23/12/2022
Assalamualaikum ,
Untuk makluman, Pihak Maa'had Tahfidz Darul Furqon akan membuka pengambilan pelajar baru pada bulan januari ,
Jom daftarkan anak-anak anda semua untuk mempelajari ilmu agama ,IT dan pelbagai lagi kemudahan disediakan oleh pihak Maa'had Tahfidz Darul Furqon.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Ustaz Umar selaku mudir ditalian +6017-4333652
07/12/2022
Untuk makluman, Pihak Maa'had Tahfidz Darul Furqon telah menerima sumbangan komputer yang disumbangkan oleh Pihak Kastan Diraja Malaysia, Semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan peluang besar dari segi aspek pembelajaran yang mudah dan selesa dan melahirkan pelajar-pelajar Maa'had Tahfidz Darul Furqon yang celik IT dalam mengikuti arus zaman permodenan teknologi.
05/12/2022
Sesi Taklimat Pihak Pengurusan Maa'had Tahfidz Darul Furqon kepada pelajar-pelajar sebelum pulang bercuti ke rumah masing-masing
Untuk makluman pada semua.
Alhamdulillah Maa'had Tahfidz Darul Furqon telah mencapai satu misi ke satu misi untuk membina Maa'had Tahfidz yang mencapai MISI DAN VISI.
Pihak MTDF telah menerima sebuah van, dari hamba allah beliau sanggup mendahulukan simpanan beliau untuk membeli van secara tunai "dengan akad pihak MTDF akan membayar kembali Harga van tersebut tanpa ada feadah(BUNGA)
Maka sebab itu pihak MTDF masih membuka peluang bagi sesiapa yang ingin memberi sumbangan untuk membantu membina Maa'had Tahifdz yang dilengkapi dengan semua keperluan.
Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan ke MTDF boleh terus ke akaun (DARUL FURQON RESOURCES) 8605088270 atau boleh hubungi Ustaz Umar selaku (Mudir) ditalian +6017-4333652
Sama-Sama lah kita membangunkan tahfidz MTDF ini supaya ramai anak-anak muda yang minat untuk mendalami ilmu Agama Islam
Semoga niat baik kita semua mendapat ganjaran di sisi Allah S.W.T
28/11/2022
Aktiviti riadah dipantai bersama adik-adik Maa'had Tahfidz Darul Furqon
08/11/2022
Pihak Maa'had Tahfidz Darul Furqon mengajurkan program explorace untuk Mengisi masa cuti adik-adik Maa'had tahfidz darul furqon
Antara permainan yang dijalankan ialah:
°mencari task tugasan yang disembunyikan
°diarahkan melakukan aktiviti yg ditulis didalam task
°menebuk hafazan secara lancar
°membuat peta minda tentang tajuk yg pnh dipelajari
°menyenaraikan hukum tajwid dgn cepat dan melakukan game tertentu.