18/07/2026
Bismillah...
Bagi yg ingin menghantar anak ke sekolah berasrama penuh aliran agama, selain SMKA, boleh juga memilih ke SBPI (TMUA) atau MRSM Aliran Ulul Albab.
APA BEZA SBPI (TMUA) dengan MRSM (UA)? Mana yang lagi bagus, mana yang lagi berat untuk anak-anak bawa, dan sebagainya persoalan yg pasti sentiasa berlegar-legar dalam fikiran ibu ayah apabila membuat permohonan aliran untuk anak-anak nanti.
Jadi kalini, basically kami akan bagi apa perbezaan antara kedua-dua institusi ni. Perbezaan yang kami akan bagi ni, adalah berdasarkan pembacaan, dan hasil sembang-sembang dengan kawan-kawan yg menghantar anak ke SBPI (TMUA) dan MRSM UA.
๐ Buku latihan menjelang PKSK bertajuk Fly High yg ditulis oleh sekump**an guru2 hebat, boleh didapati di sini: https://s.shopee.com.my/1BKqGD2R7a
SBPI TMUA - Semua SBPI TMUA adalah aliran sains (STEM A), jadi part ni, sama je dengan MRSM UA.
Yg membezakan:
๐ Hafazan
SBPI TMUA - Pelajar wajib khatam hafazan 30 juzuk kerana ini adalah sebahagian daripada silabus, dan sukatan untuk khatam adalah dalam tempoh bermula dari tingkatan 1 hingga maksimum tingkatan 4. Ada anak kawan akak yg seawal tingkatan 3 dah khatam hafazan. Selepas khatam hafazan, pelajar akan dapat sijil hafazan daripada JAKIM.
MRSM UA - tak wajib khatam hafazan 30 juzuk,tapi untuk BERGRADUASI, perlu khatam minimum 10 juzuk. InsyaAllah sepanjang tempoh 5 tahun tu, akak yakin anak-anak MRSM UA pasti boleh khatamkan sekurang-kurangnya 10 juzuk kan :)
๐งก Bilangan subjek SPM
SBPI TMUA - untuk menengah rendah, anak-anak SBPI TMUA ada 12 subjek termasuk Bahasa Antarabangsa. Bahasa Arab dah termasuk dalam subjek wajib, berbanding d SBP Sains yg meletakkan Bahasa Arab sebagai salah satu pilihan dalam Bahasa Antarabangsa :)
Untuk menengah atas, aka SPM, total anak-anak SBPI TMUA ada 12 subjek, termasuk Bahasa Arab, Hifz Al Quran dan Maharat Al Quran
MRSM UA - kebiasaannya MRSM UA hanya mewajibkan 9 subjek sahaja (sama seperti di MRSM Premier), subjek-subjek lain boleh diambil sebagai option (cth: Bahasa Arab, PSV)
๐ Ini p**a Buku HARIMAU yg anak kami guna semasa memohon ke SBP pada tahun 2022 & 2023. Alhamdulillah kedua2 mereka mendapat tempat di SBP:
https://s.shopee.com.my/BSJ4UWZ1M
Setiap sistem, SBPI TMUA ke, MRSM UA ke, dah tentu-tentu ada pro dan kontranya. Apa yang penting, biar anak-anak kita yang bersungguh-sungguh ada KEINGINAN dan MAHU masuk ke aliran UA atau TMUA.
Jika mereka memang nak, mudah untuk kita sebagai ibu ayah untuk usaha bantu anak-anak kita dari sekarang lagi, iaitu semasa anak-anak ini masih di sekolah rendah. Sekalipun anak lancar 8 baris penuh masa UKKM, realiti sebenar ialah apabila anak-anak berada di MRSM UA atau SBPI TMUA itu nanti.
Biasakan anak-anak kita menghafaz 8 baris 25 minit kerana itulah tempoh masa yg anak-anak kita kena biasakan di MRSM UA mahupun SBPI TMUA nanti. Apabila kita tahu realiti dan cabaran yg bakal anak-anak kita hadapi nanti, kita pasti lebih bersedia ๐ช dan tak mudah melatah kalau anak-anak mengadu penat atau 'tak boleh bawak'.
Kerana pasti akan ada episod anak mula rasa down, hilang motivasi, stuck pada 3 baris tak naik-naik, dan pelbagai lagi cabaran bila masuk suasana sebenar di MRSM UA mahupun SBPI TMUA.
Namun, semua inilah pengalaman yang akan mematangkan mereka. Ibu ayah, banyakkan doa untuk anak. Bantu anak sentiasa lazimi Al-Quran, jangan tinggal atau culas walau sehari. Dan yg paling penting, ibu ayah sendiri JANGAN HILANG MOTIVASI untuk membantu anak-anak UA atau TMUA ini.
Selamat memohon & semoga berjaya! ๐ฅฐ
*** Allah SWT akan mengangkat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat berdasarkan firman-Nya:
ููุฑูููุนู ุงููููููู ุงูููุฐูููู ุขู
ููููุง ู
ููููู
ู ููุงูููุฐูููู ุฃููุชููุง ุงููุนูููู
ู ุฏูุฑูุฌูุงุชู
Maksudnya:
โSupaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjatโ. - al Mujadalah:11
๐ *BUKU TERBARU MAC 2025 โ WAJIB MILIKI!* ๐ ๐ *KOLEKSI SOALAN KARANGAN ARTIKULASI (PKSK) & TATABAHASA & PEMAHAMAN (UKKM) โ Berserta Jawapan* ๐ฏ *Buku ini mirip soalan sebenar! Sesuai untuk persediaan rapi calon PKSK & UKKM.** *APA YANG ANDA DAPAT?* โ
*80* Karangan PKSK โ
*150* Soa...