Al Kauthar Eduqids Rantau Panjang, Klang Branch

Al Kauthar Eduqids Rantau Panjang, Klang Branch

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Al Kauthar Eduqids Rantau Panjang, Klang Branch, Nursery, No 28 A tingkat 1 Jalan rantau panjang 2/ku4, batu 3 3/4 rantau panjang, Klang.

10/01/2024

AKE GRAND IHTIFAL & GRADUATION 2023 ๐Ÿ’š๐Ÿฉท๐Ÿซถ๐Ÿป

Day 3 - Week 2 ๐Ÿ˜

Alhamdulillah everything went well. Congratulations to our AKE kids! You are awesome! & Thank you to all AKE Parents to support to make sure this event successful! ๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜˜

โ€œAKE AWESOMEโ€







08/01/2024

AKE GRAND IHTIFAL & GRADUATION 2023 ๐Ÿ’š๐Ÿฉท๐Ÿซถ๐Ÿป

Day 2 ๐Ÿ˜

Alhamdulillah everything went well. Congratulations to our AKE kids! You are awesome! & Thank you to all AKE Parents to support to make sure this event successful! ๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜˜

โ€œAKE AWESOMEโ€






09/12/2023

Assalammualaikum..

Hi adik-adik jom belajar baca doa bangun tidur bersama -sama Adam & Ayra ๐Ÿ˜๐Ÿฅฐ๐Ÿคฒ๐Ÿป





28/11/2023

10 Idea nak buka topik perbualan dengan anak..

1๏ธโƒฃ Tanya siapa nama kawan dia

2๏ธโƒฃ Cerita pengalaman kita dulu dulu

3๏ธโƒฃ Ambil tahu aktiviti kegemaran anak

4๏ธโƒฃ Siapa cikgu kegemaran dia

5๏ธโƒฃ Nak jadi apa dah besar nanti

6๏ธโƒฃ Subjek paling dia s**a

7๏ธโƒฃ Subjek yang dia tak s**a

8๏ธโƒฃ Dia paling takut apa

9๏ธโƒฃ Siapa idola dia

๐Ÿ”Ÿ Cerita pasal hobi & minat

Pentingnya rajin berbual dengan anak supaya dia tak rasa janggal nak berbual dengan kita sampai ke tua..

Kredit : Khusyuk Parenting ( Fhais Salim )


22/11/2023

Apa Perlu Buat Bila Anak Mula Mengamuk? Guna 3 Cara Ini Untuk โ€˜Handleโ€™ Mereka Dengan Cepat

DUA JENIS โ€˜AMUKANโ€™ ANAK
Secara umumnya terdapat dua jenis amukan kanak-kanak yang biasa kita lihat di tempat awam atau pun apabila berkunjung ke majlis-majlis atau rumah rakan dan saudara-mara.

1. Amukan kerana tidak mendapat apa yang diingini. Ini adalah โ€˜tantrumโ€™ yang sering kita alami dan lihat berlaku kepada anak orang lain juga.

2. Amukan kerana anak terlalu terbeban dengan pelbagai stimulasi di persekitaran seperti terlalu ramai orang, terlalu bising, terlalu berwarna-warni ataupun suhu tempat yang tidak sesuai. Ini dikenali sebagai โ€˜sensory meltdownโ€™ yang berlaku apabila sensori atau deria anak terlalu terbeban dengan stimulasi berlebihan.

Pernahkah anda berhadapan dengan situasi di mana anda melihat anak orang lain mengamuk di depan mata anda. Apa yang anda lakukan? Adakah anda hanya berlalu seolah-olah tidak nampak? Adakah anda memberi nasihat? Adakah anda membantu? Adakah anda senyum? Atau adakah anda bersyukur itu bukannya anak anda yang mengamuk?

APABILA ANAK ORANG LAIN MENGAMUK.

1) Tidak perlulah memberi nasihat kepada ayah atau ibu anak tersebut jika anda tidak tahupun sebab anak itu mengamuk. Jangan membuat andaian. Jika anak kita sering mengamuk kerana inginkan sesuatu, anak orang lain mungkin mengamuk kerana stimulasi yang berlebihan.

