28/05/2026
KORBAN DI KEMBOJA 2026
Syukur Alhamdulillah pada tahun inI PERTIM Selangor dapat melaksanakan korban buat kali kedua di Kemboja yang dilaksanakan oleh rakan2 PETIWIS yang menjadi penyumbang korban utama.
Lebih menggemberikan pada tahun ini PETIWIS dapat melaksanakan kroban di Kemboja hasil dari sedikri pendapatan program Simulasi Baji Cilik. Semoga ia menjadi rutin tajuan pada tahun akan datang.
25/05/2026
Assalamualaikum wbt
*TEAM BUILDING & SAMBUTAN HARI GURU PETIWIS*
Ingin di maklumkan satu program Teambuilding & Sambutan Hari Guru anjuran PETIWIS akan di adakan pada ketetapan seperti berikut:
π Tarikh Program : 13 Jun 2026 (Sabtu)
π Tempat : Taman Botani Shah Alam
π Masa Program : 8.00 pagi β 3.00 petang
Program utama:
πexplorace
πsambutan hari guru :motivasi & pertukaran hadiah
Kepada semua Ahli PERTIM/PETIWIS dan para pengusaha, guru dan para pendidik awal kanak2 yg berminat utk menyertai program ini sila sertai link dibawah untuk mendapat info lanjut.
https://chat.whatsapp.com/JYFAUz4ENuI0fqvHEiN7jT
Kerjasama dan perhatian semua Ahli amat dihargai. Sekian, Terima Kasih.
.
21/05/2026
Alhamdulillah π€
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah di atas penyertaan sebanyak *73 buah tadika PERTIM* dalam menjayakan Program *Simulasi Haji Cilik (SHC) 2026*.
Terima kasih atas komitmen, kerjasama dan semangat luar biasa semua guru, ibu bapa serta warga tadika yang bersama-sama mendidik generasi kecil mengenali ibadah Haji sejak usia awal.
Semoga setiap langkah kecil si cilik hari ini menjadi asbab lahirnya generasi soleh, berilmu dan mencintai Islam. π€²β¨
βSi Cilik Cerdik Hajiβ
Ikhlas daripada PETIWIS
14/05/2026
π JOM AL KAHFI π
Hari Jumaat bukan sekadar penghulu segala hariβ¦
tetapi juga peluang untuk kita menambah cahaya dalam kehidupan
Sabda Rasulullah ο·Ί:
βBarangsiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, akan dipancarkan cahaya untuknya antara dua Jumaat.β
(HR Al-Hakim)
Semoga kita dan anak-anak terus istiqamah mencintai Al-Quran walau hanya bermula dengan satu muka surat ...
Semoga Allah memberikan kelapangan waktu untuk kita semua membaca dan memahami Al Quran...
π Jangan lupa luangkan sedikit masa hari ini bersama Surah Al-Kahfi.....
09/05/2026
SIMULASI HAJI CILIK 2026 HANYA TINGGAL BEBERAPA HARI SAHAJA LAGI!!!
Kepada tadika yang masih belum membuat pembelian barangan SHC, sila segera berbuat demikian kerana pembelian akan mula ditutup pada 12hb Mei 2026.
Sila isikan maklumat anda di sini untuk tindakan pihak urusetia.
https://forms.gle/EWrenmyF5ZxpXtAW7
Segala pertanyaan sila hubungi pihak urusetia : +60 11-3301 7804 ( admin) / +60 19-396 6053 ( Hjh Nositah) .
Mohon kerjasama semua untuk membuat pendaftaran dan pembelian sebelum tarikh tutup yang ditetapkan. Terima kasih.
09/05/2026
π PENCARIAN PENAJA π
PROGRAM SIMULASI HAJI CILIK PETIWIS 2026
Assalamualaikum wbt.
PETIWIS membuka peluang kepada individu, syarikat dan organisasi yang ingin bersama-sama menyumbang sebagai penaja bagi menjayakan Program Simulasi Haji Cilik PETIWIS 2026.
Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:
π
Tarikh: 20 Mei 2026
π Tempat: Masjid Negeri Shah Alam, Selangor
π Tema: Si Cilik Celik Haji
Program Simulasi Haji Cilik ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang asas ibadah haji melalui pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, praktikal dan bermakna.
Antara bentuk tajaan yang dialu-alukan ialah:
β
Tajaan kewangan
β
Tajaan makanan & minuman
β
Tajaan kit peserta / cenderamata
β
Tajaan hadiah / goodies
β
Tajaan bahan program
Semoga sumbangan dan sokongan tuan/puan menjadi asbab kebaikan serta amal jariah dalam usaha mendidik generasi cilik mengenali ibadah haji sejak usia awal.
Sebarang pertanyaan dan penyertaan sebagai penaja boleh hubungi:
π² 011-33017804 ( admin PERTIM)
π² 019-3966053 (Hjh Norsitah)
Jom bersama PETIWIS menyokong pendidikan awal kanak-kanak Islam.
Si Cilik Celik Haji
Di sini bermula, si cilik cerdik haji.
09/05/2026
KURSUS PEMBIMBING HAJI CILIK PETIWIS 2026
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , Shah Alam , Selangor
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Pembimbing Haji Cilik PETIWIS pada hari ini bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , Shah Alam , Selangor.
Program ini telah dihadiri seramai 112 orang peserta yang terdiri daripada para pendidik dan pembimbing yang komited untuk memperkukuh kefahaman serta bimbingan pelaksanaan Haji Cilik kepada murid-murid.
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh melalui kursus ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam mendidik murid mengenali asas ibadah haji dengan cara yang lebih mudah, menyeronokkan dan bermakna. Ia juga sebagai asas persediaan untuk perlaksanaan Simulasi Haji Cilik yang bakal berlangsung pada 20 Mei 2026 nanti.
Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang hadir serta semua pihak yang telah menjayakan program ini.
Si Cilik Celik Haji
PETIWIS terus komited memperkasa pendidikan awal kanak-kanak Islam.
9 MEI 2026
MASJID SSASS , SHAH ALAM
05/05/2026
MESYUARAT AJK PETIWIS KALI PERTAMA
Langkah pertama ke arah kepimpinan yang lebih tersusun dan berimpak.
Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi barisan AJK baharu
untuk merangka hala tuju, memperkukuh organisasi
serta memperkasa pendidikan awal kanak-kanak di Wilayah & Selangor.
Mesyuarat akan dilaksanakan seperti ketapan berikut:
π
6 Mei 2026
π Shah Alam
Semoga setiap perancangan yang dibincangkan
menjadi asas kepada kejayaan dan kecemerlangan bersama.
π Bersatu Memperkasa Pendidikan Awal Kanak-kanak π
05/05/2026
TAHNIAH & SYABAS
Dengan penuh rasa syukur dan bangga,
diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
Hjh Siti Ruzita bt Ramli
atas pelantikan sebagai
Pengerusi
Persatuan Tadika Islam Wilayah & Selangor (PETIWIS)
bagi sesi 2026 β 2028
Semoga terus diberikan kekuatan, hikmah dan keberkatan
dalam memimpin serta memperkasa pendidikan awal kanak-kanak,
demi melahirkan generasi ummah yang cemerlang, berilmu dan berakhlak.
π Bersatu Memperkasa Pendidikan Awal Kanak-kanak π
05/05/2026
TAHNIAH & SYABAS
diucapkan kepada
Barisan Ahli Jawatankuasa
Persatuan Tadika Islam Wilayah & Selangor (PETIWIS)
atas pelantikan bagi sesi baharu sempena Mesyuarat Agung PERTIM WIlayah & Selangor (PETIWIS) pada 25 April 2026.
Semoga dengan amanah yang diberikan,
barisan kepimpinan ini dapat terus memperkukuh
peranan PETIWIS dalam memperkasa
pendidikan awal kanak-kanak serta
melahirkan generasi ummah yang cemerlang.
Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen.