18/08/2026
*HEBAHAN KARNIVAL i-STEAM ULUL ALBAB PERINGKAT KEBANGSAAN 2026*
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
سلام مليسيا مدني،
سلام ڤنديديقن برموتو، انسان ترديديق، نݢارا سجاهترا،
سلام IPGM ڤنراجو ڤنديديقن ݢورو برطرف دنيا،
سلام i-Mawaddah،
سلام منوجو جوبلي امس IPGKPI.
📣✨ *HEBAHAN KARNIVAL i-STEAM ULUL ALBAB PERINGKAT KEBANGSAAN 2026* ✨📣
🕌🔬💻⚙️🎨➗
*Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI)* dengan sukacitanya menjemput murid, pelajar, siswa guru, mahasiswa, guru, pensyarah, seluruh warga IPG dan masyarakat umum untuk menyertai serta memeriahkan:
🏆 *KARNIVAL i-STEAM ULUL ALBAB PERINGKAT KEBANGSAAN 2026*
🌟 Menuju *Sambutan Jubli Emas IPGKPI 1977–2027*
Karnival ini menggabungkan elemen *Islam, Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (i-STEAM)* berteraskan nilai Ulul Albab. 🌙📚🤖🧪🎭
🗓️✨ *PELAKSANAAN DALAM DUA FASA*
💻📤 *FASA 1: PRAKARNIVAL SECARA DALAM TALIAN*
Melibatkan pendaftaran, penghantaran hasil pertandingan dan proses saringan awal secara dalam talian.
⏳ Tarikh penyertaan dan penghantaran bagi Fasa 1 telah *dilanjutkan sehingga:*
📅 *24 Ogos 2026*
🎪🏆 *FASA 2: KEMUNCAK KARNIVAL*
Melibatkan pertandingan akhir, pembentangan, persembahan, cabaran, bengkel, pameran dan pelbagai aktiviti secara bersemuka.
📅 *12–13 September 2026*
📍 *Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam*
📍 *Bandar Baru Bangi, Selangor*
🏆✨ *PERTANDINGAN DAN KATEGORI PENYERTAAN*
💡 *1. MeRAB Inovasi i-STEAM Ulul Albab*
Penyertaan terbuka kepada semua kategori:
🧒 Sekolah Rendah
🧑🎓 Sekolah Menengah
🎓 IPG, IPTA dan IPTS
👩🏫 Pensyarah
🌍 Kategori Terbuka
👑 *2. Ikon Ulul Albab*
🧒 Sekolah Rendah
🧑🎓 Sekolah Menengah
🎙️ *3. Syarahan Bahasa Arab*
🧒 Sekolah Rendah Tahap 2
🧑🎓 Sekolah Menengah
🎓 Siswa Guru IPG
🖥️ *4. Poster Digital i-STEAM*
🧒 Sekolah Rendah Tahap 2
🧑🎓 Sekolah Menengah
👩🏫 Guru dan Pensyarah
📖 *5. E-Cerita Kreatif i-STEAM*
🧑🎓 Sekolah Menengah
🎓 Siswa Guru IPG
👩🏫 Guru dan Pensyarah
✍️ *6. Tulisan Jawi dalam Seni Khat*
🧒 Sekolah Rendah Tahap 2
🧑🎓 Sekolah Menengah
🎭 *7. Teater i-STEAM*
🎓 Prasiswazah IPG
🎓 Prasiswazah IPTA
🎓 Prasiswazah IPTS
🎨💻 *8. Canva Speed Challenge: i-STEAM EduDesign 2026*
🎓 Siswa Guru IPG
Peserta akan mengikuti *Bengkel Intensif Reka Bentuk Bahan Pendidikan i-STEAM* sebelum menyertai cabaran menghasilkan bahan pendidikan digital yang kreatif dan inovatif.
📅 Tarikh akhir pendaftaran: *2 September 2026*
🌟🎉 *PERTANDINGAN DAN AKTIVITI JEMPUTAN KHAS*
🎤🗣️ *9. Choral Speaking i-STEAM*
Melibatkan sekolah menengah dari empat negeri dan wilayah:
📍 Selangor
📍 Negeri Sembilan
📍 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
📍 Wilayah Persekutuan Putrajaya
🧠⚙️ *10. Cabaran i-STEAM*
Melibatkan sekolah rendah jemputan khas di bawah *Program Sekolah Mengajar*. 🏫🔍🧩
👧🏻👦🏻🌈 *11. Pentas Si Cilik: Busana 3R*
Melibatkan prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia secara jemputan khas. ♻️🎨🌈
🌐🔎 *MAKLUMAT LANJUT*
Untuk mendapatkan maklumat lengkap berkaitan syarat penyertaan, kategori peserta, kaedah pertandingan, pendaftaran dan tarikh-tarikh penting, sila layari laman rasmi Karnival i-STEAM Ulul Albab Peringkat Kebangsaan 2026:
🔗 https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/karnivali-steam2026/laman-utama
🌟 Serlahkan bakat, kreativiti dan inovasi melalui pendidikan i-STEAM berteraskan nilai Ulul Albab:
💎 Itqan
💎 Istiqamah
💎 Itmam
💎 Ikmal
💎 Ihsan
📲 Mohon jasa baik tuan/puan dan seluruh warga IPG untuk membantu menyebarluaskan hebahan ini kepada sekolah, guru, murid, pelajar, siswa guru, mahasiswa, pensyarah serta semua pihak yang berkaitan.
🤝✨ Ayuh bersama-sama kita jayakan *Karnival i-STEAM Ulul Albab Peringkat Kebangsaan 2026!* ✨🤝
*®️ KARNIVAL i-STEAM @ JUBLI EMAS IPGKPI 2026*
TENTANG KARNIVAL