Memberi nasihat seperti โ€œJangan beri muka sangat pada anak tu!โ€ mungkin tidak berkaitan langsung dengan sebab amukan anak tersebut. Nasihat seperti โ€œAnak ini mengantuk ni. Tidurkanlah dia.โ€ adalah sama sekali tidak releven kiranya anak tersebut cukup tidurnya tetapi amukannya disebabkan oleh lapar.
Andaian anda mungkin tidak betul.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?

1) BERILAH NASIHAT HANYA APABILA DIPERLUKAN.

Jangan menambahkan tekanan yang sedia ada dengan nasihat berbau kritikan, sindiran atau โ€˜holier-than-thouโ€™.
Amukan anak bukanlah disebabkan kegagalan โ€˜parentingโ€™ semata-mata, ia berlaku kerana anak belum atau tidak pendai meluahkan kekecewaan dengan cara yang betul.

2) TIDAK PERLULAH MERENUNG (STARE) ANAK BERANAK TERSEBUT SEHINGGA MEWUJUDKAN PERASAAN TIDAK SELESA MEREKA.

Cukuplah sekadar memandang sekali lalu. Jika bertentang mata secara tidak sengaja, senyumlah kepada ayah atau ibu yang sedang berhempas pulas itu dengan senyuman memahami bukannya dengan senyuman sinis atau senyuman lega โ€œAlhamdulillah itu bukan anak saya!โ€

Tidak perlu juga memandang dengan pandangan โ€œOh comelnya anak itu mengamukโ€ kerana Tuhan saja yang tahu comel atau tidak situasi sebegini kepada kedua ayah dan ibu anak tersebut.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?

3) HULURKAN BANTUAN

Jika ayah atau ibu tersebut memerlukan bantuan bersifat fizikal contohnya kerana air tertumpah, atau barang terlalu banyak untuk dibawa atau perlu bantuan menolak stroller atau perlu bantuan membuka pintu dan sebagainya, hulurkanlah bantuan tersebut. Atau mungkin ketika di rumah rakan atau saudara-mara ayah atau ibu tersebut memerlukan seseorang untuk tengok-tengokkan anak yang tidak mengamuk sementara menguruskan anak yang mengamuk, anda mungkin boleh membantu.

* Oleh itu, selepas ini ibubapa haruslah sama-sama membantu menjaga anak ya.

Perkongsian ini adalah hasil penulisan dari Puan Noor Afidah Abu Bakar, Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK) di laman Facebooknya, Parent Connect.

Sumber: Parent Connect

Kredit : siraplimau


07/11/2023

Hi kawan-kawan jom kite belajar mengenal Warna sambil Menyanyi dalam Bahasa Melayu bersama Adam & Ayra ๐Ÿ˜๐Ÿฅฐ





02/11/2023

๐“๐ข๐ฉ๐ฌ ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ง ๐€๐ง๐š๐ค ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐ฎ๐ค๐š ๐Œ๐„๐๐†๐ˆ๐†๐ˆ๐“
โ€ผ๏ธ

Peranan ini ibubapa juga perlu main peranan bagi membantu atasi masalah ini supaya anak-anak โ€˜behaveโ€™ jika hantar di taska & tidak menyakiti anak-anak lain ๐Ÿ˜ฐ๐Ÿฅบ

Kadang-kadang rutin harian teacher perlu memantau anak yang lain juga, teruskan sesi pengajaran, waktu anak-anak tidur teacher perlu solat, makan dan sebagainya. Anak-anak sekarang makin bijak ada saja keletah di waktu tidur mereka terjaga tidak meneruskan tidurnya malah menggangu kawan-kawan yang tidur dengan sengaja mengigit atau sebagainya.. ๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ซ


Mungkin dengan tips ini ibubapa boleh main peranan untuk membantu mengurangkan habit anak yang s**a mengigit ini bagi mengelakkan kecederaan kepada kanak-kanak lain ๐Ÿง๐Ÿปโ€โ™€๏ธ

1. ๐‘จ๐’‹๐’‚๐’Œ ๐‘จ๐’๐’‚๐’Œ ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’Œ๐’๐’Ž๐’–๐’๐’Š๐’Œ๐’‚๐’”๐’Š

Menggigit boleh menjadi salah satu cara yang dilakukan oleh anak untuk mengekspresikan emosi yang dirasakan. Ajak anak untuk berkomunikasi setiap hari dengan baik agar perasaan yang dirasakan anak dapat tersalurkan dan emosi anak tidak terpendam. Tidak ada salahnya mengajarkan sebab akibat melalui kata-kata yang mudah di fahami oleh anak mengapa anak tidak boleh menggigit kawan atau ibunya. Dengan konsep sebab akibat anak akan lebih mengerti mengapa ia tidak boleh menyakiti orang lain.


