15/12/2024
BUTA HURUF ADALAH PENYAKIT ILMU, JANGAN ANGGAP REMEH.
Kami nampak dengan jelas tentang penyataan ini. Lebih-lebih lagi kita hidup di zaman yang serba moden, kenapa satu dunia tertinggal dalam bab buta huruf. Mungkin anda sebagai ibu bapa nampak masalah ini tapi masih sekadar suam-suam.
"Kesan pandemik Covid-19 dikhuatiri menyebabkan 70 peratus murid prasekolah di Lembah Klang sehingga bulan ini buta huruf kerana mereka gagal menguasai program 3M iaitu membaca, menulis dan mengira (3M). - Utusan Malaysia 24 Jun 2021."
Dulu kita tak kisah sangat anak masuk Tahun 1 tetapi masih belum boleh mengenal huruf pun, sebab pada waktu itu pembelajaran mengenal huruf baru diajar ketika anak mula melangkah kaki ke sekolah. Tetapi kenapa zaman dah berubah, s**atan pembelajaran di sekolah dipertingkatkan namun dalam masa yang sama peningkatan celik huruf p**a sangat rendah. Apakah tiada inisiatif lagi di negara kita, atau tiada individu yang nampak?
Sama ada sedar atau tidak sejak 1998, bermakna sudah 26 tahun kami melihat buta huruf ini adalah penyakit ilmu yang kian tenat. Generasi masa hadapan bakal berdepan krisis pemimpin berilmu. Jika sekarang buta huruf menular ke sekolah menengah, apa pandangan anda untuk 10 tahun akan datang bakal berlaku pada anak-anak kita?
Tepuk dada, tanya hati supaya tidak tertipu lagi.