SRA Rantau Panjang

SRA Rantau Panjang

Share

Hak milik SRA Rantau Panjang klang selangor

07/05/2026

PROGRAM KAMIL PERINGKAT ZON 1 DAERAH KLANG TAHUN 2026

Assalamualaikum w.b.t

SRA Rantau Panjang akan menjadi tuan rumah bagi acara KAMIL Peringkat Zon 1 Daerah klang seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh : 9 Mei 2026 (Sabtu)
โฐ Masa : 8.00 pagi โ€“ 12.30 tengah hari

Sebanyak 15 acara yang akan dipertandingkan. Antaranya :

1. Azan dan Iqamah,
2. Bercerita dari Al- Quran,
3. Hafazan & terjemahan,
4. Muhawaarah, a
5. Menulis Khat tahap 1 & 2,
6. Tilawah Al-Quran,
7. Hafazan & Tafsiran tahap 2,
8. Khutbah Jumaat,
9. Syarahan Bahasa Arab,
10. Syarahan Bahasa Melayu,
11. Solat Jenazah, Rawi dan
12. Marhaban, Nasyid dan
13. Kalam Jamaie.

Seramai 86 orang murid akan menjadi wakil peserta daripada SRA Rantau Panjang akan turut serta dalam pertandingan ini.

Semua dijemput untuk hadir bagi memeriahkan serta memberi sokongan terhadap para peserta.

Semoga SRARP beroleh kejayaan

12/03/2026

Makluman cuti Hari Raya Aidilfitri dan Cuti Penggal Persekolahan Pertama

09/03/2026

๐Ÿ“ฃ ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐Œ๐”๐‘๐ˆ๐ƒ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ ๐’๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐€๐…๐€๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ÿ“ฃ

โ€ผ๏ธ Permohonan dilakukan secara dalam talian melalui pautan :
https://mylink.la/upsbpi

๐Ÿ“† bermula ๐Ÿต ๐— ๐—”๐—– ๐—ฆ๐—˜๐—›๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—” ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐’๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ญ :
๐Ÿ”ด Calon, Ibu dan Bapa adalah ๐—ช๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
๐Ÿ”ด Lahir ๐Ÿฎ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿญ - ๐Ÿญ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ( ๐—ž๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ๐˜ ๐Ÿฒ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป)
๐Ÿ”ด Lahir ๐Ÿฎ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฌ - ๐Ÿญ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿญ (๐—ž๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ๐˜ ๐Ÿณ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป)
๐Ÿ”ด ๐—ง๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ

โ€ผ๏ธ ๐๐„๐๐“๐ˆ๐๐† โ€ผ๏ธ

Baca dengan teliti syarat dan maklumat yang dipaparkan dan ikut setiap arahan yang dinyatakan agar proses permohonan pendaftaran berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.





02/03/2026

MAKLUMAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 SESI 2027

Untuk makluman semua,
Pendaftaran kemasukan murid tahun 1 di SRA Rantau Panjang masih BELUM DIBUKA.

Pihak sekolah masih menunggu pekeliling dari JAIS berkenaan kemasukan murid tahun 1 2027.

Tarikh pendaftaran dibuka akan dimaklumkan semula melalui Telegram dan FB sekolah.

Terima Kasih.
Wallahu Al'lam

Yang menurut perintah,
AHMAD HIZAM BIN SATARIS
Guru Besar,
SRA Rantau Panjang

Photos from SRA Rantau Panjang's post 28/02/2026

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐’๐ฅ๐ข๐ฉ ๐Š๐ž๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐”๐๐Š๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

PIBG & Pentadbiran SRA Rantau panjang mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada 346 orang calon UPKK 2025 dan syabas kepada semua calon Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) sesi 2025 yang telah menerima keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Seramai 53 calon telah mendapat 9A. Pencapaian tahun ini meningkat 62 % berbanding tahun lepas.

Tahniah dan syabas kepada semua murid dan guru-guru serta ibu bapa atas kecemrlangan dan kejayaan ini.

27/01/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 23 & PERMUAFAKAAT MURID TAHUN 4,5 & 6 TAHUN 2026

Semua ibubapa/penjaga murid dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 23 dan Majlis Permuafakatan Ibubapa Murid Tahun 4,5, & 6 yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 31/01/2026
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pg - 12.30 tgh hari
Tempat : Dataran Mumtaz
SRA Rantau Panjang

Kehadiran tuan/puan adalah sebahagian daripada bentuk kerjasama dan keprihatinan sebagai ibubapa/penjaga dalam membantu pembangunan sekolah dan pendidikan anak-anak.

Sekian, terima kasih.

Photos from SRA Rantau Panjang's post 19/01/2026

CERAMAH ISRA' MIKRAJ 1447H

Majlis sambutan Isra' Mikraj ringkas anjuran Biro Dakwah SRA Rantau Panjang.

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hazim bin Abu Mokhtar dalam slot pertama. Manakala slot kedua disampaikan oleh Ustaz Muqaddim Basit bin Muhamad Hizuan.

Penceramah mengambil ruang menerangkan pengertian dan sejarah penganugerahan Isra' dan Mikraj kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah, menerusi ceramah Israk Mikraj ini, murid mengetahui kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad, kesedihan dan perjuangan Baginda Muhammad dalam menyebarkan agama Islam.

16/01/2026

Assalamualaikum,

SERAHAN SIJIL UPKK 2024

Makluman kepada Ibubapa & Penjaga Murid Tahun 5 2024 SRA Rantau Panjang

Sijil UPKK 2024 boleh diambil pada ketetapan berikut :

Hari : Isnin - Khamis
Tarikh : 19/1/2026 - 22/1/2026
Masa : 12.00 Tengahari - 2.00 Petang
Tempat : Bilik Seminar ( berhadapan Dataran Mumtaz )

๐Ÿ“Œ Pengambilan Sijil UPKK selepas tarikh diatas, hendaklah berurusan di Pejabat Sekolah,

Terima Kasih

16/12/2025

๐Ÿ”ŠJom beramai-ramai ke
KARNIVAL TAUTAN MAHABBAH SRARP 2025

๐Ÿ“† 17 sehingga 18 Disember 2025
๐Ÿ›๏ธ Di SRA Rantau Panjang
โฐ Bermula 8.00 pagi sehingga 11.00 malam
๐Ÿ’ฐDapatkan Kupon:
โ€ข secara Walk in Kantin sekolah
(Rabu)
โ€ข Di pintu pagar B (malam)

โœจ Pelbagai aktiviti menarik :

(Rabu- 8.00 pg sehingga 11.00 mlm)

Berkuda | Memanah | Supa D**a | Mini Pet Zoo | Rumah Hantu | Kolam Mnadi | Konsert Tautan Mahabbah | Cabutan bertuah | Gerai Jualan | Dan banyak lagi ๐Ÿ˜„
------------------------------

(khamis -7.30 pagi sehingga 4.30 petang)

Zumba (Muslimah sahaja) |Pameran Kesihatan | Pemeriksaan kesihatan | Pemeriksaan Gigi Percuma | Pameran Polis | Pameran Bomba | Pertandingan mewarna | Mini Zoo | Cabutan Bertuah

30/11/2025

17 sehingga 18 Disember 2025.

Bermula jam 8.00 pagi

Bertempat di SRA Rantau Panjang Klang

Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Sra Rantau Panjang Jalan Palembang Telok Kapas
Klang
42100