Yayasan Bimbingan Insan Murni

Directions Contact the school

Yayasan Bimbingan Insan Murni Sebuah yayasan yang memperkasakan individu Autisme dan individu kurang upaya yang lain.​​

09/09/2026

πŸŽ₯πŸ§ΈπŸ’™ MINI KARNIVAL BEAR HUG 2026 | FELDA CHIKU 3, GUA MUSANG πŸ’™πŸ§Έ

Alhamdulillah, program telah berlangsung dengan jayanya! ✨

πŸ“ Felda Chiku 3, Gua Musang, Kelantan
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ 300+ kehadiran komuniti
🦷 80 kanak-kanak menerima manfaat pemeriksaan gigi
❀️ 50 peserta menjalani saringan kesihatan
🀝 20 keluarga mendapat informasi dan khidmat nasihat daripada JKM

Terima kasih kepada semua peserta, sukarelawan, rakan strategik serta komuniti Felda Chiku 3 yang telah menjayakan program ini.

🌟 Penghargaan khas kepada Tuan Haji Amran Arifin, Focal Person Pendidikan Negeri Kelantan atas sokongan dan kerjasama beliau dalam menjayakan Mini Karnival Bear Hug 2026.

Bersama kita membina komuniti yang lebih prihatin, inklusif dan sejahtera. πŸ’™

πŸ’™πŸ§Έβœ¨

🌟 TERIMA KASIH FELDA CHIKU 3, GUA MUSANG! MINI KARNIVAL BEAR HUG 2026 BERJAYA DILAKSANAKAN 🌟Setinggi-tinggi kesyukuran d...
08/09/2026

🌟 TERIMA KASIH FELDA CHIKU 3, GUA MUSANG! MINI KARNIVAL BEAR HUG 2026 BERJAYA DILAKSANAKAN 🌟

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana Mini Karnival Bear Hug 2026: Kempen Advokasi Kesihatan Mental & Psikomotor Keluarga Autisme dan Kesejahteraan Komuniti Daerah Gua Musang, Kelantan telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Ogos 2026 di Bangunan KEMAS Chiku 3, Gua Musang, Kelantan.

🌟 Program ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan dengan lebih 400 orang pengunjung dan peserta hadir sepanjang program berlangsung.

πŸ“Š Impak Program
βœ… 80 kanak-kanak menerima manfaat melalui pemeriksaan kesihatan pergigian.
βœ… 50 peserta menjalani pemeriksaan dan saringan kesihatan umum.
βœ… 20 keluarga menerima maklumat, panduan dan khidmat nasihat berkaitan bantuan kebajikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
βœ… Puluhan ibu bapa dan penjaga menyertai sesi ceramah, sokongan emosi serta perkongsian ilmu berkaitan pengurusan anak autisme dan kesejahteraan mental keluarga.

πŸ’ Penghargaan khas diucapkan kepada Tuan Haji Amran Arifin, Focal Person Pendidikan Negeri Kelantan, atas komitmen, sokongan dan usaha berterusan dalam membantu menjayakan Mini Karnival Bear Hug 2026. Kerjasama serta keprihatinan beliau dalam memperkasakan kesejahteraan keluarga dan pembangunan komuniti setempat amat dihargai dan menjadi antara faktor penting kejayaan program ini.

🀝 Program turut disertai oleh warga PPDK Felda Chiku 3 dan Tabika KEMAS Chiku 3, selain komuniti setempat yang hadir bagi menunjukkan sokongan terhadap usaha memperkasakan keluarga yang mempunyai anak autisme dan berkeperluan khas.

YBIM mengucapkan setinggi penghargaan kepada para penceramah, rakan strategik, sukarelawan, petugas, agensi kerajaan dan semua pihak yang telah menyumbang tenaga serta sokongan dalam menjayakan program ini.

πŸ’™ Kehadiran dan komitmen semua pihak membuktikan bahawa usaha membina komuniti yang inklusif, penyayang dan prihatin terhadap kesihatan mental serta perkembangan anak-anak istimewa adalah tanggungjawab bersama.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga Bear Hug. Semoga kita dapat bertemu lagi dalam program-program akan datang! 🧸✨

πŸ’™πŸ§Έ

🌟 MINI KARNIVAL BEAR HUG KUANTAN 2026! πŸ§ΈπŸ’™ Adakah anda mempunyai anak autisme atau berkeperluan khas?Jom sertai kami dala...
07/09/2026

🌟 MINI KARNIVAL BEAR HUG KUANTAN 2026! 🧸

πŸ’™ Adakah anda mempunyai anak autisme atau berkeperluan khas?
Jom sertai kami dalam program komuniti yang penuh manfaat untuk seisi keluarga!
Bersama-sama kita meningkatkan kesedaran, memperkukuhkan perkembangan sensori dan psikomotor anak-anak, serta mempromosikan kesejahteraan mental keluarga.

