Apakah kisah-kisah silam yang boleh memberi peringatan kepada orang Engkar Zakat?
Tidak ada kisah terbaik melainkan semua yang telah diceritakan oleh Allah Ta’a’la di dalam al-Quran. Syaikh Abu al-Hasan Ali al-Nadwi rahimahullah berkata dalam muqaddimah penulisan beliau tentang kisah kisah di dalam al-Quran bahawasanya Allah Ta’ala telah menceritakan kepada kita tentang kisah-kisah yang terbaik dan penuh tauladan dalam bahasa yang sangat indah dan mengkagumkan. Mengapa kita tidak sudi membacanya dari Tuhan lantas menceritakannya p**a dengan bahasa Tuhan?
Kisah terbaik buat tauladan mereka yang mengengkari Allah dengan harta boleh dilihat menerusi kisah manusia terkenal sepanjang zaman yang dikenali sebagai Qarun. Ramai yang hanya tahu Qarun ini pop**ar dengan hartanya namun akhirnya hartanya itu ditenggelami bumi dek kerana kemegahannya terhadap dirinya dan keangkuhannya dari mentaati perintah Allah.
Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Qasas ayat 76-83 :
“Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: ?Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri?. Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (keni`matan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.
Qarun berkata: ?Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku?. Dan apakah dia tidak mengetahui, bahawasanya Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka.? Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang-orang yang mengkehendaki kehidupan dunia: ?Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun; sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar?.
Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: ?Kecelakaan yang besarlah bagimu! Pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal saleh, dan tidak diperoleh pahala itu kecuali oleh orang-orang yang sabar.? Maka Kami benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golonganpun yang menolongnya terhadap azab Allah. Tiadalah dia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya). Lantas jadilah mereka yang dahulunya mencita-citakan kedudukan Qarun itu berkata: ?Aduhai! Benarlah Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dari hamba-hambaNya dan menyempitkannya. Jika Allah tidak melimpahkan kurniaanNya ke atas kita maka Dia sesungguhnya telah membenamkan kita (p**a). Aduhai benarlah, tidak beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah).? Sesungguhnya negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.?
Ustaz Haji Muhamad Rafee
Jom Berzakat (Lembaga Zakat Selangor)
25/11/2023
Jom Ikuti Edisi MAIS..
Pelbagai kupasan menarik nengenai isu-isu semasa
"MERAWAT LUKA SEMALAM"
https://mais.gov.my/e-edisi/?p=1996
Bagaimana masyarakat mahu tentukan individu yang masih sihat tubuh badan, samada layak terima zakat?
Dalam hal ini Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menukilkan secara agak terperinci kriteria seseorang yang dianggap mampu bekerja dan tidak boleh memperolehi bahagian zakat yang diperuntukkan dalam kategori fakir atau miskin.
Kriteria tersebut adaah :
Punya pekerjaan yang boleh menampung sara hidup (seharian)
Kerja yang dilakukan adalah halal di sisi syarak
Pekerjaan yang dilakukan tersebut tidak bermasalah dan tiada halangan yang luar biasa dari ianya dilaksanakan.
Kerja tersebut mestilah juga sesuai dengan keadaan, kedudukan, maruah mahupun status sosialnya.
Pendapatan yang diperolehi dari pekerjaan itu cukup untuk membiayai diri dan keluarganya.
Justeru, kriteria ini boleh dijadikan panduan alam kita mengusahakan bantuan ataupun menyalurkan zakat meskipun penerima itu mempunyai kesihatan tubuh badan dan ada pekerjaan. Di Wilayah Persekutuan, pihak Baitulmal akan membuat pemeriksaan dan penilaian berdasarkan had al-kifayah (had kecukupan perbelanjaan) dan situsai semasa pemohon zakat dan beberapa aspek lain yang dipertimbangkan.
Krisis Ekonomi?ramai diberhentikan kerja?adakah layak diberikan zakat?
Situasi ekonomi dan uruf masyarakat berkait rapat dengan kriteria kebolehpenerimaan zakat atau tidak. Hal ini secara tidak langsung dibincangkan para fuqaha? dalam masalah berkaitan agihan kepada fakir dan miskin dan kaitan dengan kemampuan melaksanakan pekerjaan.