2. ๐‘จ๐’‹๐’‚๐’“๐’Š ๐‘จ๐’๐’‚๐’Œ ๐‘ด๐’†๐’๐’ˆ๐’†๐’๐’…๐’‚๐’๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฌ๐’Ž๐’๐’”๐’Š

Terkadang anak-anak menggigit untuk mendapatkan perhatian dari orang lain. Untuk itu, berikan perhatian dan kasih sayang yang cukup untuk anak agar keperluan psikologi anak terpenuhi. Tidak ada salahnya untuk mengajarkan anak cara mengendalikan emosi. Ajarkan anak untuk mengungkapkan perasaan dengan baik. Jika anak merasa tidak selesa, sebaiknya ajarkan untuk berkomunikasi agar boleh memberitahu apa yang membuat anak inginkan.



3. ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘พ๐’‚๐’Œ๐’•๐’– ๐’“๐’†๐’‰๐’‚๐’• ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’„๐’–๐’Œ๐’–๐’‘ ๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐‘จ๐’๐’‚๐’Œ

Anak yang aktif lebih cenderung memiliki kebiasaan menggigit. Tidak ada salahnya ibu memberikan waktu anak rehat yang cukup pada anak agar kebiasaan ini akan dapat dikurangkan. Rehat yang cukup juga dapat mengoptimalkan kesihatan anak.

4. ๐™†๐™ช๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™–๐™ฃ๐™–๐™  ๐™—๐™š๐™ง๐™ข๐™–๐™ž๐™ฃ โ€˜๐™œ๐™–๐™™๐™œ๐™š๐™ฉโ€™

Cuba menghadkan anak-anak bermain gadget dirumah atau boleh elakkan kerana ia membuatkan anak lebih addicted dan membuat perkembangan komunikasi anak makin merosot & apabila di taska mereka tidak dapat mengikut kemahuan mereka . Mereka cuba melepaskan geram dengan mengigit atau menyakiti anak-anak lain . Permasalahan ini juga buat anak-anak tidak berminat ke taska walaupun mereka โ€˜belajar sambil bermainโ€™ kerana anak-anak lebih cenderung memilih untuk bersendirian di rumah menghabiskan masa bermain gadget. Apabila ke taska anak-anak menunjukkan protes menangis ke taska tidak happy dan sebagainya di mana ibubapa perlu tahu akibatnya .


Mungkin dengan tips2 ini ibubapa boleh main peranan dan dapat membantu perkembangan sosial , sosioemosi , & berkomunikasi anak lebih baik dan tidak menyakiti anak-anak lain semasa bermain atau aktiviti di taska.

- MD

15/10/2023

Apabila anak kita bertanya,
"Mengapa kita memberikan perhatian kepada PALESTIN dan selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis?"

Apa jawapan kita?

Ceritakan kepada anak kita:
Wahai anakku, sesungguhnya PALESTIN adalah tempat tinggal para Nabi.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Nabi kita Ibrahim ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… hijrah ke PALESTIN.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Nabi Lut ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi PALESTIN.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Nabi Daud ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… tinggal di PALESTIN dan membangun mihrabnya.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Dan Nabi Sulaiman ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… memerintah seluruh dunia dari PALESTIN, kisahnya yang popular berkaitan semut yangg berkata, โ€œHai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.โ€ Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di PALESTIN dekat (โ€˜Athqalan).

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Di PALESTIN juga, terdapat mihrab Zakaria ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู…, sebagaimana Musa ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Banyak mukjizat yang terjadi di dalamnya, di antaranya kelahiran Nabi 'Isa ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Di PALESTIN, Maryam menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Termasuk tanda-tanda akhir zaman di PALESTIN, Nabi 'Isa ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… akan turun di menara putih Syria, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod PALESTIN, serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di PALESTIN, di antaranya kisah Talut dan Jalut.