πŸ—“ 19 September 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Dewan Dahlia, BCIC Lodge, Kuantan, Pahang

πŸŽ‰ Antara aktiviti menarik:
βœ… Senaman Ceria Keluarga
βœ… Pameran & Saringan Kesihatan Mental
βœ… Pemeriksaan Kesihatan
βœ… Pemeriksaan Gigi Kanak-Kanak
βœ…Reruai Informasi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang
βœ… Bengkel Pengukuhan Sensori & Psikomotor Anak Autism
βœ… Pelbagai informasi dan sokongan untuk keluarga

❀️ Program ini khas untuk keluarga yang mempunyai anak autisme dan terbuka kepada komuniti yang ingin menambah ilmu serta kesedaran mengenai kesihatan mental dan perkembangan kanak-kanak.

πŸ“² Daftar sekarang melalui kod QR pada poster,

Link Pendaftaran;
https://forms.gle/p8z434qZdttAotRQ7

atau hubungi:
πŸ“ž 017-691 3022
πŸ“ž 011-6923 1817

Mari bersama membina komuniti yang lebih prihatin, inklusif dan bahagia!πŸ’™

πŸ’™πŸ§Έ

Jutaan terima kasih kepada peserta yang hadir! Sila isi form google ini bagi tujuan pendaftaran. Bengkel sehari bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang ini memberi fokus kepada aspek literasi asas penjagaan kesihatan mental, Kemahiran dan strategi mengurus psikologi anak Autism, kemahiran penjagaan...

πŸ§ΈπŸ’™ MINI KARNIVAL BEAR HUG 2026 πŸ’™πŸ§ΈKempen Advokasi Kesihatan Mental & Psikomotor Keluarga Autisme dan Kesejahteraan Komuni...
17/08/2026

πŸ§ΈπŸ’™ MINI KARNIVAL BEAR HUG 2026 πŸ’™πŸ§Έ
Kempen Advokasi Kesihatan Mental & Psikomotor Keluarga Autisme dan Kesejahteraan Komuniti Daerah Gua Musang, Kelantan

Jom luangkan masa bersama keluarga dalam program yang penuh dengan ilmu, sokongan dan aktiviti menyeronokkan untuk semua! 🌈✨

πŸ“… 22 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ“ Bangunan KEMAS Chiku 3, Gua Musang, Kelantan
⏰ 8.00 pagi – 4.00 petang
πŸ‘• Tema Pakaian: Biru

🎯 Antara pengisian menarik:
βœ… Ceramah Kesihatan Mental Keluarga Autisme (PENCERAMAH: Puan Aida Asma, Pegawai Psikologi Kaunseling HKL, KKM

βœ… Pengukuhan Psikomotor & Tingkah Laku Anak Autisme (PENCERMAH: Puan Nur Farahim, Jurupulih Perubatan Carakerja KKM)

βœ… Sesi Sokongan Emosi Ibu Bapa
βœ… Kaunter CurHat: Tanya Kaunselor
βœ… Pameran & Pemeriksaan Kesihatan Umum (darah, diabetes dan saringan kesihatan mental NCD)
βœ… Terapi Seni & Aktiviti Psikomotor
βœ… Pertandingan Mewarna, Karom & Basikal Berhias

❀️ Terbuka kepada keluarga yang mempunyai anak autisme serta komuniti setempat. Bersama-sama kita membina komuniti yang lebih prihatin, inklusif dan sejahtera.

πŸ“’ Penyertaan adalah PERCUMA!
πŸ“² Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar atau daftar di link pendaftaran di bawah.
Link Pendaftaran:-
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc1da1_kjJ637KpQRzJYsyB_8ePAGYrHUHfOc3JnP3_B_Cv9w/viewform?usp=publish-editor

Hubungi untuk keterangan lanjut:
☎️ 017-691 3022 / 011-6923 1817

Ayuh hadir beramai-ramai dan sebarkan kasih sayang melalui ! πŸ§ΈπŸ’™

Bengkel sehari bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang ini memberi fokus kepada aspek literasi asas penjagaan kesihatan mental, Kemahiran dan strategi mengurus psikologi anak Autism, kemahiran penjagaan kendiri bagi ibu bapa dan ahli keluarga serta Aktiviti pengukuhan psikomotor dan sensori anak Au...

