26/01/2026
MasyaAllah tabarakallah.
Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kami warga alumni menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada Al-Fadhil Maulana Omer Farooq Hafizahullah atas penganugerahan Anugerah Khas Tokoh Huffaz Negeri Johor.
Anugerah ini bukan sekadar satu penghormatan, bahkan satu pengiktirafan terhadap perjalanan panjang seorang murabbi yang istiqamah berjuang bersama Al-Quran โ sabar mendidik, membimbing dan mencurahkan bakti dalam membina generasi huffaz yang berakhlak, berilmu dan berwibawa.
Kami berasa amat beruntung dan bersyukur kerana pernah dididik oleh seorang guru yang mendidik dengan kasih sayang, keikhlasan dan contoh tauladan, serta tidak pernah jemu menyemai kecintaan terhadap Kalamullah dalam jiwa anak-anak Malaysia.
Semoga Allah SWT terus memelihara guru kami, memberkati usia, ilmu dan amal, serta menjadikan penghargaan ini sebagai asbab kebaikan dan pahala yang berpanjangan. ๐คฒโจ
22/01/2026
Bai'ah Seorang Hafiz/ah Quran
Masa awalยฒ dulu kita bersemangat untuk menghafal & ingat 30 juz' kerana ingin jadi "hafiz Al-Quran" kerana kita rasa kita mampu untuk menjaga kalam-Nya tapi hakikatnya sesuatu perjuangan tidak diukur dengan kataยฒ dari manusia melainkan dengan pengalaman pejuang tersebut.
Tak rasa berdosakah, kita berpenat - penat hafal 30 juz' tapi kita tak i'adah pun walaupun 2 helai (di bulan ramadhan) sekalipun. Seakan - akan kita sedang mempermainkan gelaran "hafiz Al-Quran" (penjaga Al-Quran) itu sendiri.
Masihkah lagi berkobar - kobar di hati kita ingin menjadi sebahagian ahli "Hafiz Al-Quran" atau hanya mampu menjadi ahli "huffaz"?
Jangan jadikan medan agama kita sebagai jualan untuk kita mendapat nama dan kepentingan peribadi semata-mata.
Jagalah Al-Quran seperti mana kamu menjaga hati kamu untuk tetap di jalan keredhaan-Nya. Letakkan disiplin kepada kita untuk kita i'adah semampu kita dan bukan i'adah mengikut kemampuan orang lain.
22/01/2026
Taat kepada guru bukan bermakna menyembah guru,
tapi menjaga adab terhadap saluran ilmu yang Allah pilih untuk kita.
Bila murid patuh walaupun belum faham,
diam walaupun hati memberontak,
tinggalkan perkara yang dilarang walaupun terasa rugi,
Allah akan gantikan dengan kefahaman, ketenangan, dan keberkatan
yang tak boleh dibeli dengan kepandaian semata.
Ilmu boleh dicari di banyak tempat,
tapi berkat hanya turun kepada mereka yang menjaga adab.
Terkenang kata-kata ini:
โKita menuntut ilmu bukan semata-mata untuk mendapatkan ilmu,
tetapi yang lebih utama ialah mencari berkat dalam ilmu itu.
Dan berkat ilmu itu terletak pada adab seseorang terhadap gurunya"
Moga Allah jadikan kita penuntut ilmu
yang bukan sekadar tahu,
tetapi diberi barokah dalam ilmu, umur, dan amal ๐ค๐คฒ๐ป
16/01/2026
Kehidupan tidak diukur dari lamanya waktu,
tetapi dari nilainya..
Yang menjadi ukuran bukanlah panjangnya usia..
melainkan besarnya amal dan kebaikan yang dilakukan..
*Ya ALLAH, anugerahkanlah kepada GURU-GURU kami ke'afiatan, umur yang panjang disertai dengan amal yang baik, serta akhir kehidupan yang husnul khatimah... ๐คฒ๐คฒ๐คฒ
Maulana Farooq
Kredit kepada Muhammad Suhaib Al-faruqqie
15/01/2026
Alhamdulillah syukur. Moga program yang dianjurkan ini berjalan dengan lancar.
01/01/2026
BENGKEL INTENSIF
SISTEM SYAHADAH TAHFIZ (Zon Utara Khususnya)
Sukacita dimaklumkan bahawa satu Bengkel Intensif Sistem Syahadah Tahfiz akan dianjurkan bagi memberi pendedahan menyeluruh berkaitan pelaksanaan dan pengurusan sistem syahadah dalam institusi tahfiz.
