18/05/2025
📖 “Dulu Tahfiz Untuk Dewasa, Kini Untuk Semua: TALK Kembali Dengan Misi Keluarga!” 📖
Pada tahun 2015, kami memulakan sesuatu yang belum pernah dibuat secara terbuka ; Tahfiz Al-Quran untuk Dewasa, ketika itu dikenali sebagai Tahfiz Lil Kibar dengan singkatan T.A.L.K
Satu nama yang asing, satu usaha yang penuh tawakal. Siapa sangka? Dalam tempoh 3 tahun, kami berjaya mengumpulkan seramai 81 pelajar dewasa, ada yang masih belajar, ada yang bekerja dan yang lebih menakjubkan kebanyakkan mereka adalah golongan pencen dan suri rumah dengan masa dan lokasi kelas yang berbeza. Ya, Ia bukan sekadar angka, tetapi bukti bahawa cinta kepada al-Quran tidak mengenal usia.
Namun, segalanya berubah seiring datangnya PKP dan cabaran pandemik. Momentum kelas online sukar dikekalkan. Ramai yang terkesan bukan hanya dengan virus, tetapi juga dengan perubahan norma baharu yang banyak mengubah rutin hidup. 5 tahun pasca pandemik, TALK bertahan dengan hanya 20 pelajar. Tetapi mereka bukan calang-calang, biarpun banyak dugaan, purata hafazan mereka setidak-tidaknya sampai juga 3 juzuk secara purata.
Kini, TALK kembali bukan sekadar untuk menghidupkan apa yang tersisa sebaliknya kami mahu memperluaskan manfaatnya.
T.A.L.K kini diberi nafas baharu:
Tahfiz Al-Quran untuk Keluarga, Kanak-kanak & Kerjaya.
Kami percaya:
- Setiap rumah berhak bersinar dengan Firman Allah.
- Setiap ibubapa berhak mendapat sistem sokongan menghidupkan Al-Quran secara hafalan di rumah.
- Setiap anak-anak berhak membesar dengan Al-Quran yang mencorakkan nilai hidup mereka.
- Setiap keluarga berhak menikmati Al-Quran walau di mana jua dan sesibuk mana.
Ini bukan lagi sekadar kelas hafazan. Ini satu sistem sokongan untuk keluarga, satu ruang bimbingan, satu komuniti rohani.
Pra-pelancaran Semula TALK akan berlangsung :
📌 23 Mei 2025 (Jumaat)
📌 Jam 7.45pm (sejurus selepas Maghrib)
📌 Dewan Hawa Surau Al-Munawwarah seksyen 13 Shah Alam
Anda dijemput menyertai pra-pelancaran ini untuk mendengarkan modul baru, kaedah hafalan yang sesuai dengan dinamika keluarga dan kelapangan masa. Ini peluang untuk merealisasikan “ A Light In Every Home & A Verse in Every Heart”.
Kita mulakan semula. Tapi bukan dari kosong. Kita mula dari pengalaman hidup yang berharga 😇.
Bagi mereka yang berdekatan boleh bawa seluruh ahli keluarga dan jemput hadir, yang tinggal jauh tak apa kita sediakan Live InsyaAllah jika diizinkan.
Sila hubungi : www.wasap.my/60169772906/NakjoinTALK
Pengasas & Pembimbing TALK
Ustaz Muawwidz Al-Ansori
19/10/2024
Assalamualaikum semua 👋🏼
Setelah lama menyepi, bukanlah bermaksud kami tidak lagi beroperasi tau sebaliknya memberi fokus kepada pelajar sedia ada. Kini TALK buka semula pendaftaran kepada mereka yang nak menyertai TALK tetapi secara “one2one coaching” dan bukan secara berkumpulan (pun ada jugak kalau nak boleh request).
Kita ada modul penghafalan Al-Quran yang insyaAllah boleh membantu anda untuk menghafal secara “self-directed” & mengikut kesesuaian masa anda sendiri.
Student seperti di dalam gambar, Alhamdulillah sudah mula menikmati hafalan Al-Quran secara Murattal yang kami suaikan & “simplify”kan untuk kemudahan para penghafaz Al-Quran.
Nak tahu lebih lanjut? Boleh klik button di bawah :
22/09/2022
“Pilihlah yang terbaik & jadilah yang terbaik” Dr Umar Al-Hafiz
Doktor Al-Hafiz biasanya selain membantu memberi rawatan, dengan sendirinya sedikit sebanyak akan mengesani pesakit yang mengambil perkhidmatan daripadanya.
Al-Quran mengesani pembentukan diri & sekelilingnya.
MasyaAllah bawa seorang pelajar ke klinik tadi ditemani beberapa rakan sekolahnya. tiba2 lepas selesai consultation dr minta panggil semua pelajar masuk. Terkejut juga 😬
Rupanya dr semangat nampak para penghafal al-Quran dan nak bagi nasihat dan sharing kepada anak-anak kita.
Dr dulu lepasan sekolah Hira' dan juga merupakan seorang penghafal al-Quran.
Dr tanya setiap pelajar nak jadi apa waktu besar nanti.
Ada yang kata engineer,
Ada yang kata nak jadi ustaz dan lain-lain..
Dr lepas tu tekankan berkenaan pentingnya kita untuk jelas dengan cita-cita kita dan walau apa pun bidang yang kita pilih, kita kena buat yang terbaik
Dr kata jangan jawab "nak jadi ustaz jer kot", nampak macam itu bukan pilihan terbaik kita. Pilihlah yang terbaik dan jadilah yang terbaik.
