23/04/2026
🌟 Tahniah dan syabas diucapkan kepada Fatimah Azzahra’ binti Mohd Hilmi dari Kelas 5 Brilliant atas penyertaan dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran (Perempuan) sempena Mahrajan Adab & Nilai (ADNI) Peringkat Daerah Klang Tahun 2026.
Penyertaan ini mencerminkan kesungguhan, keberanian dan kecintaan terhadap Al-Quran dalam mengharumkan nama sekolah. Semoga pengalaman berharga ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dan melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
📖 “Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”
Tahniah sekali lagi dan semoga terus maju jaya! ✨
23/04/2026
🌹 MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH 🌹
Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn. Anita Sivanesan atas segala jasa, bakti dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di sekolah ini.
Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih diadakan sebagai tanda penghormatan dan penghargaan sempena perpindahan beliau ke SK Convent. Kehadiran dan dedikasi beliau sentiasa memberi impak yang besar kepada warga sekolah serta meninggalkan seribu kenangan yang indah.
Semoga Pn. Anita terus cemerlang dan sukses di tempat baharu, dipermudahkan segala urusan serta terus menabur bakti dalam dunia pendidikan.
Jauh di mata, dekat di hati. Selamat maju jaya dan terima kasih atas segala jasa.
💐 Ikhlas daripada seluruh warga sekolah.
23/04/2026
🎳 KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSD KLANG 2026 🎳
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Boling Tenpin MSSD Klang 2026 yang berlangsung pada 13 hingga 14 April 2026.
Setinggi- tinggi tahniah diucapkan buat Cahaya Zahra Zulaikha atas kejayaan meraih tempat kelima dalam kejohanan tersebut, sekali gus melayakkan beliau ke pusingan Roll Off dan seterusnya terpilih mewakili Daerah Klang ke peringkat MSS Selangor (MSSS).
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan menjadi bukti kesungguhan, disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan murid.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha menggapai kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Syabas dan semoga terus melakar kejayaan!
02/04/2026
PROGRAM MOTIVASI MURID 'SERIBU DAYA MENGORAK LANGKAH'.
2 APRIL 2026
KHAMIS
8.00-10.00 PAGI
SEMUA MURID TAHUN 4, 5 & 6
🌹Tahniah diucapkan kepada semua murid Tahun 4, 5 & 6 kerana berjaya mengikuti program motivasi anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling.
🌹 Program yang dikendalikan oleh penceramah Jemputan iaitu En. Saadon bin Shamsuddin dari KIDA Consultancy ini diharapkan dapat memberikan semangat dan dorongan belajar dengan kesungguhan untuk meraih kejayaan serta perubahan sikap yang lebih baik dan murni. Tahniah semua🩷
29/03/2026
🌙 Majlis Penutup Ihya’ Ramadan 2026 🌙
Alhamdulillah, Majlis Penutup Ihya’ Ramadan 2026 anjuran Panitia Pendidikan Islam SK Kampung Jawa telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Mac 2026.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Majlis Khatam Al-Quran, Tadabbur Surah Al-Qadr, bacaan surah-surah lazim. Turut diadakan kuiz Ramadan Raya, pertandingan mewarna dan membuat kad serta sampul raya bagi murid Tahap 1.
Majlis turut diisi dengan penyampaian sumbangan Tabung Kasih Ramadan dan hadiah kepada murid yang berjaya khatam Al-Quran.
Semoga segala amalan sepanjang Ramadan ini terus diamalkan dan memberi manfaat kepada semua.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
23/02/2026
✨ Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan 1447H ✨
Telah berlangsung Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan anjuran Panitia Pendidikan Islam bagi menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan warga sekolah pada 13 Februari 2026.
Turut dilancarkan pada majlis tersebut ialah Tabung Kasih Ramadan serta program Khatam Al-Quran Tahun 6 dengan kaedah Fattabi’uni.
Semoga segala aktiviti yang dirancang dapat menyuburkan kecintaan terhadap Al-Quran dan memupuk amalan bersedekah dalam bulan yang penuh keberkatan ini.