🧸✨ TERIMA KASIH SARAWAK! MINI KARNIVAL BEAR HUG KUCHING 2026 BERJAYA DILAKSANAKAN ✨🧸Alhamdulillah, Mini Karnival Bear Hu...
13/07/2026

🧸✨ TERIMA KASIH SARAWAK! MINI KARNIVAL BEAR HUG KUCHING 2026 BERJAYA DILAKSANAKAN ✨🧸

Alhamdulillah, Mini Karnival Bear Hug: Bengkel Kesihatan Mental & Pengukuhan Psikomotor serta Sensori Bagi Keluarga Yang Mempunyai Anak Autisme telah berjaya dilaksanakan pada 4 Julai 2026 di Masjid Al Abyad, Kuching, Sarawak.

Program ini menghimpunkan keluarga anak autisme, agensi kerajaan, petugas kesihatan, sukarelawan serta komuniti setempat dalam usaha memperkukuhkan kesedaran mengenai kesihatan mental keluarga dan pembangunan anak-anak autisme.

πŸ“Š PENCAPAIAN PROGRAM

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Peserta Bengkel
β€’ 16 ibu bapa
β€’ 16 kanak-kanak
β€’ 2 peserta lain

🀝 Agensi & Pempamer
βœ… Klinik Pakar Pergigian Pediatrik Hospital Umum Sarawak
βœ… Klinik Pergigian Jalan Masjid, Pejabat Kesihatan Pergigian Bahagian Kuching
βœ… Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
βœ… Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak
βœ… Klinik Kesihatan Bahagian NCD / KKOM PKB Matang Jaya
βœ… Bahagian Kesihatan Mental

πŸ‘₯ Fasilitator Sukarelawan YBIM & Penceramah
β€’ 10 orang

Seramai 150 peserta dari komuniti Matang Jaya, Kuching telah mendapat manfaat dari program ini.

❀️ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, ibu bapa, anak-anak, penceramah, fasilitator, sukarelawan, agensi kerajaan serta rakan strategik yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga perkongsian ilmu, sokongan emosi dan aktiviti yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada keluarga yang mempunyai anak autisme serta memperkukuhkan kesejahteraan komuniti.

πŸ’™πŸ§Έ

❗️2 HARI LAGIβ—οΈπŸ“£πŸ“£πŸ§ΈπŸ’™ MINI KARNIVAL BEAR HUG 2026 πŸ’™πŸ§ΈJOM SERTAI KARNIVAL KESIHATAN MENTAL, PENGUKUHAN PSIKOMOTOR & SENSORI ...
02/07/2026

❗️2 HARI LAGIβ—οΈπŸ“£πŸ“£

πŸ§ΈπŸ’™ MINI KARNIVAL BEAR HUG 2026 πŸ’™πŸ§Έ

JOM SERTAI KARNIVAL KESIHATAN MENTAL, PENGUKUHAN PSIKOMOTOR & SENSORI KELUARGA AUTISME

🌈 Khas untuk ibu bapa, penjaga, ahli keluarga anak autisme dan komuniti setempat!

Adakah anda sedang mencari sokongan, ilmu dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan anak autisme serta kesejahteraan emosi keluarga?

Yayasan Bimbingan Insan Murni (YBIM) dengan sokongan Agenda Nasional Malaysia Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia menjemput anda ke program yang menghimpunkan perkongsian pakar, sokongan komuniti dan aktiviti sensori yang bermanfaat untuk seluruh keluarga.

πŸ“… Tarikh: 4 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
πŸ“ Tempat: Masjid Alabyad, Kuching, Sarawak

✨ Pengisian Menarik Menanti Anda:
🧸 Senaman Ceria Keluarga
🧠 Ceramah Pengukuhan Psikomotor Anak Autisme
πŸ’™ Ceramah Pengurusan Stres & Kesihatan Mental Ibu Bapa
🀝 Sesi Sokongan Emosi & Perkongsian Pengalaman Ibu Bapa
🎨 Aktiviti Psikomotor dan Sensori untuk Kanak-kanak

βœ… PENYERTAAN ADALAH PERCUMA

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai autisme, memperkukuh kesejahteraan mental keluarga serta menyediakan ruang sokongan yang positif kepada ibu bapa dan penjaga.

πŸ“² Tempat adalah terhad! Daftar segera melalui kod QR pada poster atau hubungi:

πŸ“ž 017-691 3022
πŸ“ž 011-6923 1817

Link:-

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScCQNazLz4QKi2axptpmkbJi_yrjciML0BV6ol_3vMEOk3f4A/viewform?usp=dialog

πŸ‘‰ Tag ibu bapa, keluarga atau rakan yang mempunyai anak autisme dan kongsikan posting ini agar lebih ramai mendapat manfaat.