1. Anak kita bertanya:
โ€œBagaimana dengan Nabi Muhammad ๏ทบ dan hubungannya dengan PALESTIN?โ€

Jawab:
โ€œDulu kiblat pada awal diperintahkannya solat adalah menghadap ke PALESTIN, dan ketika Nabi hijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan baginda sedang solat, Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah al-Mukarramah lalu masjid tempat baginda solat dinamakan masjid Dzulqiblatain (dua kiblat).โ€

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Demikian juga ketika Rasulullah ๏ทบ melakukan Israโ€™, baginda pergi ke Baitul Maqdis sebelum Miโ€™raj ke langit. Inilah terminal pertama baginda berhenti setelah berangkat dari Mekah sebelum menuju ke langit, dan baginda menjadi imam solat para Nabi.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Abu Dzar radhiyallahu โ€˜anhu bertanya kepada Rasulullah: โ€œMasjid mana yang pertama kali diletakkan oleh Allah di muka bumi?โ€ Baginda menjawab, โ€œMasjidil Haram.โ€ Aku bertanya lagi, โ€œKemudian masjid mana?โ€ Baginda menjawab, โ€œMasjidil Aqsa.โ€ Aku bertanya lagi, โ€œBerapa jarak antara keduanya?โ€ Baginda menjawab, โ€œEmpat puluh tahun.โ€ Kemudian baginda bersabda, โ€œDi manapun solat menjumpaimu, maka solatlah dan bumi bagi kalian adalah masjid.โ€

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ"Wahai anakku, Apakah kamu tahu bahawa Abu Bakar as-Siddiq radhiyallahu 'anhu meskipun sibuk dengan masalah kemurtadan orang-orang Arab di Jazirah Arab dengan menyediakan pas**an untuk memerangi mereka agar kembali kepada Islam yang benar, beliau tidak membatalkan pas**an yang diperintahkan Nabi untuk pergi ke Syam, meskipun memerlukan kekuatan untuk mengembalikan kestabilan Jazirah.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Apakah kamu tahu masa keemasan penaklukan Islam di masa Umar al-Faruq radhiyallahu โ€˜anhu, beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (pembukaan) negeri kecuali PALESTIN, beliau pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, solat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Rom saat itu.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Kemudian dibuka lagi oleh Salahuddin al-Ayyubi di hari bersejarah tahun 583 H hari Jumaat bertepatan dengan tanggal 27 Rajab, tanggal yang sama dengan malam Miโ€™rajnya Nabi ke langit melalui Baitul Maqdis. Ini merupakan fakta yang ajaib yang mana Allah memudahkan pengembalian al-Quds kepada pemiliknya sama seperti waktu Israโ€™ dan Miโ€™raj."

2. Anak kita bertanya lagi:
โ€œKenapa dinamakan dengan Baitul Maqdis?โ€

Jawab:
โ€œNama ini telah ada sebelum turunnya al-Quran, ketika al-Quran diturunkan, ia disebut Masjid al-Aqsa, dan dinamakan Baitul Maqdis kerana kesuciannya yang istimewa.

Oleh kerana itu, tanah PALESTIN dan Syam adalah tanah Ribat, telah syahid di dalamnya 5000 dari kalangan para sahabat mulia, mereka bersemangat untuk membuka Baitul Maqdis dan membebaskannya daripada penindasan Rom. Para syuhadaโ€™ masih berguguran sampai hari ini, inilah tanah para syuhadaโ€™ dan tanah ribat.โ€

3. Anak kita berkata:
"Jadi, pentingnya Masjid al-Aqsa dan bumi Syam seperti pentingnya Haramain, Mekah dan Madinah?โ€

Jawab:
โ€œYa, anakku. Allah ๏ทป mengumpulkan keduanya dalam firman-Nya, *โ€œDemi buah Tin dan buah Zaitun. Dan demi bukit Sinai. Dan demi kota Mekah ini yang aman*.โ€ (At-Tin: 1-3)

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Ibnu Abbas berkata: "At-Tin adalah negeri Syam, az-Zaitun negeri PALESTIN, bukit Sinai adalah gunung di mana Allah berbicara kepada Musa ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… di Mesir, dan al-Balad al-Amin adalah Mekah al-Mukarramah."

