Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia - Gelanggang Naga Samudera

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia - Gelanggang Naga Samudera

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia - Gelanggang Naga Samudera, Martial Arts School, Klang.

24/03/2023

Warga Klang...

Serta anak Gayong yang mencari gelanggang Silat Gayong aliran Almarhum Dato Meor Abdul Rahman, ada 25 gelanggang sekitar Klang gelanggang AWAM dan gelanggang SEKOLAH...



TAMAN NAKHODA YUSOF (TNY)
PADANG FUTSAL, TAMAN NAKHODA
YUSOF, 41000 KLANG, SELANGOR
KHAMIS
09.00 MALAM - 11.00 MALAM
MOHD AZNIEN SHAH BIN
AWALUDDIN
013-2675799

PANCALUSA
PADANG PERMAINAN TAMAN TELOK
MENEGUN, 41000 KLANG, SELANGOR
KHAMIS
09.00 MALAM - 11.00 MALAM
MOHD HAFIZUL BIN AYUB
013-3658178

KUARTERS KASTAM
KUARTERS KASTAM, KAMPUNG KASTAM,
42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR
JUMAAT
09.00 MALAM - 11.00 MALAM
MOHD RAFEE BIN YAAKUB
018-3761944

BAYUMAS
JALAN BAYU IMPIAN, KOTA BAYU EMAS,
42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR
SABTU
09.30 MALAM - 11.00 MALAM
AMIN KHALILI BIN
MOHAMMAD KHIR
019-3556415

SI JALAK
SURAU SHARIFULHUDA, TAMAN KEM,
42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR
SABTU
09.00 MALAM - 11.00 MALAM
MOHD RAFEE BIN YAAKUB
018-3761944

NAGA SAMUDERA
PANGSAPURI JABATAN LAUT WILAYAH
TENGAH, KALAN TENGAH, KAWASAN 8,
42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR
JUMAAT
09.00 MALAM - 11.00 MALAM
MOHD RAFEE BIN YAAKUB
018-3761944

LELA RENTAKA
DEWAN JOHAR, JALAN HASSAN, TAMAN
ANEKA, 41250 KLANG, SELANGOR
RABU & JUMAAT
09.00 MALAM - 11.00 MALAM
BADARUL HISSAM BIN YUSUFF
016-2282834

LELA RENTAKA LANTERA
BANDAR PUTERA 2, JALAN KEBUN,
KLANG, SELANGOR
AHAD
08.30 MALAM - 10.30 MALAM
BADARUL HISSAM BIN YUSUFF
016-2282834

LELA RENTAKA LESTARI
SUNGAI PINANG, KLANG, SELANGOR
SABTU
09.00 MALAM - 11.00 MALAM
BADARUL HISSAM BIN YUSUFF
016-2282834

PAGAR ALAM
TAMAN DESA INDAH, 41050 MERU,
KLANG, SELANGOR
JUMAAT
09.30 MALAM - 11.30 MALAM
MOHD FARHAN BIN JALIL
011-23101231

PANCALUSA MASJID BANDAR BUKIT RAJA
MASJID BANDAR BUKIT RAJA, 42200
KLANG, SELANGOR
JUMAAT
09.00 MALAM - 11.00 MALAM
NAZRI BIN ABD KADIR
012-5153803

ARMADA PUTRA
APARTMENT SRI BAYU, BANDAR
ARMADA PUTRA, 42920 PULAU INDAH,
SELANGOR
RABU
09.00 MALAM - 11.00
MALAM
KHAIRUL LOKMAN BIN MOHD
YASSIN
012-6449087

AL-IKHLAS BANDAR PUTERA
JALAN KEBUN NENAS 26/KS7, BANDAR
PUTRA, 4100 KLANG, SELANGOR
SABTU
09.00 MALAM - 11.00 MALAM
MUHAMMAD FAHRIZAL BIN
JAAFAR
017-2556579

