28/04/2026
Terima kasih semua yang hadir ke SAM SULTAN HISAMUDDIN harini bg menghadiri mesyuarat Jawatankuasa KAMIL NEGERI 2026.
Moga selamat kembali ke rumah masing-masing.
Semoga Allah terus lancarkan perjalananan KAMIL NEGERI kita bersama.
Tuan rumah KAMIL NEGERI 2026 : SAMTISH & SAMBERT
26/04/2026
✅Pastikan tidur yang cukup, makan makanan berkhasiat, dan bersenam untuk mengurangkan stres.
✅Bina keyakinan diri, elakkan panik, dan berdoa untuk ketenangan hati.
✅Sediakan alat tulis & keperluan peperiksaan bagi setiap matapelajaran
✅Semak jadual peperiksaan dengan teliti.
✅Jaga emosi dengan mengelakkan perkara yang menimbulkan stres
ALL THE BEST KEPADA SEMUA...
24/04/2026
Kesemua acara akan bermula pagi ini (Badminton & Bola Sepak mula petang semalam)
Doakan acara-acara yang disertai atlet SAMBERT memperolehi kemenangan & seterusnya membawa Zon Barat Juara Keseluruhan Sukmas 2026.
Pemain SUKMAS Negeri SAMBERT
24 - 26 April 2026
SAM SG MERAB LUAR
1) Bola Sepak - Hazeem 5N
2) Bola Jaring - Auni 2S
3) Bola Tampar
- Firas 4S
- Afiq Cheah 4S
- Syafiq Syahmi 4R
- Ezz Darwisyah 4K
- Wan Madihah 4N
- Aqilah 4N
4) Badminton
- Feeraz 4S
- Humayraa 4R
- Farah 4R
5) Pingpong
- Taufiq 3R
- Izzah 1N
6) Petanque
- Adam Rizqi 2R
- Hariz Farhan 2Q
15 pemain
24/04/2026
Selamat berjuang kepada semua atlet SAMBERT yang mewakili Zon Barat. Bertandinglah dengan penuh semangat kesukanan. Semoga pulang membawa kemenangan.
*Zon Barat - SAMBERT, SAMTISH, SAMJ, SAMTK, SAMNI & MITSAI
19/04/2026
Sahsiah dan adab merujuk kepada pembentukan peribadi mulia, tingkah laku sopan, dan moral tinggi yang tertanam dalam diri, mencerminkan nilai Islam dan budaya. Ia merangkumi tatacara berinteraksi dengan Tuhan, manusia, dan persekitaran, bertujuan melahirkan insan seimbang yang dihormati.
Adab bukan sekadar ilmu, tetapi asas sosial yang membentuk masyarakat harmoni.
Faktor Pembentukan Sahsiah & Adab:
Pendidikan & Tarbiah: Institusi keluarga dan sekolah bertanggungjawab menerapkan nilai.
Persekitaran & Rakan Sebaya: Pengaruh luar mempengaruhi tingkah laku.
Contoh Teladan: Peranan ibu bapa dan guru sebagai model ikutan.
Kemerosotan adab dalam kalangan generasi muda kini sering dikaitkan dengan pengaruh teknologi dan kurangnya pendidikan moral. Oleh itu, penerapan adab perlu ditekankan sejak kecil.
17/04/2026
Tahniah kepada semua pemenang & pemain yang terpilih mewakili Zon Barat ke peringkat Negeri