πŸ’™ Bersama Memahami, Bersama Menyokong, Bersama Memperkasa Keluarga.


























πŸ§ΈπŸ’™ MINI KARNIVAL BEAR HUG 2026 πŸ’™πŸ§ΈJOM SERTAI BENGKEL KESIHATAN MENTAL, PENGUKUHAN PSIKOMOTOR & SENSORI KELUARGA AUTISME🌈 ...
27/06/2026

πŸ§ΈπŸ’™ MINI KARNIVAL BEAR HUG 2026 πŸ’™πŸ§Έ

JOM SERTAI BENGKEL KESIHATAN MENTAL, PENGUKUHAN PSIKOMOTOR & SENSORI KELUARGA AUTISME

🌈 Khas untuk ibu bapa, penjaga, ahli keluarga anak autisme dan komuniti setempat!

Adakah anda sedang mencari sokongan, ilmu dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan anak autisme serta kesejahteraan emosi keluarga?

Yayasan Bimbingan Insan Murni (YBIM) dengan sokongan Agenda Nasional Malaysia Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia menjemput anda ke program yang menghimpunkan perkongsian pakar, sokongan komuniti dan aktiviti sensori yang bermanfaat untuk seluruh keluarga.

πŸ“… Tarikh: 4 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
πŸ“ Tempat: Masjid Alabyad, Kuching, Sarawak

✨ Pengisian Menarik Menanti Anda:
🧸 Senaman Ceria Keluarga
🧠 Ceramah Pengukuhan Psikomotor Anak Autisme
πŸ’™ Ceramah Pengurusan Stres & Kesihatan Mental Ibu Bapa
🀝 Sesi Sokongan Emosi & Perkongsian Pengalaman Ibu Bapa
🎨 Aktiviti Psikomotor dan Sensori untuk Kanak-kanak

βœ… PENYERTAAN ADALAH PERCUMA
🍽️ Jamuan makan turut disediakan

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai autisme, memperkukuh kesejahteraan mental keluarga serta menyediakan ruang sokongan yang positif kepada ibu bapa dan penjaga.

πŸ“² Tempat adalah terhad! Daftar segera melalui kod QR pada poster atau hubungi:

πŸ“ž 017-691 3022
πŸ“ž 011-6923 1817

Link:-

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScCQNazLz4QKi2axptpmkbJi_yrjciML0BV6ol_3vMEOk3f4A/viewform?usp=dialog

πŸ‘‰ Tag ibu bapa, keluarga atau rakan yang mempunyai anak autisme dan kongsikan posting ini agar lebih ramai mendapat manfaat.

πŸ’™ Bersama Memahami, Bersama Menyokong, Bersama Memperkasa Keluarga.


























Bengkel sehari bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang ini memberi fokus kepada aspek literasi asas penjagaan kesihatan mental, Kemahiran dan strategi mengurus psikologi anak Autism, kemahiran penjagaan kendiri bagi ibu bapa dan ahli keluarga serta Aktiviti pengukuhan psikomotor dan sensori anak Au...

Alhamdulillah 🀲🏻✨Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Mohd Noor Helmy atas peluang dan sokongan ...
21/05/2026

Alhamdulillah 🀲🏻✨

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Mohd Noor Helmy atas peluang dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan Program Saringan Awal Autism & Advokasi Kesihatan Mental untuk komuniti Duyong.

Turut dirakamkan ucapan terima kasih kepada:-
Dr Adam dari Hospital Putra,
Dato’ Ashikin Akademi Ikhlas,
Pejabat Klinik Pergigian Daerah Melaka Tengah,
PKD Melaka Tengah,
20db Hearing Melaka serta
JKM Melaka atas kerjasama, komitmen dan sokongan yang amat bermakna sepanjang program berlangsung.

Semoga usaha dan program bermanfaat seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi membantu dan memperkasakan komuniti autism khususnya di DuyongπŸ’™

Terima kasih kepada Yayasan Bimbingan Insan Murni, Dr Adam Al Anas, Dr Dr Azri Fikry dan lain-lain entiti yang terlibat dalam saringan percuma anak istimewa.

Kalau takde program ni, ibu bapa berduit akan belanja besar untuk saringan. Kalau ibu bapa tak berduit lak, tunggu lah setahun giliran nak jumpa doktor pakar.

Kerajaan Negeri Melaka bawah Tok Ab Rauf Yusoh amat menjaga kepentingan anak istimewa.

Moga ibu bapa yang ada anak istimewa tabah dan kuat dalam menguruskan rumahtangga. Jangan rasa sendirian sebab ada waibee Duyong yang hensem, kacak, bergaya, rajin dan power akan berjuang bersama.