Secara umumnya konteks ini difahami menerusi hadith Nabi s.a.w riwayat Ibn Majah :
?Tidak halal sedekah (zakat) bagi orang kaya dan tidak juga bagi orang yang masih sasa dan sempurna tubuh badannya (mampu bekerja)?
Jumhur ulama? menyatakan secara umumnya berdasarkan nas di atas, mereka yang mempunyai keupayaan bekerja tidak layak menerima zakat. Namun, Al-Imam al-Nawawi menjelaskan lebih lanjut sebagaimana di dalam al-Majmu? bahawasanya jika seseorang itu masih mampu bekerja untuk mencari pendapatan dan kemampuannya itu dianggap cukup bagi tujuan tersebut, maka dia tidak termasuk dalam konteks seorang yang miskin yang layak menerima zakat walaupn secara zahirnya dia tidak memiliki apa-apa harta. Akan tetapi Imam al-Nawawi menjelaskan lagi dalam konteks tidak memiliki pekerjaan dan kondisi tidak berharta ini bukan hanya sekadar tidak memiliki pekerjaan atau sekadar semata-mata tidak mampu bekerja, tetapi termasuk juga mereka yang tidak mempunyai pekerjaan yang sesuai dengan keadaan atau maruahnya sendiri.
Secara keseimp**annya, untuk memberi zakat kepada golongan penganggur ataupun mereka yang hilang pekerjaan ini perlu kepada penialaian yang bersifat menyeluruh dan terperinci berdasarkan kes dan situasi masyarakat yang berbeza.
Apakah terdapat hadith palsu atau lemah berkaitan zakat?
Terdapat sebuah hadith yang mengisahkan tentang zakat setiap perkara. Hadith tersebut berbunyi :
“Setiap sesuatu itu ada zakatnya. Maka zakat bagi rumah adalah pada ruang tamunya.”
Hadith ini bertaraf maudhu’ (palsu) atau disebut juga dengan kalimah fabrikasi. Al-Imam al-Suyuti berkata riwayat ini telah diketegorikan oleh Abu Said al-Naqqasy dalam senarai hadith-hadith maudhu’ dan beliau berkata bahawasanya Imam Ahmad atau gurunya telah berkata riwayat hadith ini adalah palsu.
Begitu juga terdapat hadith yang lain berstatus dhaif.
Dari Abu Hurairah r.a berkata, “Rasulullah s.a.w bersabda :
“Segala sesuatu itu ada zakatnya. Zakat badan adalah puasa. Puasa itu separuh kesabaran.” [Riwayat Ibnu Majah, no. 1745 melalui Musa bin Ubaidah dari Jumhan]
Sanad hadith ini lemah, kerana Musa bin Ubaidah dinilai hadith lemah oleh sekelompok ulama ahli hadith, sebagaimana dijelaskan dalam kitab Tahzib, [10/318-320] dan dikatakan beliau ini seorang yang soleh dan ahli ibadah, akan tetapi lemah dalam periwayatan hadith.
Kisah Keengkaran Sahabat Nabi Muhammad SAW?Tha'labah?
