ππ ππππππ πππππ
ππππππ ππππππ πππππ πππππππ & ππππππππππππ πππππ ππππππ ππππ πππππππ ππππππππ ππ-πππππ
π 12 Oktober 2024, Sabtu
β° 9:00 Malam - 11:30 Malam
π Dataran Al Muqwa, Jalan Hj Musran, Kg Rantau Panjang Klang Selangor Malaysia
Sumbangan / Tajaan Boleh Di Salurkan Terus Ke Akaun Kami
πππππππ ππππ ππππ ππππ
10/10/2024
JANJI TEMU kita seterusnya pada 12/10, Sabtu ini, bermula dari jam 9 mlm hingga 11.30 mlm.
MAJLIS KHATAM SOHIH BUKHORI & PENGIJAZAHAN SANAD HADITH KALI PERTAMA di madrasah lelaki atau Madrasah 'Ulumulquran Wal Ahadith.
Majlis ini turut akan meraikan kejayaan seorang pelajar madrasah yang telah menjadi pelajar sulung dan untuk batch yang pertama daripada Madrasah 'Ulumulquran Wal Ahadith ini mengkhatamkan program Pengajian Daurrah Hadithnya yakni selama 8 tahun beliau berusaha dengan izin Allah SWT iaitu adik Osman Mustafa Abd Jalil.
Di majlis ini juga akan diselingankan dengan majlis sempena perpisahan Ustaz Dhomiruddin iaitu salah seorang guru daripada Ponpes Al-Fatah Temboro yang telah lebih 10 tahun berkhidmat mengajar di Madrasah Al-Muqwa ini.
Bersempena dengan kedua-dua majlis ini juga, kami di pihak Madrasah Al-Muqwa menjemput semua untuk hadir meraikan, insyaAllah.
06/10/2024
Menempa kejayaan dengan merangkul dua kelebihan, iaitu menamatkan proses pembelajaran selama 8 tahun di bidang pengajian diniah dan daurratul hadith dan pada masa sama dapat menyelesaikan menghafal Al-Quran 30 juzu', ianya bukan sesuatu yang mudah dan tidak ramai yang mampu menempuhinya hingga berhasil ke penamat.
Bukan sekadar itu, mana-mana pelajar yang mengikuti pengajian sistem Deobandi atau Dars Nizami di mana-mana institusi yang memperkenalkannya, termasuk di Madrasah Al-Muqwa ini.Untuk mana-mana pelajar, sebelum mereka diluluskan dan layak untuk masuk ke tahap silibus di daurratul hadith, sudah tentu wajib untuk mereka telah terdedah lebih awal kepada kemahiran-kemahiran ilmu-ilmu alat seperti Bahasa Arab, nahwu, sorof, tasrif dan lain-lainnya juga ilmu-ilmu usul-usul fiqh, mustolah hadith dan lain-lainnya.Dan disamping itu juga, pada tahap-tahap tertentu pelajar-pelajar disyaratkan untuk menghafal mutun-mutun kitab, mufrodat, istilah-istilah bahasa, tasrifan serta sebagainya.
Berkat kesungguhan, cita-cita yang tersemat, tawajjuh, sabar yang tinggi dan betul niat dan keikhlasan.Bintu Omar Najib, sekali lagi mencipta nama dan sejarah menamatkan pengajiannya di tahap tertinggi di Madrasah Al-Muqwa iaitu ke tahap khatam Daurratul Hadith dan memperolehi ijazah sanad hadith sohih Bukhori.
Bintu Omar Najib juga, telah mencipta sejarah untuk Madrasah Muqwa Lil Banat menjadi pelajar sulung (pertama) dapat dilahirkan oleh pihak madrasah untuk khatam di program pengajian Daurrah Hadith ini.
Dan disebalik kejayaan beliau ini sudah tentunya terdapat amal yang baik dan sokongan yang kuat daripada kedua ibu bapa tercinta serta bimbingan yang sempurna dizahirkan oleh dua insan yang menjadi guru utama beliau iaitu Ust Dhomiruddin berserta zaujahnya dan juga barisan guru-guru lain beliau sebelum dan semasanya.