Butiran Program adalah seperti berikut:
๐ Tarikh: 15 & 16 Januari 2026
๐ Masa: 9.00 pagi โ 4.30 petang
๐ Tempat:
Maahad Tahfiz DarSa, Alor Setar
(Rumah Ngaji DarSa, Taman Purnama)
Penceramah Jemputan:
- Maulana Omar Farooq bin Maulana Soleh
- Al-Fadhil Ustaz Talhah bin Maulana Omar Farooq
Yuran Penyertaan:
๐ฐ RM50 seorang (Termasuk makan & saguhati TUAN GURU)
Penyertaan terbuka kepada :
Mudir, pengusaha institusi tahfiz, serta Guru Tahfiz, Hafiz & Hafizah yang berminat untuk memahami dan mendalami Sistem Tahfiz secara lebih sistematik dan berkesan.
Tarikh tutup penyertaan :
13 JANUARI 2026
๐ Pendaftaran & Maklumat Lanjut:
Sila hubungi 019-523 9374
11/12/2025
Insyaallah bagi mereka yang berdekatan atau dikawasan utara, boleh ambil kursus pengajian Syahadah sistem tuan guru kita di sini. Jom pakat-pakat share. Masyaallah
PENGAMBILAN PELAJAR SYAHADAH SESI 2026
Maahad Tahfiz Al-Quran DarSA, Alor Setar
Maahad Tahfiz Al-Quran DarSA membuka peluang kepada 10 orang calon pelajar untuk menyertai Program Syahadah selama 6 bulan, khusus bagi mereka yang ingin memperkukuh hafazan serta adab dan amali sunnah.
Syarat Kemas**an
โ Lelaki
โ Tidak merokok
โ Minat dan komitmen yang tinggi
โ Datang atas kemahuan sendiri
โ Bersedia menerima tarbiyah
โ Tiada rekod masalah sosial
โ Patuh kepada peraturan
โ Sihat tubuh badan
Kandungan Program Syahadah
๐ Pengulangan 30 juzuk secara bersistem
๐ Asas Fardu Ain
๐ Adab-adab dan praktikal sunnah
๐ Ratib & wirid harian
๐ Smart Tajwid
Kelebihan Program
๐ฟ Tempoh pengajian singkat (6 bulan)
๐ฟ Bilik kuliah berhawa dingin
๐ฟ Kelas khas berkitab mingguan bersama ( SYEIKH ZAINUL ASRI )
Maklumat Temuduga
๐
26 Disember 2025 (Jumaat)
โฐ 8.30 pagi โ 11.30 pagi
๐ Rumah Ngaji (DarSA)
No. 190, Jalan Purnama 2,
Taman Purnama, 05050 Alor Setar, Kedah
๐ Untuk pertanyaan & pendaftaran:
019-5239 374
10/09/2025
๐โจ ๐ผ๐ก-๐๐ช๐ง๐๐ฃ๐ช๐ก ๐๐๐ง๐๐ข ๐๐ช๐ ๐๐ฃ ๐จ๐๐ ๐๐๐๐ง ๐ ๐๐ฉ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ฃโฆ ๐๐ ๐๐๐๐ก๐๐ ๐ฅ๐๐ฃ๐๐ช๐๐ฃ ๐๐๐๐ช๐ฅ, ๐ข๐ช๐ ๐๐๐ฏ๐๐ฉ ๐๐๐ช๐ฃ๐, ๐๐๐ฃ ๐๐๐๐๐ฎ๐ ๐๐ช๐๐ฉ ๐ช๐ข๐๐ฉ ๐๐๐๐ ๐๐ช๐๐๐ข๐ข๐๐ ๐๐ผ๐.
Jom kita kenali Al-Quran dengan lebih dekat:
โ
Siapa utusannya
โ
Bahasa & definisi
โ
Martabat & profil
โ
Kandungan & keistimewaan
๐ Al-Quranul Karim
1. Utusan
๐๐ฝ Diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah.
๐๐ฝ Melalui perantaraan Malaikat Jibril AS.
2. Bahasa
๐๐ฝ Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab.
3. Definisi (Sudut Bahasa)
๐๐ฝ Perkataan Al-Quran berasal daripada bahasa Arab.
๐๐ฝ Kata terbitan Qaraโa (masdar) โ maksudnya membaca.
Kata terbitan lain:
๐๐ฝ At-Tilawah โ pembacaan.
๐๐ฝ Al-Jamโu โ pengump**an.
