Pasti Al-Mahmudah

Call Directions

Pasti Al-Mahmudah PASTI kami menyediakan peluang istimewa utk anak-anak anda mendapatkan asas pembelajaran seawal 4 Tahun. In shaaAllah

Anak-anak akan diasuh dan dididik ilmu dunia dan akhirat.

26/08/2026
🏆JOHAN KESELURUHAN ALAM RIA PASTI KAPAR 2026🏆Alhamdulillah syukur atas segala nikmat Allah. Tahniah dan syabas diucapkan...
26/08/2026

🏆JOHAN KESELURUHAN ALAM RIA PASTI KAPAR 2026🏆

Alhamdulillah syukur atas segala nikmat Allah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anak-anak PASTI Al-Mahmudah yang telah menyertai Alam Ria PASTI Kawasan Kapar 2026! 🥳

🥇Bercerita Perempuan
Asma’ Fida

🥇Khutbah
Ahmad Anas Zulfiqh

🥇Pidato
Nur Medina Yasmeen

🥉Nasyid

PASTI Al-Mahmudah telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Alam Ria PASTI Kawasan Kapar 2026🏆

Tahniah dan syabas diucapkan untuk anak-anak PASTI Al-Mahmudah yang turut serta dalam semua acara yang dipertandingkan. Anda semua hebat dan berjaya. Jangan berputus asa dan teruskan melangkah dan mengukir kejayaan. Semoga kalian berjaya dunia dan akhirat 🎊✨

Terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa atas sokongan serta bimbingan yang diberikan.


🌼 TEMASYA SUKAN PASTI AL-MAHMUDAH 2026 🌼Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Temasya Sukan PASTI Al-Mahmudah 2026 telah...
26/07/2026

🌼 TEMASYA SUKAN PASTI AL-MAHMUDAH 2026 🌼

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Temasya Sukan PASTI Al-Mahmudah 2026 telah berlangsung dengan jayanya.

Tahun ini, tema “Bunga” telah menyerikan lagi suasana temasya. Pelbagai warna, kreativiti dan senyuman menghiasi padang, melambangkan keceriaan serta keunikan setiap anak-anak PASTI yang menjadi bunga-bunga harapan ummah.

Tahniah kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat kes**anan, keberanian dan kerjasama sepanjang temasya berlangsung. Menang atau kalah bukan ukuran, sebaliknya pengalaman, disiplin dan ukhuwah yang dibina adalah kemenangan yang sebenar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru, ibu bapa, ahli jawatankuasa, penyumbang serta semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, pastinya temasya s**an ini tidak dapat dilaksanakan dengan begitu lancar dan meriah.

Semoga segala usaha, tenaga dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT serta menjadi kenangan indah buat anak-anak PASTI.

Jumpa lagi di Temasya Sukan PASTI Al-Mahmudah yang akan datang! 💚💛

“Anak PASTI Cergas, Ceria dan Berakhlak Mulia.”

MAKLUMAN TAKLIMAT PEMBUKAAN PASTI & PENDAFTARAN 2026Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah terima kasih ibu ayah semua keran...
02/01/2026

MAKLUMAN TAKLIMAT PEMBUKAAN PASTI & PENDAFTARAN 2026

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah terima kasih ibu ayah semua kerana memilih PASTI Al-Mahmudah sebagai tempat pendidikan awal anak-anak.

📆 : 3 Januari 2026 (Sabtu)
⏰ : 8.00 pagi - 12 tengahari
🏠 : PASTI Al-Mahmudah

Jom Masuk PASTI!

Kekosongan hanya tinggal untuk murid 5 tahun sahaja. ^^,

Jamuan Akhir Tahun 2025Alhamdulillah. s**a duka dan penat lelah ditamatkan dengan berakhirnya sesi pembelajaran bagi tah...
31/12/2025

Jamuan Akhir Tahun 2025
Alhamdulillah. s**a duka dan penat lelah ditamatkan dengan berakhirnya sesi pembelajaran bagi tahun 2025. Pelbagai coretan dan kenangan pastinya disimpan kemas agar menjadi panduan masa hadapan. Semoga anak-anak PASTI Al-Mahmudah terus maju jaya dan istiqomah dalam setiap amalan kebaikan yang mereka lakukan.

ANUGERAH MUMTAZ MAP NEGERI SELANGORTahniah dan syabas diucapkan kepada adik Nur Zinnirah Azzahra Binti Farid Ashraf Khai...
17/12/2025

ANUGERAH MUMTAZ MAP NEGERI SELANGOR

Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik
Nur Zinnirah Azzahra Binti Farid Ashraf Khairummuzamil Norzaihally diatas pencapaian sebagai penerima anugerah Mumtaz di Majlis Anugerah Prestasi Pasti Negeri Selangor.

Selaku penerima Anugerah Tokoh Mumtaz Kawasan Kapar, didoakan agar adik Zinnirah terus maju jaya dan menjadikan kejayaan ini sebagai pemangkin semangat untuk melangkah lebih jauh pada masa akan datang.

ANUGERAH TOKOH MUMTAZ PASTI AL-MAHMUDAH 2025Tahniah diucapkan kepada adik Nur Zinnirah Azzahra Binti Farid Ashraf Khairu...
16/12/2025

ANUGERAH TOKOH MUMTAZ PASTI AL-MAHMUDAH 2025

Tahniah diucapkan kepada adik Nur Zinnirah Azzahra Binti Farid Ashraf Khairummuzamil Norzaihally dan Muhammad A***n Bin Mohammad Faizal atas pencapaian cemerlang dan penglibatan yang baik dalam setiap program Pasti Al-Mahmudah. Semoga kejayaan ini menjadi batu loncatan untuk terus maju di masa akan datang.

MAJLIS ANUGERAH PRESTASI AL-MAHMUDAH 2025Alhamdulillah. Tahniah dan syabas kepada semua anak-anak Pasti Al-Mahmudah kera...
15/12/2025

MAJLIS ANUGERAH PRESTASI AL-MAHMUDAH 2025
Alhamdulillah. Tahniah dan syabas kepada semua anak-anak Pasti Al-Mahmudah kerana berjaya mengharungi sesi pembelajaran 2025 dengan penuh cemerlang dan pastinya banyak pengajaran dan pengalaman yang mereka peroleh. Tahniah juga utk ibubapa, guru-guru dan barisan AJK yang sama-sama berganding bahu demi memastikan sesi persekolahan berjalan dengan lancar sepanjang tahun. Semoga setiap pengalaman dan pembelajaran kali ini dapat memberi banyak manfaat untuk digunakan pada masa akan datang. Tahniah

Address

Lot 619, Pinggiran Taman Sementa Jaya, Bt 6 Kg. Sementa
Klang
42100

Opening Hours

Monday 07:00 - 12:01
Tuesday 07:00 - 12:00
Wednesday 07:00 - 12:00
Thursday 07:00 - 12:00
Friday 07:00 - 12:00

Telephone

+60192231799

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasti Al-Mahmudah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category