Sejarah Bintu Omar Najib masuk ke Madrasah Al-Muqwa ini bermula di usia 14 tahun dengan keinginan beliau sendiri untuk menghafal Al-Quran, ia benar-benar menjadi suatu tanda, cita-cita yang tidak tersalah alamat.Kecerdasan, ketekunan, disiplin yang baik, menjaga diri, azam yang kuat, rajin bermutola'ah, taat adalah resepi kejayaan beliau yang bukan sekadar dianugerahkan oleh Allah SWT untuk beliau keupayaan menghafal 30 juz Al-Quran bahkan kini menyandang gelaran A'limah di bidang tafaqquh fiddin dan hadith.
Di pihak Madrasah Al-Muqwa akan terus mendoakan kejayaan demi kejayaan untuk Bintu Omar Najib ini dan pihak madrasah akan sentiasa memberikan sokongan kepada beliau untuk sama ada beliau ingin menyambung pengajian hingga ke tahap takhassus di sebarang bidang ilmu yang beliau minati untuk beliau menuju kepada kepakaran ke bidang atau jika beliau ingin memilih ke cabang pengajian akademik di universiti-universiti sebagai nilai tambah kejayaan.
Dan semoga jua, daya usaha dan pengorbanan Bintu Omar Naijib ini, menjadi motivasi dan inspirasi untuj pelajar-pelajar Madrasah Al-Muqwa yang lainnya dan juga kepada para tholibul ilmi yang berada di luar.
Ucapan setinggi-tinggi TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA untuk Bintu Omar Najib Johari dan TAHNIAH jua untuk kedua ibu bapa, guru-guru dan seluruh warga pentadbir dan pimpinan tertinggi Madrasah Al-Muqwa.
Di Madrasah Al-Muqwa, semua orang boleh belajar agama dan islah amalan.
Pautan kejayaan Bintu Omar Najib sebelum ini di link di bawah :
https://www.facebook.com/share/p/yKtjVkE9jWLcRSKN/
06/10/2024
KENYATAAN RASMI PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA YAMAN (PERMAYA)
Situasi Terkini Keadaan di Yaman
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
PERMAYA ingin mengeluarkan kenyataan berkenaan situasi terkini di Yaman. Kami ingin memaklumkan bahawa konflik yang sedang berlaku kini tertumpu di kawasan utara Yaman. Alhamdulillah, kebanyakan pelajar Malaysia yang berada di selatan Yaman, khususnya di wilayah Hadramaut seperti Tarim, berada dalam keadaan selamat dan aman.
Pihak kedutaan Malaysia menyarankan agar para pelajar yang berada di kawasan utara Yaman, yang terlibat dalam konflik, berpindah ke wilayah selatan Yaman, khususnya Hadramaut, yang lebih selamat dan jauh daripada kawasan peperangan.
PERMAYA sentiasa berhubung dengan pihak kedutaan dan memastikan kebajikan serta keselamatan para pelajar diutamakan. Kami akan terus memaklumkan sebarang perkembangan terkini kepada semua pihak yang berkaitan.
Kami memohon agar semua dapat terus berdoa agar keamanan segera kembali di Yaman dan seluruh dunia.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA)
Tarikh: 6 Oktober 2024
06/10/2024
Sedang berlangsung kini Majlis Khatam Sohih Bukhori untuk seroang pelajar banat, Bintu Omar Najib dengan gurunya Ustaz Dhomiruddin dan zaujah kepada Ust Dhomiruddin serta juga dihadiri Mudir Madrasah Al-Muqwa, Amran Johari.
Majlis turut disertai Pengerusi Madrasah Al-Muqwa, Ust Roslan Ariffin dan Encik Omar Najib Johari.
05/10/2024
Kaum muslimat di kalangan ibu-ibu pelajar di madrasah lelaki mahupun di madrasah perempuan, pelajar-pelajar lama yang pernah belajar di Muqwa Lil Banat warga muslimat kariah setempat, insyaAllah dijemput hadir esok,
Hari Ahad, 6/10/2024
Jam 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Di dewan utama Madrasah Muqwa Lil Banat
Yang ingin hadir untuk memberi hadiah-hadiah kepada pelajar dan guru adalah dialu-alukan.
