31/12/2023
Seminar UASA SK Tahun 4, 5 dan 6 Final Lap
Harga Rahmah RM10.00 sahaja!
Kelas terakhir bersama Cikgu Irsyad sebelum bersara.
Hubungi Admin Tuntunan Bahasa untuk pendaftaran melalui pautan di bawah.
https://wa.link/xeykxl
07/11/2023
Buat anak-anak asrama yang pulang bermalam, tempoh hari ada tanya kelas Deepavali kan?
Inilah dia kelasnya..
Pak cik sempat buat dua kelas sahaja yea.
Tapi pak cik bagi hadiah bahan percuma untuk anak-anak buat bekalan bagi menggantikan muruku.
🌈Rakaman disediakan
🌈Jawapan disediakan
Hubungilah Puan Jue melalui pautan di bawah yea:
https://wa.link/gy43dl
30/07/2023
Selesai sudah Klinik Bahasa Melayu bersama Cikgu Irsyad hari ini.
Berdasarkan proses merawat murid pada hari ini, satu azam baharu telah tercetus dalam sanubari saya.
Saya mahu menetapkan sasaran untuk melahirkan lebih banyak murid yang mampu menulis dengan baiknya.
Tak kisahlah silibus bersilih ganti, itulah misi saya.
Penggunaan perkataan yang tidak tepat, susunan ayat yang tunggang-langgang, idea yang kabur dan tandus serta penggunaan bahasa rojak dalam penulisan pasti dapat diatasi.
Insya-Allah..selepas ini, saya akan mencari masa yang sesuai untuk menganjurkan Klinik Penulisan Bahasa Melayu. Fokusnya dalam penulisan sahaja.
Terima kasih kepada ibu bapa dan murid-murid yang sudi menghadiri klinik bahasa saya pada hari ini.
Terima kasih Areesya Qistina atas titipan istimewa buat cikgu❤️
22/07/2023
Kelas Bahasa Melayu PT3 bersama 87 orang murid SASER Siri 1 (Karangan).
Jarang-jarang pak cik menerima permintaan SBP, tapi disebabkan mak-mak murid lama baik dengan pak cik, pak cik terima juga.
Ada yang mesej pak cik sebelum ini, tapi pak cik tak balas atas kekangan masa.
Kalau geng lama, kita ejas kot mana-mana pun kikiki.
Pak cik bocakap macam hantu tau.
Sumo tutup video. Tapi depa aktif bertanya dalam ruangan zoom chat.
Ada laa pak cik bekalkan isu-isu karangan yang selalu diuji. Tiap-tiap tahun memang tema itu juga diuji pun.
Insya-Allah pada sesi yang lain, pak cik akan kupas isu tatabahasa dan bentuk soalan yang diuji dalam peperiksaan sebagai persediaan untuk menghadapi UPSA.
Bahasa Melayu tak susah, tapi kemahiran perlu digilap secara berterusan.
27/03/2023
Kepada yang tidak dapat menyertai kelas fizikal, kelas dalam talian masih dibuka.. Terbuka untuk semua pelajar SK / PT3 / SPM.
Untuk kelas Sejarah, buat masa ini hanya terbuka untuk tahun 6 sahaja..
Rujuk ruangan komen untuk jadual yang terkini.
Untuk info yang lebih lanjut, klik pautan di bawah
http://www.wasap.my/60148454802
17/03/2023
Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang menerima tawaran kemasukan ke MRSM dan SBP.
Moga-moga anak-anak ini terus mencipta kecemerlangan yang gemilang pada masa hadapan.
Untuk yang belum menerima sebarang tawaran, cubalah memohon rayuan.
Insya-Allah sekiranya rezeki anda sudah tertulis, pasti rayuan anda akan diterima.