4. Martabat
๐๐ฝ Al-Quran โ perlembagaan pertama umat Islam.
๐๐ฝ Hadith โ perlembagaan kedua umat Islam.
5. Profil
๐๐ฝ Wahyu agung yang diturunkan oleh Allah SWT khas untuk umat Nabi Muhammad SAW.
๐๐ฝ Kelebihan yang mengangkat martabat umat Baginda SAW sebagai umat yang istimewa.
6. Kandungan
๐๐ฝ Al-Quran mengandungi inti pati daripada:
โข Kitab Taurat
โข Kitab Zabur
โข Kitab Injil
Dan Al-Quran โ penyempurna dan pelengkap seluruh syariat kitab-kitab samawi terdahulu.
7. Definisi (Sudut Istilah)
๐๐ฝ Menurut para ulama, Al-Quran bermaksud:
โข Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
โข Lafaznya muโjizat (tidak dapat ditandingi).
โข Membacanya mendapat ganjaran pahala.
โข Ditulis dalam mushaf.
โข Diriwayatkan secara mutawatir (bersambung sanad).
โจ ๐๐๐ฃ๐๐ ๐๐จ๐ฃ๐ฎ๐, ๐ผ๐ก-๐๐ช๐ง๐๐ฃ ๐๐๐ก๐๐ ๐ข๐ช๐ ๐๐๐ฏ๐๐ฉ ๐๐๐ช๐ฃ๐, ๐ฅ๐๐ฃ๐๐ช๐๐ฃ ๐๐๐๐ช๐ฅ ๐ช๐ข๐๐ฉ ๐๐จ๐ก๐๐ข, ๐จ๐๐ง๐ฉ๐ ๐๐๐๐๐ฎ๐ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐ข๐๐ฃ๐ฎ๐๐ข๐ฅ๐ช๐ง๐ฃ๐๐ ๐๐ฃ ๐๐๐๐ง๐๐ฃ ๐ฅ๐๐ง๐ ๐ง๐๐จ๐ช๐ก ๐ฉ๐๐ง๐๐๐๐ช๐ก๐ช.
๐๐๐ข๐ค๐๐ ๐จ๐๐๐๐ ๐๐ฉ ๐ฅ๐๐ง๐ ๐ค๐ฃ๐๐จ๐๐๐ฃ ๐๐ฃ๐ ๐ข๐๐ฃ๐๐ข๐๐๐๐ ๐๐ฃ ๐ง๐๐จ๐ ๐๐๐ฃ๐ฉ๐ ๐ ๐๐ฉ๐ ๐ ๐๐ฅ๐๐๐ ๐ผ๐ก-๐๐ช๐ง๐๐ฃ. ๐ฟ
07/09/2025
Salam Maulidur Rasul dari kami
โจGuru dari Rangoon, Cinta untuk Kubang Bujukโจ
Hazrat Maulana Umar Farouq Al-Ranggoni Al-Hafiz
Ulama Rangoon, Guru Dedikasi di Kubang Bujuk
---
Jejak dari Rangoon ke Kubang Bujuk
Kalaulah masa boleh berpatah balik ke awal 80-an, kita akan lihat seorang insan sederhana datang dari jauh โ Rangoon, Myanmar. Namanya tidak bergema di dada akhbar, tetapi hadirnya membawa nur yang besar. Beliau ialah Maulana Umar Farouq Al-Ranggoni Al-Hafiz.
Di madrasah bernama Kubang Bujuk, yang berdinding papan dan berlantaikan simen, beliau duduk bersama anak-anak Melayu yang baru belajar mengeja huruf demi huruf. Tiada upah lumayan, tiada kemudahan moden, hanya semangat untuk menghidupkan Al-Quran di dada manusia.
---
Warisan Ilmu dari Ayahanda
Beliau bukan datang kosong. Beliau membawa warisan ilmu yang panjang. Ayahnya, Hazrat Sheikhul Hadis Maulana Muhammad Soleh Rangooni, adalah murid kepada tokoh besar India, Hazrat Sheikhul Hadis Maulana Zakariyya Kandahlawi (rah.).
Ayahnya juga seorang Amir Dakwah Tabligh di Burma, insan yang hidupnya hanya untuk agama. Dari susur galur inilah lahir jiwa besar Maulana Umar Farouq โ jiwa yang sanggup meninggalkan tanah air untuk menabur benih di bumi asing.
Hari-Hari di Kubang Bujuk
Siapa yang pernah belajar di Kubang Bujuk pada awalnya pasti masih ingat.
