15/12/2022
Di Petaling Jaya, Polis Diraja Malaysia (PDRM), 7 November 2022, telah menyerahkan tiga wanita warga Thailand yang dipercayai terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia ke negara ini kepada Polis Diraja Thailand (RTP).
Suspek yang terlibat dalam kes pemerdagangan manusia ini berusia yang berusia lingkungan 30-an dan berada dalam senarai dikehendaki RTP. Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah,suspek ditahan pada 29 Okt lepas bersama dua lelaki warga Indonesia selepas PDRM menerima maklumat daripada RTP.
Dua lelaki Indonesia itu dipercayai tidak terlibat secara langsung dalam sindiket itu tetapi hanya bekerja dengan mereka di negara ini. Selain kelima-lima mereka, buat masa ini kita percaya tiada suspek lain terlibat.
Susulan serbuan yang dilakukan, empat wanita (dua warga Thailand dan dua Indonesia) berjaya diselamatkan dan ditempatkan di pusat perlindungan di bawah arahan perlindungan sementara (IPO).Acryl Sani berkata tiga wanita berkenaan dihantar p**ang mengikut Akta Imigresen 1959/63 memandangkan pasport mereka telah dibatalkan oleh pihak berkuasa Thailand.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Thailand Jeneral Surachate Hakparn yang turut hadir pada sidang media berkenaan berterima kasih kepada PDRM atas kerjasama melumpuhkan jenayah rentas sempadan terutama sindiket pemerdagangan manusia.
Kesimp**an daripada akhbar ini, kerjasama yang baik di antara PDRM DAN RTP telah membawa kejayaan bagi membanteras jenayah rentas sempadan dan sekaligus pemerdagangan manusia. Ini membuktikan wujudnya semnagat dalam penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa bagi melindung individu daripada kes jenayah seperti ini.
04/12/2022
Nama pelajar : Radin anak Kelanang
No matrik : 289397
Menurut sumber Berita HArian,(2022), negara Malaysia berada di kedudukan rendah bagi tempoh lima tahun berturut-turut dalam laporan pemerdagangan manusia dan ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS). Jabatan ini telah menuntut beberapa Tindakan segera bagi mengelakkan negara berdepan dengan implikasi besar khususnya dari segi ekonomi.
Walaubagaimanapun, Malaysia wujud pada pengkelasan ketiga dan banyak isu yang tidak Berjaya diatasi. Tambahan p**a masih wujud buruh paksaan,eksploitasi buruh dan urusniaga yang mencurigakan. Ini membuktikan penguatkuasaan undang-undang masih lemah. Sebagai contoh, wujudnya rasuah dalam agensi pengambilan pekerja asing khasnya warga Bangladesh, penjawat wam dan ahli politik. (Datuk Dr Madeline Berma,2022).
Dalam isu pemerdagangan manusia ini penipuan dari segi kontrak, hak pekerja diabaikan,pembayaran gaji yang tidak setimpal, dan kesannya berlaku pemerdagangan kanak-kanak dan Wanita. Isu ini perlu dipandang serius kerana boleh memberi impak yang besar gterhadap pelaburan asing dan domestik. Misalnya, Amerika Syarikat pernah mengenakan sekatan import terhadap tiga syarikat milik Malaysia atas alasan mengamalkan buruh secara paksaan.
Kesimp**annya, undang-undang negara Malaysia perlulah diperketatkan bagi menjaga imej negara daripada tercemar dek isu pemerdagangan manusia ini. Ini bukan sahaja mampu meningkatkan ekonomi negara malah mampu menjaga keamanan negara kita dan masyarakat terbela daripada penganiayaan.
02/12/2022
SEPANG: Lima rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia untuk dijadikan 'scammer' sebuah syarikat di Laos p**ang ke tanah air hari ini.
Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 7.50 malam menaiki pesawat Thai Smile dari Vientiane, Laos ke Bangkok, Thailand dan kemudian ke KLIA.
Kep**angan mereka disambut Presiden Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan dan Setiausaha Agong Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim.
Musa yang juga bekas Ketua Polis Negara berkata, mangsa berjaya melarikan diri sejak dua minggu lalu dengan bantuan penduduk tempatan dan berlindung di sebuah rumah.
Menurutnya, kesemua mangsa menghubungi keluarga di Malaysia minta diselamatkan yang turut menghubungi MHO dan MACC bagi mendapatkan bantuan.
Katanya, sindiket juga menghebahkan 'kehilangan' mereka di media sosial dan orang ramai yang dapat memberi maklumat akan diberikan ganjaran sebanyak RMB1juta.
"Sepanjang mereka di rumah penduduk tempatan, mereka dibantu Kedutaan Malaysia yang terletak sejauh 600 kilometer dari tempat mereka berlindung sebelum kesemua mangsa dibawa ke kedutaan.