✨MINI KARNIVAL BEAR HUG YBIM 2026πŸ§ΈπŸ’™πŸ“…9 & 10 Mei 2026 | πŸ“Dewan Serbaguna Semabok Dalam, MelakaAlhamdulillah syukur, Yayasa...
13/05/2026

✨MINI KARNIVAL BEAR HUG YBIM 2026πŸ§ΈπŸ’™

πŸ“…9 & 10 Mei 2026 | πŸ“Dewan Serbaguna Semabok Dalam, Melaka

Alhamdulillah syukur,
Yayasan Bimbingan Insan Murni (YBIM) dengan kerjasama YB Datuk Seri Mohd Noor Helmy, ADUN Duyong serta pelbagai agensi kerajaan, swasta dan komuniti telah berjaya menganjurkan Mini Karnival Bear Hug: Kempen Kesedaran Saringan Awal Autism & Advokasi Kesihatan Mental Keluarga.

Program selama dua(2) hari ini menghimpunkan kira-kira 300 peserta terdiri daripada ibu bapa, kanak-kanak autism, penjaga, agensi/petugas dan masyarakat setempat bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan saringan awal autism, sokongan keluarga serta kesejahteraan mental.

Pelbagai aktiviti dan perkhidmatan telah dijalankan antaranya:
βœ… Saringan awal autism
βœ… Saringan kesihatan mental keluarga
βœ… Pemeriksaan pergigian kanak-kanak autism
βœ… Hearing test / pemeriksaan pendengaran
βœ… Aktiviti sensori dan Pengukuhan Psikomotor
βœ… Khidmat konsultasi dan advokasi keluarga autism

Antara agensi terlibat:-

1. Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah
2. Pejabat Klinik Pergigian Daerah Melaka Tengah
3. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka
4. Hospital Putra
5. 20db Hearing Professional
6. Konsultasi Autism Center
7. Akademi IKHLAS- assessment Dan intervensi oleh OCCT Professional.
8. Yayasan Bimbingan Insan Murni
9. Pejabat Adun Duyong
10. JPKK Semabok Dalam
11. KRT Bukit Godek

YBIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi, rakan strategik, sukarelawan dan peserta yang telah bersama menjayakan program ini.

Semoga usaha ini terus menjadi platform advokasi komuniti dalam mewujudkan masyarakat yang lebih prihatin, inklusif dan menyokong keluarga anak-anak istimewa. πŸ’™

🧸 JOM KE MINI-KARNIVAL BEARHUG AUTISM 2026 DI MELAKA πŸ’™Assalamualaikum dan salam sejahtera.Orang ramai dijemput hadir mem...
05/05/2026

🧸 JOM KE MINI-KARNIVAL BEARHUG AUTISM 2026 DI MELAKA πŸ’™

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Mini Karnival Bear Hug 2026, sebuah program khas bersempena Kempen Kesedaran Saringan Awal Autism & Advokasi Kesihatan Mental Keluarga anjuran bersama pejabat ADUN DUYONG, Y.B. Datuk Mohd Noor Helmy. Program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan, sokongan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai autisme, perkembangan anak-anak serta kesejahteraan mental keluarga.

πŸ“… Tarikh: 9 – 10 Mei 2026 (Sabtu & Ahad)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
πŸ“ Tempat: Dewan Serbaguna Semabok Dalam, Melaka

✨ Antara Pengisian Menarik:
βœ… Saringan Awal Autism,
βœ… Saringan Kesihatan Mental Keluarga Autism,
βœ… Aktiviti Sensori Kanak-Kanak,
βœ… Pemeriksaan Gigi Anak Autism,
βœ… Pelbagai Aktiviti Menarik Untuk Seisi Keluarga!!

πŸ’™ Program ini sesuai untuk ibu bapa, guru, penjaga, kanak-kanak serta masyarakat yang ingin menambah ilmu dan kesedaran tentang perkembangan anak-anak.

πŸ“² Daftar sekarang melalui QR Code di poster rasmi‼️

Link:-
https://forms.gle/YCL7mKypisqZNMQUA

πŸ“ž Sebarang pertanyaan:
017-691 3022
011-6923 1817

Mari bersama-sama kita menyokong komuniti dan membina masyarakat yang lebih prihatin. Kesedaran awal mampu memberi masa depan yang lebih cerah buat anak-anak kita. 🌟



Address

Arked MARA Jalan Melayu Klang
Klang
41400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Bimbingan Insan Murni posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Yayasan Bimbingan Insan Murni:

Shortcuts

Share

Category