Masyhur di kalangan para penceramah dan pendakwah darihal kisah Tha'labah bin Hatib r.a yang dikatakan seorang yang enggan membayar zakat lalu dihukumkan sebagai munafik. Beliau pernah meminta kepada nabi SAW agar mendoakannya supaya Allah SWT menambahkan lagi rezekinya. Seusai nabi s.a.w berdoa untuknya maka beliau dikurniakan dengan kambing yang beranak pinak seumpama tumbuhnya ulat sehingga dikatakan kota Madinah hampir sesak dan terasa sempit untuknya. Lantas, kekayaan itu? menyebabkan Tha’labah tinggal berjauhan di desa dan mula sedikit demi sedikit meninggalkan solat berjemaah bahkan solat Jumaat dek kerana kesibukannya. Tiba masanya Nabi s.a.w mengutus utusan bagi mengutip zakat dari Tha’abah dan Bani Sulaiman. Malangnya, dikatakan Tha’albah menolak dari memberi zakat kepada utusan Baginda s.a.w. Setelah baginda s.a.w mendapati utusan p**ang dengan tangan kosong lantas, Baginda Nabi s.a.w bersabda :
“Celaka engkau wahai Tha’labah! Sedikit yang engkau syukuri itu lebih baik dari harta banyak yang engkau tidak sanggup mensyukurinya. Apakah engkau tidak s**a menjadi seperti Nabi Allah? Demi yang diriku di tangan-Nya, seandainya aku mau gunung-gunung mengalirkan perak dan emas, niscaya akan mengalir untukku? [Riwayat Ibnu Jarir dalam Jami?ul Bayaan (VI/425 no. 17002), ath-Thabrani dalam al-Mu?jamul Kabir (VIII/218-219, no. 7873), ad-Dailamy, Ibnu Hazm dalam al-Muhalla (XI/208) dan al-Wahidi dalam Asbaabun Nuzul (hal. 257-259)]
Walaubagaimanapun dia telah bertaubat akhirnya, tetapi Nabi s.a.w tetap tidak mahu menerima zakatnya. Pada zaman Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman r.anhum juga tidak mahu menerima zakatnya kerana nabi SAW tidak menerimanya dahulu. Ini dikeranakan kisah ini dikaitkan dengan turunnya firman Allah SWT daripada surah at-Taubah ayat 75-76 bermaksud:
“Ada di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh. Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka daripada limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).”
Kenapakah Golongan Mangsa Banjir Layak Terima Zakat? Apa Kriteria Kelayakkan mereka?
Antara kriteria penerimaan zakat oleh golongan al-Gharimin adalah kedudukan mereka terpaksa berhutang untuk diri sendiri atau orang lain. Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan : “Terlebih khusus untuk dimasukkan dalam golongan asnaf al-Gharimin ini adalah mereka yang dikejutkan dengan bencana alam yang menyebabkan mereka hilang atau keputusan sumber pendapatan dan menyebabkan mereka terpaksa berhutang kerana bencana tersebut disebabkan keperluan mendesak terhadap diri dan keluarga mereka maka hukumnya dibolehkan zakat untuk mereka.” [Fiqh zakat 2/622]
Imam Mujahid membahagikan al-Gharimin secara umumnya kepada tiga kump**an :
Pertama : Mereka yang hartanya hilang atau hanyut kerana banjir.
Kedua : Mereka yang musnah hartanya akibat kebakaran.
Ketiga : Ketua keluarga yang mempunyai tanggungan namun tiada harta atau punca pendapatan baginya untuk menaggung keluarganya.
Mangsa Banjir ? Layakkah Mereka Menerima Zakat?
Semoga Allah kurniakan kesabaran dan ganjaran pahala atas musibah yang menimpa mereka. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh Zakat menyatakan bahawasanya golongan yang ditimpa musibah seperti banjir dan seumpamanya layak untuk menerima zakat menerusi peruntukan asnaf al-Gharimin (orang yang berhutang).
Apakah Wujud Implikasi Sah Atau Tidak Agih Zakat Sendiri Di Agih Terus Kepada Asnaf Tanpa Melalui Asnaf Yang Berhak?JIka Tersilap Bagaimana?
Dalam hal ini perlu dilihat kepada dua keadaan. Pertama sekiranya diberitahu kepada penerima tersebut bahawasanya wang tersebut adalah wang zakat dan ternyata setelah diberikan, penerima tersebut bukan dari asnaf yang berhak. Jika ini berlaku, maka hendaklah pihak muzakki itu samada :
Meminta kembali wang tersebut dan mengagihkannya semula kepada yang berhak.
Jika s**ar untuk memintanya kembali, perlu diganti wang tersebut dengan wang yang lain untuk disalurkan kepada yang berhak sebagai zakat.
Kedua, jika pembayar zakat itu tahu penerima tersebut tidak berhak ketika wang tersebut diagihkan, tetapi tidak memberitahu bahawasanya wang tersebut adalah wang zakat, maka tanggungjawab zakat itu masih belum terlepas dan masih tertanggung atasnya untuk ditunaikan.