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Allah ๏ทป berfirman: โ€œDan sungguh kami telah tetapkan dalam kitab-kitab setelah dicatat di Lauh Mahfuzh bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.โ€ (Al-Anbiyaโ€™: 105)

4. Anak kita berkata:
โ€œSekarang saya faham pentingnya PALESTIN dan Masjid al-Aqsa, sebagaimana saya faham bahawa solat di dalamnya dilipatgandakan menjadi 500 kali ganda, apakah ini benar?โ€

Jawab:
โ€œYa nak, itu benar, dan jangan kamu lupakan anak-anak PALESTIN dan penduduknya dari doamu. Semoga Allah memberkatimu nak.โ€

Footnote: This is not my writing. Credit to the original write

Semoga Allah sentiasa memberkati, merahmati dan melindungi saudara-saudara kita di PALESTIN.

Photos from Al Kauthar Eduqids Rantau Panjang, Klang Branch's post 04/09/2023

โœจโšก๏ธโค๏ธ[PENDAFTARAN TASKA TADIKA & PUSAT INTERVENSI KINI DI BUKA 2024 DI AKE RANTAU PANJANG KLANGโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ ๐ŸŽ’๐ŸŽ’]โค๏ธ โœจโšก๏ธ

Pening cari taska & tadika terbaik untuk ANAK Tersayang di area RANTAU PANJANG KLANG ๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜ฃ

๐ŸŒธ Maid lari ๐Ÿ˜” Cost Maid mahal ๐Ÿ’†๐Ÿปโ€โ™€๏ธ

๐ŸŒธ Anak duduk pengasuh tidak belajar.. perkembangan anak jadi lambat ๐Ÿ˜”

๐ŸŒธ Anak dah 2 tahun masih tidak boleh bercakap ๐Ÿ’๐Ÿปโ€โ™€๏ธ pelay

๐ŸŒธ Anak tidak s**a bergaul

๐ŸŒธ Anak kuat tantrum

๐ŸŒธ Anak s**a menjerit ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ฉ

๐ŸŒธ kerja KL kena keluar rumah seawal 6.30pagi ๐Ÿ˜”

๐ŸŒธ Anak lewat perkembangan semua tempat kebanyakkan yuran mahal ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜ฐ tiada pilihan๐Ÿ˜ฃ


Jangan risau kami di Al Kauthar Eduqids akan bantu ibu bapa semua ๐Ÿค—

๐Ÿ“Œ Kami buka seawal 6.30pagi
๐Ÿ“Œ Harga diskaun untuk Adik Beradik๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ง
๐Ÿ“Œ Pusat Intervensi Awal harga yang berpatutan
๐Ÿ“Œ Menggunakan Sillibus PERMATA & Islamic Montessori utk Taska
๐Ÿ“Œ Menggunakan Silibus fully KSPK utk tadika selari dengan Jabatan Pendidikan serta Pretahfiz & Kaedah Montessori
๐Ÿ“Œ PERCUMA subject Basic Mandarin utk Anak seawal 3 tahun
๐Ÿ“Œ Cikgu yang berpendidikan & Berpengalaman ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿซ๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿซ
โœ… Menyediakan Pusat Pembelajaran & Intervensi untuk Anak lewat perkembangan, SPEECH DELAY, Autism, Adhd, GDD etc


Layari website

www.alkauthareduqids.edu.my


Jom Daftar Sekarang! Dapatkan FREE GIFT untuk 20 orang terawal!

www.wasap.my/60192357244/AKEENROLEIPRANTAUPANJANG



www.wasap.my/60192357244/AKEENROLEIPRANTAUPANJANG

www.wasap.my/60192357244/AKEENROLEIPRANTAUPANJANG

07/07/2023

Assalammualaikum

Hi kids ๐Ÿฅฐ

Today, teacher want to share something about Hajj ๐Ÿ˜Š this initiative will benefit all of you in learning and know the steps on how to perform Hajj ๐Ÿ˜Š

Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


No 28 A Tingkat 1 Jalan Rantau Panjang 2/ku4, Batu 3 3/4 Rantau Panjang
Klang
42100

Opening Hours

Monday 07:00 - 19:00
Tuesday 07:00 - 19:00
Wednesday 07:00 - 19:00
Thursday 07:00 - 19:00
Friday 07:00 - 19:00
Saturday 08:00 - 13:30