Nak jadi ustaz, jadi ustaz yang terbaik.
Nak jadi engineeer, jadi engineer terbaik.
Nak jadi tukang sapu, jadi tukang sapu terbaik.
Biar dalam apa bidang sekali pun, biar kita jadi orang yang baik dan biar orang juga lihat kita baik.
Moga anak-anak kita terus ditakdirkan dengan insan-insan yang hebat memberikan motivasi seperti ini 🌹❤️ aamiin!
200922
10.30 malam
yang sedang gembira melihat perkembangan pelajar,
Mohammad Dzul Hilmi.
21/09/2022
Sekiranya anda berpeluang & berminat untuk mendapatkan preview pengajian Tahfiz Al-Quran untuk Dewasa malam ini, sila klik pada link di bawah : www.wasap.my/60169772906/NakHafalAqDewasa
Terima kasih 😇
07/08/2022
“Cara Me-Time Ahli Al-Quran”
Beginilah kehidupan peribadi ulama tafsir yang pernah hidup di zaman kita, Sheikh Ali As-Sobuni.
Beliau baru sahaja wafat tahun lepas iaitu pada 19 Mac 2021.
Baru-baru ini anak beliau memuat naik status di media sosial menceritakan kehidupan peribadi ayahnya yang sangat menginspirasikan kita semua.
Anak beliau menulis :
"Tempat ini mempunyai memori yang sangat banyak. Sewaktu ayahku masih hidup, beliau berada di sini siang malam.
Setiap hari seawal jam 3 pagi, ayah akan bangun untuk solat tahajjud terlebih dahulu. Selesai solat, aku akan dengar suara tapak kakinya berjalan dengan berhati-hati kerana takut mengganggu kami tidur.
Kemudian ayah akan duduk di perpustakaan dan menyalakan lampu mejanya dan akan mula menulis.
Sebelum azan subuh berkumandang, ayah akan bangun dan mengambil kunci kereta dan sejadah untuk solat di masjid dan akan baca al-Quran sebanyak 3 juzuk bersama temannya di masjid.
Setelah pulang ke rumah, ayah akan sarapan bersama kami dan akan kembali untuk menulis sehingga jam 10.30 pagi. Kemudian beliau akan terus tidur sebentar (qailulah).
Begitulah rutin harian ibadah ayahku."
Anak beliau menceritakan lagi bahawa ayahnya banyak kali akan bangun tidur dan terus menuju ke perpustakaan untuk menulis dan apabila anak beliau bertanya bahawa ayahnya tidak letih kah bangun tidur semula, sedangkan ayah sudah hampir terlelap tidur?
Lalu ayahnya menjawab :
"Waktu itulah kefahaman akan datang untuk aku menafsir ayat al-Quran, aku takut kefahaman tersebut hilang begitu sahaja, sebab itulah aku bangun dan terus menulis.
Sahabat sekalian, para ulama adalah individu yang mesti kita contohi kehidupan mereka kerana mereka merupakan individu yang sangat ikhlas memperjuangkan agama ini.
Kredit : Hala Sabouni
Terjemahan : Kun Anta
12/07/2022
Al-Hafiz itu adalah tanggungjawab, bukan “bahan content” untuk dipasarkan.
Suatu post yang baik untuk dibaca oleh semua 😇
01/07/2022
“Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali”
Mendapat khabar duka dari negara seberang Indonesia, seorang tokoh reformis pendidikan & seorang guru almarhum Munif Chatib telah kembali ke rahmatullah tanggal 1 Dzulhijjah 1443h bersamaan malam jumaat (waktu malaysia).
Semoga Allah mengampuni almarhum dan mengangkat darjat almarhum di atas segala bentuk sumbangan idea reformasi pendidikan di Indonesia malah sempat beberapa kali tampil ke Malaysia dengan berkongsi perjuangannya mengangkat nilai pendidikan untuk menjadikan premis sekolah itu suatu tempat yang selamat untuk memanusiakan manusia. (Boleh rujuk karya penulisan almarhum)
Sempat juga admin menghadiri beberapa kali kursus secara atas talian bersama dengan almarhum tahun ini dan ternyata almarhum cukup mendalami fundasi (foundation) menghafal Al-Quran yang luar biasa bahkan penyampaian yang santai memudahkan admin berasa selesa berinteraksi dan bertukar pandangan.
Keunggulan pemikiran & perkongsian ilmu almarhum sedikit sebanyak membentuk semula sistem dan konsep hafalan yang cuba ditawarkan oleh TALK (Tahfiz Al-Quran Lil Kibar) @ Tahfiz Al-Quran untuk Dewasa.
Semoga segala penat lelah almarhum menjadi asbab keampunan & asbab syurga buat almarhum amin 🤲🏽😞
03/06/2022
Anda seorang pelajar?
Anda sibuk bekerja?
Anda seorang suri rumah?
Anda seorang pesara?
Tetapi dalam masa yang sama anda menyimpan hasrat untuk menghafal Al-Quran namun tidak tahu bagaimana caranya.
Kami ingin kongsikan suatu template rutin yang sesuai dengan target hafalan & kondisi kesibukan anda secara percuma.
Sekiranya anda menyimpan impian & hasrat untuk menghafal Al-Quran bermula dari Juzuk Amma sehingga khatam insyaAllah, boleh klik ke pautan berikut :
https://t.me/+um4jBJ-fPOVjZjll
03/05/2022
Mengucapkan Eid Mubarak kepada semua,
Semoga segala amalan di bulan Ramadhan di terima Allah swt
Selamat berhari raya dgn seisi keluarga dengan gembira & selamat ya 😇