20/09/2026
Kami ingat yang paling teruja dengan VR Al-Aqsa ialah anak-anak.
Rupanya, ibu bapa pun sama. Ada yang masuk sebab nak teman anak, tapi keluar dengan macam-macam soalan dan cerita.
Sepanjang booth ini, kami jumpa ramai orang dengan pengalaman yang berbeza. Ada yang selama ini mengenali Palestin hanya melalui berita tentang konflik dan peperangan. Bila diperkenalkan kepada Al-Quds dari sudut sejarah, Masjid Al-Aqsa dan kedudukannya, ada yang baru sedar rupanya banyak perkara yang mereka belum tahu.
Ada yang pernah sampai sendiri ke Al-Aqsa dan berkongsi pengalaman dengan kami. Ada yang memberi informasi yang sebelum ini kami sendiri tak pernah dengar.
Dan ada momen yang cukup menyentuh hati.
Ada yang sebak. Ada yang menangis. Ada yang berkongsi rasa tanggungjawab yang mula timbul dalam diri. Ada yang pesan, “Teruskan usaha ini.” Ada juga yang kata, “Nanti balik saya nak cerita pada anak-anak tentang Al-Quds.”
Mungkin bagi mereka, itu cuma satu kunjungan ke booth.
Tapi bagi kami, setiap pertemuan, soalan, cerita dan kata-kata yang ditinggalkan menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.
Semoga semakin ramai mengenali Al-Quds, memahaminya dengan lebih dekat dan mula merasakan tanggungjawab terhadapnya.
Kerana dari situ, lahir kesedaran.
Dari kesedaran, tumbuh kecintaan.
Dan dari kecintaan, kita bangkit untuk bertindak — berkongsi, menyebarkan kefahaman dan membawa Al-Quds lebih dekat kepada keluarga serta generasi kita.
Moga langkah kecil ini terus bersambung, dari seorang kepada seorang, dari satu keluarga kepada keluarga yang lain. 🤍