Perkara ini adalah sebagaimana sabda Nabi s.a.w terhadap dua pemuda yang meminta zakat dari Baginda s.a.w. Lalu sabda Nabi s.a.w :
Jika kamu berdua mahukannya nescaya aku akan memberikannya (zakat) kepada kamu. Namun ingat, bahawasanya tidak ada bahagian yang diperuntukkan dari wang zakat untuk orang kaya mahupun untuk bagi orang yang kuat lagi berdaya untuk mencari rezeki sendiri.? [Hadith riwayat al-Daruquthni no 1760]
Saya Pernah Mendengar Berdosa Agih Sendiri?
Pandangan ini hendaklah diperhalusi mengikut pandangan para fuqaha’. Secara asasnya zakat merupakan kewajipan yang jelas dalam Islam bagi setiap individu dan harta yang dikenakan zakat.? Namun begitu zakat bukan sekadar urusan individu tetapi melibatkan soal tanggungjawab dan campurtangan pemerintah menerusi Baitulmal dan seumpamanya untuk menguruskan zakat secara sistematik dari aspek kutipan dan agihan serta pengurusan wang zakat. Para fuqaha’ berpandangan bahawasanya pemerintah berkuasa memungut zakat dari harta-harta zahir dan sekiranya diminta untuk ditunaikan, maka wajib bagi rakyat membayar kepadanya. Syaikh Atiyyah Muhammad Salim rhm. Menghuraikan kata-kata Abu Bakar al-Siddiq r.a tatkala memerangi orang yang enggan berzakat adalah bukan sahaja kepada yang ingkar kewajipannya sahaja tetapi termasuk juga mereka yang ingkar menunaikannya kepada pemerintah.
Secara umumnya, agihan dilihat lebih sistematik dan menyeluruh jika dibuat menerusi institusi amil seperti Baitulmal dan pihak berkuasa zakat negeri. Tidak kira samada harta tersebut bersifat batin atau zahir pengurusannya tertakluk kepada pihak pemerintah mengikut panduan yang jelas dalam nas-nas yang berkaitan. Pandangan ini juga dipersetujui oleh beberapa ulama’ lainnya seperti Syaikh Abd Wahhab Khallaf, Syaikh Abd Rahman Hassan dan Syaikh Muhammad Abu Zuhrah.
Zakat Takaful (Siri 3)
Pampasan Takaful
Wajib Zakat Pendapatan ke atas waris simati. Ianya adalah selepas ditolak untuk penyelesaian hutang simati (hutang zakat/hutang sesama manusia dan lain – lain) dan upah haji sekiranya simati belum mengerjakan fardhu haji.
Wang Pulangan Tunai Dana Tabarruk
Wajib zakat pendapatan ke atas pemegang polisi takaful sekiranya mereka memperolehi wang p**angan tunai dari Dana Tabarruk; contohnya p**angan tunai setiap tahun jika tiada sebarang tuntutan tahunan (contohnya NCD yang diperolehi kerana tiada tuntutan tahunan).
Manfaat keilatan kek
al dan menyeluruh
Wajib zakat pendapatan ke atas pemegang polisi yang menerima manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akibat kemalangan atau sebab penyakit tertentu.
Pampasan Polisi Insurans Konvensional
Pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris tidak perlu dizakatkan kerana ia dikira sebagai harta yang tidak patuh syariah.
Hanya bayaran pokok pembeli polisi insurans konvensional(semasa hayat pembeli/pemegang polisi) sahaja yang dikenakan zakat.
Namun sekiranya ahli waris pembeli polisi tersebut merupakan golongan fakir miskin, mereka boleh mengambil sebahagian wang pampasan polisi insurans tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir miskin yang ingin mencukupkan keperluan, dan jika jumlah yang diambil melebihi nisab zakat, maka wajib zakat pendapatan ke atas ahli waris.
Jika pampasan polisi Insurans konvensional tersebut diterima daripada caruman yang dibuat oleh majikan maka ahli waris boleh menggunakan wang tersebut keseluruhannya dan diwajibkan zakat pendapatan ke atasnya.
* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Lot 1228
Klang
42100