"Pihak Polis Antarabangsa (INTERPOL) juga dimaklumkan mengenai lima mangsa terbabit sebelum membantu dari aspek keselamatan bagi membolehkan mereka dibawa ke Lapangan Terbang Laos untuk p**ang ke tanah air," katanya.
Sementara itu, seorang mangsa berkata, mereka berada di Laos sejak Mac lalu dan dijadikan 'scammer' didalangi warga China.
Menurutnya, mereka ditempatkan di sebuah bangunan dan hanya menerima sekali gaji sepanjang lapan bulan serta diberikan kad untuk mendapatkan makanan di kantin.
"Saya juga dimaklumkan sekiranya sindiket berjaya menangkap kami, kami akan dijual ke Myanmar.
"Setakat ini, terdapat empat lelaki warga Malaysia ditahan di bangunan sindiket," katanya.
25/11/2022
Rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Filipina.
Seorang rakyat Malaysia telah dikurung hampir setahun dipercayai menjadi hamba pemerdagangan manusia di Manila, Filipina sejak November tahun lalu.
Menceritakan kisah malang yang terjadi kepada mangsa terbabit ialah ibunya, Vong Foong Thai, 61 tahun, seorang tukang jahit, berkata, anak lelakinya, Choong Chin Yee, 24 tahun, pada mulanya mengambil keputusan untuk bekerja dalam bidang perkomputeran di sana susulan ketiadaan kerja selepas pandemik COVID-19 melanda.
Choong Chin Yee memutuskan untuk berhijrah ke Filipina selepas ditawarkan gaji lumayan sebanyak RM8,000 oleh rakannya di sana, kongsi ibunya.
Walau bagaimanapun, setibanya di sana, pasport mangsa telah dirampas dan telefon bimbitnya diperiksa secara berkala bagi memastikan anak lelakinya itu tidak menceritakan keadaan sebenar kepada ahli keluarga,” ujar ibu mangsa.
Tambah Vong Foong Thai, anak sulungnya mula menyedari bahawa dia ditugaskan melakukan penipuan tawaran kerja kepada rakyat Malaysia yang kononnya menawarkan gaji lebih RM9,000, tetapi mangsa menolak untuk melakukan pekerjaan tersebut.
“Pada 27 Julai lepas, saya telah diugut oleh seorang lelaki melalui pesanan suara daripada aplikasi WeChat menyatakan saya perlu membayar sejumlah wang tebusan sebanyak RM100,000 bagi melepaskan anak saya p**ang,” demikian perkembangan terbaru yang diceritakan oleh ibu kepada mangsa yang masih terperangkap di Filipina.
Menurut kenyataan Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkenaan situasi mangsa-mangsa yang diperdayakan tawaran kerja palsu di Laos dan Myanmar adalah agak komplek sedikit.
Ini kerana menurut beliau, situasi di Myanmar dan Laos ini malangnya kedutaan Malaysia di sana tidak mendapat kerjasama daripada kerajaan Laos dan kerajaan Myanmar yang menyebabkan rakyat Malaysia masih ramai lagi yang terperangkap, dikurung, diseksa, dipaksa menjadi hamba abdi, dipaksa menjadi scammer dan kalau mereka gagal menipu orang, mereka akan dipukul dan jika tidak sampai target mereka akan dikenakan renjatan elektrik dan kalau mereka gagal mencapai target tertentu mereka akan dijual kepada agen lain.
“Jadi, ramailah yang masih berada di Laos dan juga Myanmar,” jelas Datuk Hishamuddin Hashim.
25/11/2022
Apakah langkah yang sesuai bagi mencegah jenayah pemerdagangan manusia?? Bolehkah pemerdagangan manusia dialing di negara kita??
Beberapa strategi pencegahan adalah:
Mengurangkan risiko mangsa dieksploitasi melalui peningkatan pendidikan dan pembangunan ekonomi.
Mengurangkan pergantungan terhadap tenaga buruh asing melalui penguatkuasaan undang-undang.
Pendidikan awam mengenai pemerdagangan manusia untuk mewujudkan kesedaran.
Kawalan sempadan negara yang ketat.
Mencegah rasuah di kalangan pegawai awam.
24/11/2022
Dalang Sindiket Penjualan Bayi ditahan Polis
Pihak berkuasa Malaysia pada Khamis menahan seorang wanita tempatan yang pernah dihadapkan di mahkamah kerana dipercayai terlibat dalam sindiket penjualan bayi dengan menggunakan rumah transit bagi wanita terlanjur dan mengandung sebagai pusat bekalan ‘bayi’.