Seorang guru sabar, yang sanggup mendengar satu ayat diulang-ulang berpuluh kali tanpa jemu.
Seorang murabbi, yang tidur di sisi pelajar hanya untuk ditemani suara Quran di malam hari.
Seorang ayah, yang memakaikan jubahnya kepada pelajar miskin sambil berpesan:
โJubah ini bukan kemuliaanmu. Quran dalam dadamu, itulah kemuliaanmu.โ
Suasana itu sederhanaโฆ pelita minyak sebagai cahaya, bunyi katak di bendang sebagai muzik malam. Tetapi hati pelajar dibakar semangat. Mereka tahu, di hadapan mereka ada seorang guru yang hidupnya hanya untuk melihat mereka berjaya dengan kalam Allah.
---
Madrasah yang Beranak Pinak
Madrasah Kubang Bujuk bukan sekadar madrasah, tetapi tapak sejarah. Di situlah bermula madrasah tahfiz pertama di Malaysia, dirasmikan oleh Hazratji Inโamul Hasan (rah.), Amir Dakwah dunia yang ketiga.
Dari situ, lahir ribuan huffaz. Dan dari mereka, lahir p**a ratusan madrasah di seluruh tanah air. Bila kita melihat jaringan madrasah tahfiz hari ini, kita seakan melihat pohon rendang yang besar โ dan akarnya adalah usaha kecil yang pernah beliau semai di Kubang Bujuk.
Usaha Kini di Klang
Hari ini, Maulana Umar Farouq tinggal di Sungai Pinang, Klang. Usianya meningkat, tetapi semangatnya tidak pernah pudar. Di madrasahnya, beliau menetapkan sasaran yang besar โ setiap pelajar khatam 30 juzuk dalam setahun.
Beliau masih memberi nasihat dengan suara yang lembut, masih menadah tangan berdoa agar generasi pewaris tidak berpaling dari Quran.
Warisan yang Tak Akan Padam
Kalau kita kenang kembali, Maulana Umar Farouq bukan sekadar guru. Beliau adalah simbol dedikasi. Seorang ulama dari Rangoon yang memilih duduk di kampung kecil Kubang Bujuk, lalu meninggalkan jejak yang menyinari seluruh Malaysia.
Download here for mini book.
https://docs.google.com/document/d/1OPeVhnPOCpid90GB6fVROSVY79bJ3ckQ_K4jL0hh5m4/edit?usp=drivesdk
๐ฟ Beliau tidak meninggalkan harta dunia, tetapi meninggalkan generasi yang hatinya penuh dengan kalam Allah.
Sumber penulisan dari FB Ramli Muda
24/06/2025
Adab- adab dengan guru
1- Jangan panggil guru dengan namanya , panggillah mereka dengan gelaran kemuliaan yang biasa digunakan didalam masyarakat sebagai memuliakan guru
2- Apabila guru menjelaskan sesuatu dengan baik dan kita s**a dan kagum dengannya maka ucapkanlah ' saya/kami telah dapat manfaat dari ustaz/guru semoga Allah tambah lagi kepada ustaz . Jangan berkata ' ustaz telah jelas dengan baik/ terbaik
3- Apabila diberi jawaban kepada soalan yang ditanya , ucapkanlah ' ุงุญุณู ุงููู ุงูููู
4- Apabila kita menginginkan sesuatu dari guru usah gunakan ayat perintah . Gunakan ayat yang berbentuk cadangan seperti saya cadangkan/apa kata kalau/apa pandangan ustaz sekiranya... dan seumpamanya
5- Apabila guru sedang bercakap dan menjelaskan sesuatu ,jangan potong percakapannya, jangan mengatakan ' saya sudah tahu' bahkan beri perhatian kepada apa yang diperkatakan walaupun kita sudah mengetahui nya
6- Jika menghubungi guru kerana sesuatu persoalan lalu dia tidak mengangkat telefonnya, usah beratkan mereka dengan mendail berkali-kali atau dengan lambakan mesej kepadanya. Memadai dengan satu mesej dan bersabar
7- Jika guru sedang mengajar secara live tidak perlu mengucapkan salam , memadai dengar dan memberi tumpuan kerana antara adab majlis terus duduk jika tiba ketika majlis sedang berjalan
8- Ketika guru sedang mengajar secara dalam talian jangan berborak didalam ruang komen, bertanya soalan tiada kaitan. Tunggu sehingga diminta untuk bertanya
Maulana Ahmad Lutfi Abu Faqeh