INDUK AR RAUDAH
SURAU AR RAUDHAH, JALAN GAMELAN,
BANDAR BUKIT RAJA, 42200 KLANG,
SELANGOR
JUMAAT
09.00 MALAM - 11.00 MALAM
MOHD NASIB BIN ISHAK
018-2258559

TAMAN BUKIT NAGA
TAMAN BUKIT NAGA, JALAN SUNGAI
LONG 32/114, 40460 SHAH ALAM,
SELANGOR
SABTU
08.30 PAGI - 10.00 PAGI
MOHAMAD HAFIZ BIN MORDI @ ADNAN
019-3761204



MAAHAD TAHFIZ AL MUQWA
MAAHAD TAHFIZ AL MUQWA, JALAN
HAJI MUSRAN, KAMPUNG RANTAU
PANJANG, 42100 KLANG, SELANGOR
SABTU
09.00 MALAM - 11.00 MALAM
MOHD RAFEE BIN YAAKUB
018-3761944

MAAHAD TAHFIZ MIFTAHUL
FALAH
LOT 3658, JALAN KUNCI AIR, RANTAU
PANJANG, 42100 KLANG, SELANGOR
SABTU
09.00 MALAM - 11.00 MALAM
SHARIYAN BINTI ADNAN
011-21121625

AR-RAZI
SEKOLAH RENDAH ISLAM INTGRASI AR-
RAZI, LOT 2655, BATU 2 1/2, PERSIARAN
HAMZAH ALANG, 42200 KAPAR,
SELANGOR
KHAMIS
08.15 MALAM - 10.00 MALAM
MOHD FARHAN BIN JALIL
011-23101231

SI KILAU
SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST,
JALAN ORKID, KAMPUNG KASTAM,
42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR
RABU
09.00 MALAM - 11.00 MALAM
MOHD RAFEE BIN YAAKUB
018-3761944

TOK JANGGUT
SEKOLAH KEBANGSAAN RANTAU
PANJANG, JALAN GENTING, 42100
KLANG SELANGOR
JUMAAT
09.00 MALAM - 11.00 MALAM
IZNAN SHAHMIE BIN AB KADIR
014-8405225

SEKOLAH KEBANGSAAN
KAMPUNG PENDAMAR
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG
PENDAMAR, JALAN PENDAMARAN,
KAMPUNG PENDAMAR, 42000
PELABUHAN KLANG, SELANGOR
AHAD
09.00 PAGI - 11.00 PAGI
SAIFUL HAIRI BIN MUSTAFA
010-9003013

SK (P) MGS, JALAN RAYA
BARAT
SK (P) MGS, JALAN RAYA BARAT, KLANG,
SELANGOR
SABTU
04.00 PETANG - 06.00 PETANG
SAIFUL HAIRI BIN MUSTAFA
010-9003013

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK GONG
SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK GONG,
JALAN IKAN MATA DUYUNG, LEBUH
KAMPUNG NELAYAN, TELOK GONG, 4200
PELABUHAN KLANG, SELANGOR
AHAD
10.30 PAGI - 12.00
TENGAHARI
AMIN KHALILI BIN
MOHAMMAD KHIR
019-3556415

SEKOLAH KEBANGSAAN MERU
JALAN TAP
PERSIARAN HAMZAH ALANG, 42200
KAPAR, SELANGOR
SABTU
09.00 PAGI - 10.30
PAGI
AMIRUL AMNI BIN KASMAON
03-33923910 / 013-2969596

SEKOLAH KEBANGSAAN
PELABUHAN UTARA
SEKOLAH KEBANGSAAN PELABUHAN
UTARA, JALAN SULTAN ABDUL SAMAD 1,
KAWASAN 14, 42000 PELABUHAN KLANG
SELANGOR
AHAD
08.00 PAGI - 09.30
PAGI
AMIN KHALILI BIN
MOHAMMAD KHIR
019-3556415

*Ayuh ke gelanggang silat. Memartabatkan Pusaka Warisan Bangsa.

