20/04/2026
πΉ PERTANDINGAN MEMANAH MSSD KLANG πΉ
Kini para peserta sedang beraksi di medan pertandingan! π―
Setiap panahan memerlukan fokus yang tinggi, kawalan emosi dan keyakinan diri. Debaran terasa, namun semangat tetap membara! πͺπ₯
Doakan kejayaan buat semua wakil sekolah agar dapat memberikan yang terbaik hari ini. Apa jua keputusan, kalian tetap kebanggaan kami! π
Teruskan berjuang, bidik tepat ke sasaran! πΉπ
17/04/2026
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan catur berpasukan lelaki βοΈπ₯
Tahun pertama menyertai kejohanan, pasukan berjaya menempatkan diri dalam Top 40 daripada 91 penyertaan, satu pencapaian yang amat membanggakan!
MSSD Klang | 7β11 April
Dewan MBDK, Kompleks Sukan Pandamaran
Kita bangkit untuk menjadi lebih kuat πͺβ¨
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala curahan jasa, komitmen serta usaha gigih yang ditunjukkan.
βMelahirkan Anak Pintar Solehβ
17/04/2026
πβ¨ π¦ππππ ππ§ πππ₯π π₯ππ¬π ππππππππ§π₯π π πππ πππππ₯ πππ§ππ‘ πβ¨
Sambutan Hari Raya di SRII An Najihin berlangsung dengan penuh meriah dan ceria! ππ
Pelbagai juadah enak, pakaian yang cantik, serta gelak tawa warga sekolah menjadikan hari ini sangat bermakna π
Pergi ke pekan membeli selasih,
Singgah sebentar membeli ketupat;
Hari Raya mengeratkan kasih,
Salah dan silap harap dimaafkan ikhlas dari hati yang dekat. π
Semoga ukhuwah yang terjalin terus kukuh dan berkekalan π€β¨
20/03/2026
πβ¨ π¦ππππ ππ§ πππ₯π π₯ππ¬π ππππππππ§π₯π
π πππ πππππ₯ πππ§ππ‘ β¨π
Di kesempatan yang mulia ini, kami memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan.
Semoga Aidilfitri ini membawa sinar kebahagiaan, mengeratkan silaturahim, serta dilimpahi rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT. π€²
ΨͺΩΨ¨Ω Ψ§ΩΩΩ Ω
ΩΨ§ ΩΩ
ΩΩΩ
Semoga segala amalan kita diterima dan kita semua kembali kepada fitrah.
Ikhlas daripada
Warga Sekolah Rendah Islam Integrasi An-Najihin
1 Syawal 1447H | 21 Mac 2026
11/03/2026
π Hadis Puasa
Sabda Nabi SAW daripada Abu Hurairah RA:
βBarangsiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.β
(HR. Bukhari & Muslim)
β¨ Ramadan adalah peluang untuk kita memperbaiki diri, meningkatkan ibadah dan meraih keampunan Allah.
Semoga setiap amalan kita diterima dan Ramadan kali ini menjadikan kita insan yang lebih baik. π€²
11/03/2026
π 5 Kerugian Orang Berpuasa
Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga π½οΈπ«, tetapi juga menjaga anggota badan daripada melakukan perkara yang sia-sia dan dosa.
Antara kerugian bagi orang yang berpuasa ialah:
1οΈβ£ Tidak menjaga mulut
2οΈβ£ Tidak menjaga mata
3οΈβ£ Tidak menjaga telinga
4οΈβ£ Tidak menjaga nafsu
5οΈβ£ Tidak solat dan berzikir
β¨ Marilah kita jadikan bulan Ramadhan ini sebagai peluang untuk memperbaiki diri, menjaga akhlak dan memperbanyakkan ibadah. π
π€² Semoga setiap amalan kita diterima dan Ramadhan ini membawa keberkatan kepada kita semua.
04/03/2026
π Kelebihan Memberi Makan Orang Berbuka π
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga bulan untuk kita memperbanyakkan amalan bersedekah π€
Sabda Rasulullah ο·Ί:
Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang itu. (HR Tirmizi)
Rebutlah peluang ini untuk berkongsi rezeki walau sedikit β¨
Semoga setiap pemberian kita menjadi asbab ganjaran yang berlipat ganda di sisi Allah.
π Beri seadanya, berkongsi seikhlasnya.
04/03/2026
π Tips Sihat Sepanjang Berpuasa π
Alhamdulillah, kita diberi peluang sekali lagi untuk menikmati keberkatan bulan Ramadan π€
Sepanjang berpuasa, jangan lupa jaga kesihatan supaya badan kekal cergas dan ibadah pun lebih fokus β¨
βοΈ Jangan tinggal sahur untuk tenaga sepanjang hari
βοΈ Pilih makanan yang sihat dan seimbang
βοΈ Minum air secukupnya (8 gelas sehari)
βοΈ Elakkan kopi dan teh berlebihan
βοΈ Kekalkan aktiviti fizikal ringan
βοΈ Elakkan tidur lewat untuk perkara yang tidak penting
Apabila badan sihat, hati pun lebih semangat untuk beribadah π
Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna dan penuh keberkatan buat kita semua πβ¨
02/03/2026
π KELAS TERBERSIH & CERIA MINGGUAN π (MINGGU 5 & 7)
26/02/2026
π Keputusan UPKK 2025 π
Alhamdulillah! Tahniah semua calon UPKK 2025 πβ¨
Tak kira apa pun keputusannya, anda semua memang terbaik sebab dah berusaha sungguh-sungguh!
Terima kasih tak terhingga buat ibu ayah & guru-guru yang sentiasa support, doa tanpa henti dan jadi pendorong utama β€οΈ
Rehat sekejap⦠tapi jangan lama sangat
π₯°
Lepas ni, jom kita fokus PSRA 2026 p**a! πͺπ₯
Teruskan usaha, teruskan doa β insya-Allah kejayaan seterusnya menyusul!