BAKED WITH MCA
Sebelum raya kemarin, kita ada buat biskut coklat. Kali ini kita buat p**a Muffin Coklat. Bahan-bahan macam biasa ada di hujung video. Jemput tonton sampai habis ya
Warning !
Bagi yang tengah lapar jangan tengok video ni ya, sebab akan menimbulkan kelaparan dan menaikkan nafsu makan, in shaa Allah 😅
Muslimeen Care Academy
Anak-anak adalah penerus generasi bangsa, maka bekali mereka agar dapat melahirkan dan mencetak generasi yang bermanfaat untuk bangsa dan agama..
Yuran Pelajar Biasa : RM300
Yuran Pelajar Asnaf : RM100
RAMADHAN RECAP ACTIVITIES
Siapa yang tak s**a coklat? In shaa Allah tak ada. Dan recap activity kali ini adalah macam mana proses menghasilkan choc cookies yang dibuat sendiri oleh anak-anak kita
Macam-macam bentuk dapat kita lihat, ikut kreativiti masing-masing, ma shaa Allah tabarakallah.
Macam biasa resepi ada didalam video, jemput tonton sampai habis video ya, in shaa Allah
Selamat hari raya, barakallah fikum
RAMADHAN RECAP ACTIVITIES
Ramadhan berlalu, syawal menjelma. Alhamdulillah ramadhan yang lalu kami isi aktiviti anak-anak dengan pembuatan biskut raya. Biskut ini mereka akan bawa pulng kerumah sebagai 'air tangan' para tetamu syawal
Untuk detail resepinya sudah kami muatkan didalam video, jadi jangan lupa untuk tonton videonya sampai akhir ya
Selamat hari raya dari anak-anak kami, barakallah fikum
20/03/2026
عيدكم مبارك،
من العائدين والفائزين،
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال،
وجعلنا الله من العائدين والفائزين والمقبولين في هذا الشهر الكريم.
كل عام وأنتم بخير.
Pergi ke pekan membeli selasih,
Singgah sebentar membeli kurma,
Ramadan pergi penuh kasih,
Syawal tiba membawa rahmat bersama.
Indah sungguh bunga melati,
Harum baunya di pagi hari,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir dan batin dari kami
Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita, mengampuni dosa-dosa kita, serta mempertemukan kita kembali dengan رمضان yang akan datang dalam keadaan yang lebih baik.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga silaturrahim terus terjalin dan keberkatan sentiasa mengiringi kehidupan kita.
Ikhlas daripada:
Muslimeen Care
Muslumeen Care Academy
عِيدُ مُبَارَك
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ, كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ
أَعَادَهُ اللهُ عَلَيْنَا وَعَلَيْكُمْ بِاليُمْنِ وَالبَرَكَةِ, جَعَلَنَا اللهُ وَإِيَّاكُمْ مِنَ العَائِدِينَ وَالفَائِزِينَ
Daripada seluruh keluarga Muslimeen Care Academy, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua ibu bapa, para pelajar, para asatizah serta seluruh umat Islam.
Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, kami menadah tangan memohon kepada Allah SWT :
1. Semoga segala amalan kita di bulan Ramadan diterima sebagai amal soleh
2. Diampunkan segala dosa kita serta kedua ibu bapa kita
3. Dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat dan kehidupan yang penuh rahmat
Ya Allah, satukanlah hati-hati kami dalam kebaikan, limpahkan kasih sayang dalam keluarga kami, dan jadikan kami dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang bersyukur.
Semoga Aidilfitri ini membawa kegembiraan, ketenangan dan keberkatan buat kita semua, in shaa Allah
Taqabbalallahu minna wa minkum, taqabbal ya karim
Edi mubaraq
Barakallah fikum
18/03/2026
JEMPUTAN IFTAR
Alhamdulillah syukur atas jemputan iftar dari Kump**an Nasyid Raihan (Ust Nazri Johani & Abg Afad Raihan) di Shah Alam.
Sambil dihidangkan halwa telinga nasyid Ketuhanan memuji Allah & Rasul. Semoga Allah memberkati & terus melangkah maju buat kump**an Raihan
بارك الله فيكم جميعا
18/03/2026
AKTIVITI KEMAHIRAN
Alhamdulillah aktiviti mingguan kami di sini. Setiap hari Rabu adalah hari kemahiran.
Setelah bertungkus lumus memerah otak menghafaz AlQuran, healing bersama dalam aktiviti kemahiran.
Belajar kemahiran membuat kuih raya oleh anak-anak tahfiz Muslimeen Care Academy bersama tenaga pengajar Teacher Madiha.
اللهم إنا نسألك علما نافعا
18/03/2026
SANTUNAN IFTAR BERSAMA JEMAAH KELUARGA UMRAH
Alhamdulillah syukur tidak terhingga khusus buat jemaah keluarga umrah Ust Zaidi yang sudi menaja iftar & moreh buat anak-anak tahfiz di sini.
Terima kasih sudi hadir ke teratak tahfiz kami dan menyantuni anak-anak tahfiz di sini.
Moga UKHWAH yang terbina ini menjadi saksi kebaikan & saham akhirat kita bersama.
بارك الله فيكم جميعا
18/03/2026
QIAMULLAIL - IKTIKAF - MOREH SANTAI
Alhamdulillah berkesempatan mengimarahkan malam Ramadhan dengan beriktikaf & berqiamullail di Masjid Puncak Alam.
Ditambah p**a dengan santai moreh bersama.
اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
PT1286, Jalan Kebun Baru, Kampung Bukit Kapar
Klang
42200