Photos from Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia - Gelanggang Naga Samudera's post 02/10/2021

Alhamdulillah. Setelah lama bercuti. Semangat tetap ada. Syabas anak muda.

22/08/2021

🔥KERIS MENURUT UNDANG² MALAYSIA🔥


Vol. 52

Ramai Sobat2 yang bertanya tentang status pemilikan Keris di dalam undang-undang Malaysia?

Seperti yang kita sedia maklum bahawa keris adalah khazanah warisan Bangsa Melayu yang telah lama bertapak di Bumi Melayu ini.

Keris ini yang membantu para pejuang Melayu dahulu menentang penjajah.

Sehingga kini di Malaysia masih ramai pandaibesi, empu, dan tukang sarung keris masih bergantung hidup sebagai sumber pencarian dengan pembuatan keris secara tradisional.

Undang-Undang Malaysia digubal mengikut undang-undang British yang mana di dalam undang-undang ini Keris tergolong dalam kategori senjata maka ianya tertakluk di bawah Akta 357: Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Di dalam akta ini, keris adalah menjadi kesalahan sekiranya keris di bawa jalan atau di tempat awam TANPA TUJUAN yang tidak menyalahi undang-undang.

Keris akan dianggap dibawa jalan untuk tujuan TIDAK MENYALAHI undang-undang sekiranya ianya dibawa oleh seseorang sebagai sebahagian PAKAIAN RASMI atau PERAYAAN semasa acara rasmi atau perayaan.

Sekiranya seseorang yang memakai busana Melayu lengkap dan tersisip di pinggang sebilah keris, adalah tidak menjadi suatu kesalahan sekiranya dia menghadiri acara rasmi ataupun semasa perayaan.

Yang menjadi kesalahan adalah membawa keris tanpa tujuan dan menghunus keris di khalayak ramai. Ini adalah kesalahan berat dan sekiranya tertangkap boleh dipenjarakan. Orang yang TIDAK WARAS sahaja yang bawa keris kehulu-kehilir dan menghunus keris tanpa sebab.

Tidak menjadi kesalahan sekiranya menyimpan Keris di dalam rumah/premis persendirian sebagai warisan. Tiada permit diperlukan untuk tujuan tersebut.

Keris sesuai dibuat koleksi warisan peribadi, perhiasan dan juga sebagai “Semangat Rumah”.

Keris bukan senjata amuk atau alat provokasi membabi buta orang Melayu seperti dijaja penjajah, orientalis dan yang paling sedihnya dijaja oleh segelintir orang Melayu sendiri.

Keris adalah simbol maruah, kebanggaan dan kekuasaan orang Melayu.

Wallahuaklam 🙏🏻

Rujukan:
1. UNDANG-UNDANG MALAYSIA : AKTA 357: AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958.

2. Keris: Senjata atau Busana? ; Prof. Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Bin Ahmad, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia.

Layari Official Website kami utk produk2 buatan Exclusive Pandaibesi2 kami🙏🏻

https://kerisempire.com
https://kerisempire.com

Atau

Hubungi Iwan atau Raffi @ klik WhatsApp link di bawah utk sebarang pertanyaan🙏🏻

017 452 4231 (Iwan)
https://api.whatsapp.com/send?phone=60174524231
https://api.whatsapp.com/send?phone=60174524231

013 538 9271 (Raffi)
https://api.whatsapp.com/send?phone=60135389271
https://api.whatsapp.com/send?phone=60135389271

Penyambung Warisan Pandaibesi Melayu

15/05/2021

MARI SALURKAN SUMBANGAN ANDA!!
Share kan Di FB anda Tanda Sokongan..

SERUAN SUMBANGAN DARI ANAK-ANAK GAYONG BAGI TABUNG
KECEMASAN AQSA DENGAN KERJASAMA AMAN PALESTIN

Sumbangan boleh disalurkan..
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bahagian Negeri Selangor iaitu Agrobank
1007271000007613

Tabung sumbangan melalui PSSGM Negeri Selangor ini hanya dibuka mulai 16 Mei 2021
(Ahad) sehingga 22 Mei 2021 (Sabtu) sahaja


10/01/2021

🔥KERIS BUKAN SENJATA AMUK🔥


Vol. 42

Keris adalah pakaian peradaban orang Melayu dalam menjaga maruah diri dan bagi menjaga keselamatan diri.