Di pihak madrasah turut memohon maaf.Kawasan parkir di lorong madrasah sangat-sangat terhad dan sukacitanya diharapkan semua yang hadir dapat memberikan kerjasama untuk menjaga keharmonian jiran tetangga madrasah dengan tidak masuk dan parkir kenderaan di lorong madrasah.Kenderaan-kenderaan boleh parikir di kawasan cafe madrasah atau di kawasan tanah lapang di sebelah cafe madrasah.
Doakan untuk kami kelancaran majlis yang dirancang MAJLIS KHATAM SOHIH BUKHORI KALI PERTAMA DI MADRASAH MUQWA LIL BANAT.
π ππππ¨π ππ‘ π πππππ¦ ππππ§ππ π¦π’πππ ππ¨πππ’π₯π & π£ππ‘πππππππππ‘ π¦ππ‘ππ πππππ§π ππ π πππ₯ππ¦ππ π π¨π€πͺπ πππ πππ‘ππ§ & π πππ₯ππ¦ππ 'π¨ππ¨π π¨ππ€π¨π₯ππ‘ πͺππ ππππππ§π ππππ π£ππ₯π§ππ π
Tarikh dan masa majlis di Madrasah Muqwa Lil Banat adalah pada:
πππ§π πΌπππ, 6/10/2024
π½ππ§π’πͺπ‘π πππ’ 9.00 π₯πππ πππ£πππ 12.30 π©ππ£πππππ§π.
πππ’π₯ππ© ππ πΏππ¬ππ£ ππ©ππ£π π½ππ£ππͺπ£ππ£ ππππ§ππ¨ππ
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Tarikh dan masa majlis di Madrasah 'Ulumulquran Wal Ahadith adalah pada:
πππ§π ππππ©πͺ, 12/10/2024
π½ππ§π’πͺπ‘π πππ’ 9.00 malam πππ£πππ 12.00 malam
πππ’π₯ππ© ππ πππππ£π πΏππ©ππ§ππ£ ππππ§ππ¨ππ πΌπ‘-ππͺπ¦π¬π
Sehingga kini, pihak Madrasah Al-Muqwa masih sedang mencari penaja makan dan penaja hadiah (cenderahati) untuk kedua-dua majlis yang akan dianjurkan ini.
Sekiranya ada mana-mana pihak yang berminat untuk menaja atau yang memerlukan maklumat-maklumat lanjut, boleh menghubungi 012-621 2582.
Assalamualaikum SahabatKu.
Ϋο·½Ϋ
ββββββ
"Paksalah dirimu untuk solat, paksalah dirimu untuk tutup aurat, paksalah dirimu untuk taat pada Allah kerana memaksakan diri untuk masuk Syurga itu lebih baik dari sukarela masuk Neraka..
ΫΨ§ΩΩΩΩΩΩ
ΩΩ Ψ΅ΩΩΩΩ ΨΉΩΩΩΩ Ψ³ΩΩΩΩΨ―ΩΩΩΨ§ Ω
ΩΨΩΩ
ΩΩΨ―Ω
ΩΩΨΉΩΩΩΩ Ψ’ΩΩ Ψ³ΩΩΩΩΨ―ΩΩΩΨ§ Ω
ΩΨΩΩ
ΩΩΨ―ΩΫ
Salam Jumaat,
Anda semua lah sahabat kami, anda semua lah yg selama ini membantu kami, Janji Allah swt itu pasti, takkan berkurangan harta walau semakin banyak memberi,
Rayuan bantuan, yang ada lebihan walau sedikit sumbangan,
Bantu kami sebarkan mesej ini sahabat.
562469308464
Madrasah Ulumulquran Wal Ahadith.
Maybank
0162446567
0126212582
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
No. 1667 Lrg. Hj. Nakman Kadis, Jln. Hj. Musran, Kg. Rantau Panjang
Klang
42100