11/02/2026
KEJOHANAN MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS
MSSD KLANG 2026
📆 10 Februari 2026
📍 SK Taman Klang Utama
Tahniah dan syabas diucapkan kepada 5 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kampung Jawa yang telah menyertai Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas peringkat Daerah Klang.
1️⃣ Abeb Ameen bin Jaffahar Ali
2️⃣ Mohammad Khaizafran bin Mohd Muzli
3️⃣ Noor Aleesaa binti Jaffahar Ali
4️⃣ Nur Darwisha Sarah binti Mohd Shuhaimi
5️⃣ Muhammad Nur Izzdieyad Hieider bin Mohd Rizal
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesungguhan dan semangat juang yang ditunjukkan oleh semua peserta.
Tahniah juga kepada murid yang berjaya meraih kedudukan dalam kejohanan ini.
🏅 Mohammad Khaizafran bin Mohd Muzli (tempat ke 10)
🏅Noor Aleesa binti Jaffahar Ali (tempat ke 13)
Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.
11/02/2026
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA SK KAMPUNG JAWA SESI 2026
Isnin, 9 Februari 2026
Dewan Cemerlang SKKJ
Tahniah dan syabas kepada semua barisan pemimpin muda sesi pagi & petang yang terdiri daripada Badan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembantu Rakan Sebaya (PRS), Student Voice Group (SVG), ketua dan penolong ketua kelas.
Majlis ini telah disempurnakan oleh tetamu jemputan iaitu Sarjan Zeyzi Ezwan bin Abd Wahab iaitu Pengawai Perhubungan Sekolah.
Semoga amanah yang diberi dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.
11/02/2026
✨ PERTANDINGAN MEWARNA PANDU PUTERI KELIP-KELIP ✨
🌍 Sempena World Thinking Day & Teddy Bear Picnic 🧸
📅 5 Februari 2026
📍 Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Tahniah dan syabas diucapkan kepada wakil Pandu Puteri Kelip-Kelip Daerah Klang adik Nur Keisha Inara binti Zulhilmi Azizi & Aira Ukhail binti Ahmad Aizuddin atas penyertaan dan pencapaian yang membanggakan dalam pertandingan ini.
🏆 Johan – Nur Keisha Inara binti Zulhilmi Azizi
🎖️ Saguhati – Aira Ukhail binti Ahmad Aizuddin
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada guru pembimbing, Pn. Norshahrina binti Sirun atas bimbingan dan sokongan yang diberikan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang pada masa hadapan. 💚✨
01/02/2026
KEJOHANAN MERENTAS DESA SK KAMPUNG JAWA 2026
Jumaat, 30 JANUARI 2026
Program ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat, semangat kesukanan dan kerjasama dalam kalangan murid.
🏆 Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang berjaya memperoleh tempat dalam acara Merentas Desa. Pencapaian anda amat membanggakan dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain 👏✨
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada para ibu bapa yang turut hadir serta memberi sokongan padu demi memastikan kelancaran program ini. Sokongan anda amat dihargai 💙
Semoga semangat kesukanan ini terus disemai dalam diri setiap murid SK Kampung Jawa 💪
01/02/2026
✨ Math Outreach @ SKKJ ✨ 26 JANUARI 2026
Program Math Outreach @ SKKJ merupakan inisiatif Panitia Matematik SK Kampung Jawa yang dianjurkan bersama Pejabat Penyelidikan dan Jaringan Industri, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Shah Alam pada 26 Januari 2026.
Program ini telah disertai oleh 14 orang pensyarah UiTM yang hadir berkongsi ilmu dan pengalaman bersama semua murid Tahun 6 SKKJ. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi meningkatkan minat murid terhadap subjek Matematik, di samping memberi pendedahan tentang kepentingan Matematik dalam bidang kerjaya masa hadapan.
Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan diharapkan segala aktiviti yang dijalankan dapat memberi manfaat serta inspirasi kepada murid-murid.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak UiTM atas kesudian merancang serta meluangkan masa bersama anak-anak SKKJ. Semua murid turut menerima hadiah dan sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan daripada pihak penganjur. Semoga jalinan kerjasama dan jaringan ini dapat diteruskan demi kebaikan dan kecemerlangan murid-murid SKKJ pada masa akan datang.