Keris bukan senjata amuk atau alat provokasi membabi buta orang Melayu sebagaimana dijaja oleh penjajah, orientalis dan sekutunya.

Mereka inilah yang memburuk-burukkan keris sehingga anak-anak Melayu zaman sekarang sangat takut dan berprasangka buruk terhadap penggunaan keris. Malah dikatakan memiliki keris perbuatan KHURAFAT!

Keris bukan sahaja sebagai senjata tetapi juga sebagai simbol kekuasaan, pangkat & kebanggaan Bangsa Melayu itu sendiri.

Di Alam Melayu, di antara sejarahnya Sultan Hussin dan Temenghong Sulaimam menjelaskan kepada Raffles (1823) bahawa, orang Melayu rasa terbogel jika tidak berkeris. Marsden (1810) menyatakan org Melayu amat pandai berkeris dan Alfonso (1509) merekodkan anak-anak kecil Melayu pandai bermain keris & sentiasa membawa keris.

Melayu dan berkeris tak dapat dipisahkan.

Orang Melayu berkeris harus kembali kepada budi pekerti luhur yang menjadikan keris sebagai benteng nafsu, menyandang kembali keris sebagai pakaian peradaban dan ketamadunan Melayu.

Kita mengharapkan anak-anak bangsa Melayu akan kembali mendaulatkan rukun-rukun Melayu iaitu:

Bertauhid Tuhan Yang Esa
Berlembaga dan Beraja Melayu
Beradat dan Beradab Melayu
Berbahasa dan Berbudaya Melayu
Berbudi pekerti luhur Melayu

Rujukan:
Tengku Ahmad Ridhaudin, Seni Silat Berkeris; Wadah Budaya Pakaian Pusaka

Penyambung Warisan Pandaibesi Melayu

23/12/2020

SILAT SENI GAYONG

"Pisau tu sifatnya mati,yg gerakkannya adalah tangan manusia. Jadi belajar dulu Gerak,Sifat & Perbuatan tangan manusia sebelum mendalami Ilmu Pisau."

"Seni Cendai ada bnyk Kaedah Elak, Kunci, Jerut, Sentap, Bunuhnya, tp bagaimana p**a dgn KAEDAH PAKAIANNYA? Bersarung bagaimana, Berselendang p**a bagaimana, bersentung,lipat kuang... ada 12 tertib dari bawah sehingga ke mahkota diri. "

"Memukul musuh itu tidak perlukan daya yg besar jika faham dan tahu Kaedah Petua dan Titik Mati".

"Seni Kuncian akan lebih Mantap dgn mengetahui PETUA IBU KUNCI dan Seni Kuncian Sendi".

"Kenapa Keris cerewet dlm pemilihan BESI sewaktu pembikinannya? Salah satu sbb kerana sewaktu berpencak, Gerak Diri mesri seiringan dengan Gerak Besi itu sendiri. Jadi bagaimana nk Hidupkan Besi Keris tersebut agar ianya BERGERAK sendiri? "

Credit to - Cikgu Azizan Ibrahim

19/12/2020

CIUM TANGAN GURU

Para ulamak mengharuskan cium tangan seseorang kerana memuliakannya seperti ulamak dan ibu bapa dan orang solih.

Berkata Imam Nawawi :

يستحب تقبيل أيدي الصالحين وفضلاء العلماء، ويكره تقبيل يد غيرهم

Artinya : “Disunatkan mencium tangan orang-orang solih dan orang yang mempunyai kelebihan daripada para ulamak. Dan dimakruhkan mencium tangan selain dari mereka itu.” (Kitab Fatawa An-Nawawi)

Berkata Imam Al-Buhuty :

ولا بأس بتقبيل الرأس واليد لأهل العلم والدين ونحوهم

Artinya : “Dan tiada salah mencium kepala dan tangan orang yang berilmu dan ahli agama dan seumpama mereka itu.” (Kitab Kasyful Qina’)

Dan tersebut pada Kitab Al-Hidayah Syarah Al-Bidayah :

ولا بأس بتقبيل يد العالم والسلطان العادل

Artinya : “Dan tidak mengapa dengan mencium tangan orang yang berilmu dan pemerintah yang adil.”

Maka guru yang mengajar di sekolah-sekolah itu tidak dinafikan mereka juga termasuk kalangan orang yang berilmu olih itu tidak menjadi kesalahan pelajar yang dididiknya mencium tangannya kerana memuliakannya.

Berkata Syeikh Muhammad Al-Hajjar yang membuat taklik Kitab Fatawa An-Nawawi :

ويندب ذلك لنحو صلاح، أو علم، أو شرف.
فإذا أراد تقبيل يد غيره، إن كان ذلك لزهده، وصلاحه، أو علمه وشرفه، وصيانته أو نحو ذلك من الأمور الدينية لم يكره، بل يستحب؛ لأن أبا عبيدة قبَّل يد عمر رضي الله عنهما.
وإن كان لغناه ودنياه وثروته وشوكته ووجاهته عند أهل الدنيا ونحو ذلك فهو مكروه شديد الكراهة.
وقال المتولي من أصحابنا: لا يجوز. فأشار إلى أنه حرام

Artinya : “Dan disunatkan mencium tangan itu kerana orang itu solih atau ada ilmu atau ada kemuliaan. Maka apabila hendak mencium akan tangan orang lain jika adalah kerana zuhudnya atau kerana solihnya atau alimnya atau mulianya atau waraknya atau umpama yang demikian itu dari sekelian pekerjaan agama nescaya tidaklah dimakruhkan bahkan disunatkan dari kerana sungguhnya Abu Ubaidah telah mencium tangan Umar r.a.
Dan jika hendak menicum tangan itu kerana kayanya dan dunianya dan kebendaannya dan kuasanya dan kemasyurannya disisi ahli dunia dan yang umpama demikian itu maka hukumnya adalah makruh yang bersangatan dan berkata Al-Mutawali dari ashab kami hukumnya tidak diharuskan maka mengisyaratkan olihnya kepada haram.”

Kesimp**annya tidak menjadi sebarang kesalahan para pelajar mencium tangan gurunya kerana memuliakannya bahkan disunatkan dari kerana sungguhnya para guru itu samada guru agama atau guru akedemik adalah mereka memberi ilmu yang berguna kepada muridnya.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

31/10/2020

IKRAR ANAK GAYONG

Bismillah hir rahman nir rahim

Bahawasanya - kami ahli-ahli Gayong - mengaku taat setia - menjadi murid Silat Seni Gayong dan ahli Gayong.

Bahawasanya:

Kami mengaku taat setia kepada Allah
Kami mengaku taat setia kepada baginda Rasulullah (s.a.w)
Kami mengaku taat setia kepada guru kami
Kami mengaku taat setia kepada ibu dan ayah kami
Kami mengaku taat setia kepada negara kami
Kami mengaku taat setia kepada saudara se-Gayong dengan kami.

Bahawasanya - kami mengaku - taat setia - ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Raja Permaisuri Agong dan
Sultan-sultan yang memerintah - di seluruh Tanah Melayu.

Ya Allah Ya Tuhan kami
Kau murahkanlah rezeki kami
Kau panjangkanlah umur kami dan kedua ibu bapa kami
Kau tetapkanlah iman kami
Kau lindungilah kami - daripada - segala mala petaka - jin dan iblis - dan manusia - yang niat khianat - ke atas diri kami dan negara kami.

Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin

JUNJUNG TITAH TUANKU



Kredit : rawi

31/10/2020
Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Klang
41000