SK Kampung Jawa 2, Klang

SK Kampung Jawa 2, Klang

Share

PEWARIS BUDAYA BERILMU

26/07/2026

🌟 SELAMAT DATANG & TAHNIAH 🌟

Seluruh warga SK Kampung Jawa 2, Klang merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang kepada:

🌹 Ustaz Mohd Azizul bin Mohamed Abraur

atas pelantikan sebagai Penolong Kanan Petang SK Kampung Jawa 2.

Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, keikhlasan dan kebijaksanaan dalam memimpin warga sekolah ke arah kecemerlangan. Didoakan agar sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus menjadi inspirasi kepada guru, murid dan seluruh warga sekolah.

Semoga kehadiran Ustaz Mohd Azizul akan memperkukuhkan lagi budaya kerja cemerlang, semangat kebersamaan dan kecintaan terhadap pendidikan demi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Selamat menjalankan tugas. Semoga terus cemerlang dan diberkati dalam setiap langkah.

Selamat datang ke keluarga besar SK Kampung Jawa 2. ❤️💛

Photos from SK Kampung Jawa 2, Klang's post 26/07/2026

25 Julai 2026, Sabtu
Program Hati ke Hati bersama Ibu bapa, PIBG dan Komuniti

Photos from Lembaga Peperiksaan Rasmi's post 01/07/2026
Photos from SK Kampung Jawa 2, Klang's post 13/02/2026

Majlis perpisahan Cikgu Noor Amirah binti Mohd Khairan yang akan bertugas sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pemulihan Khas, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Klang yang baharu mulai 11.02.2026.

Patah galah dalam perahu,
Perahu kecil hanyut ke seberang;
Jasa dan bakti tetap dikenang selalu,
Walau perpisahan memisah jarak dan ruang.

Pagi hari ke sekolah biasa,
Kini melangkah ke tempat baharu;
Bukan mudah melepaskan rasa,
Sahabat pergi tinggalkan rindu.

Bunga melur di tepi perigi,
Disiram pagi harum baunya;
Dari bilik darjah ke PPD kini,
Semoga cemerlang dalam tugas mulia.

12/02/2026

Salam Malaysia Madani
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam SKAWAD Selangkah Sederap Excellent

Sekalung Tahniah kepada Cikgu Noor Amirah binti Mohd Khairan atas pelantikan sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pemulihan Khas, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Klang yang baharu mulai 11.02.2026.

Semoga terus cemerlang. 💐💐💐

Ikhlas daripada warga SKAWAD

Photos from SK Kampung Jawa 2, Klang's post 27/01/2026

Hentikan buli, jauhi buli, katakan tidak kepada buli!

24/01/2026

Kejohanan Merentas Desa dan Larian Ria SKAWAD 2026

11/01/2026

Selamat Kembali Ke Sekolah

11/01/2026

Selamat datang murid-murid tahun 1, dan Selamat Kembali ke sekolah kepada semua murid tahun 2 hingga tahun 6 sesi 2026.
"Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan".

Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Jalan KOTA RAJA
Klang
41000