Penolong Pengarah Bahagian Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran Polis DiRaja Malaysia [PDRM] Bukit Aman, Maszely Minhad berkata polis menahan seorang wanita dipercayai dalam kepada sindiket itu, di Kuala Kubu Bharu, Selangor, dekat Kuala Lumpur, pada Rabu.
“Wanita 58 tahun yang dipercayai berselindung di sebalik pusat penjagaan gadis terlanjur itu telah ditahan reman selama enam hari sehingga Selasa depan,” kata Maszely kepada BeritaBenar semasa dihubungi pada Jumaat.
Beliau berkata wanita tersebut pernah ditahan polis sebanyak dua kali sebelum ini dan pernah dituduh di mahkamah pada 2015 tetapi kesnya digugurkan kerana kekurangan bukti.
“Dia ditangkap sebelum ini kerana membuka pusat jagaan wanita mengandung tanpa lesen serta menjadi orang tengah dalam proses mendapat anak angkat tanpa tauliah,” tambah Maszely.
Menurut laporan akhbar tempatan, tangkapan dibuat susulan tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang melakukan pemeriksaan terhadap rumah transit untuk wanita mengandung yang didakwa terlibat dalam sindiket jual beli bayi.
Modus operandi suspek menurut Maszely adalah dengan mengambil kesempatan keatas gadis-gadis yang mengandung luar nikah, selepas bersalin, gadis terlanjur itu perlu menyerahkan bayi mereka kepada pusat jagaan yang sudah mempunyai pembeli.
Susualan penahanan wanita tersebut, dua gadis berusia 18 dan 24 tahun berjaya diselamatkan dari sebuah rumah di Puchong dan Shah Alam pada Khamis.
"Kedua-duanya yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan itu telah berjaya diselamatkan di bawah Seksyen 44 Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan permohonan Perintah Perlindungan Interim (IPO) bagi mereka sudah dibuat di Mahkamah Majistret Selayang.
“Mahkamah telah membenarkan kedua-duanya ditempatkan di Rumah Perlindungan Wanita selama 21 hari sehingga 17 April depan,” jelas Maszely.
Menurut sumber, mangsa juga dipercayai telah diganggu anggota sindiket selepas mendapat tahu bahawa mereka sudah mendedahkan perkara tersebut kepada pihak polis.
Maszely memberitahu BeritaBenar bahawa polis sedang mengesan bayi kepada kedua-dua mangsa bagi mengetahui kepada siapa mereka diserahkan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 14 ATIPSOM 2007 kerana memperdagangkan kanak-kanak yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda," katanya.
Maszely juga berkata dalam kebanyakkan kes penjualan bayi, polis tidak dapat meneruskan siasatan lanjut kerana mangsa enggan mengaku bahawa mereka dipaksa.
"Dalam kes sebelum ini, apabila kami menyiasat, kami dapati ada unsur pemerdagangan tetapi apabila tiba saat untuk dibawa ke mahkamah, kami gagal meneruskan apabila mangsa enggan mengaku suspek memaksa mereka menjual bayi,
"Ada beberapa kes yang kami kalah dan ada kes yang terpaksa digugurkan oleh pihak peguam negara kerana tiada unsur paksaan,” tambah beliau.
Pegawai polis itu juga memberitahu bahawa terdapat juga dalam beberapa kes sebelum ini, mangsa mengatakan yang wang yang diterima mereka adalah saguhati dan bukannya hasil jual beli.
"Mereka menggunakan istilah saguhati atas bayaran bersalin dan penjagaan bayi," kata beliau.
Harga ribuan
Suraya Ali, Ketua Bahagian Perhubungan Awam Persatuan Pengguna Islam Malaysia, kes terbaru itu merupakan hasil aduan yang dilakukan oleh mangsa kepada badan bukan kerajaan dengan mangsa mahukan keadilan terhadap apa yang berlaku.
“Mereka dipaksa menyerahkan bayi mereka. Dipaksa menurunkan tandatangan pada kertas pemberian hak penjagaan, dalam keadaan tertekan dan mereka lakukannya sedangkan hati tidak merestui. Tambahan lagi bila mendapat tahu ada penglibatan wang di situ, sedangkan hendak masuk ke pusat penjagaan itu juga bukan percuma, mereka perlu membayar 500 ringgit (AS$122.51) setiap bulan sehinggalah mereka melahirkan anak,” kata Suraya.
Menurut beliau lagi, hasil informasi yang diperolehi, sindiket 'menjual' bayi itu dengan mengenakan bayaran antara 5 ribu ringgit (AS$1,225) hingga 15 ribu ringgit (AS$3,675) bergantung kepada kecerahan kulit bayi tersebut kepada keluarga angkat.
“Manakala harga yang dikenakan untuk bayi perempuan juga lebih tinggi berbanding lelaki,” dakwa Suraya.
Menurut aktivis itu juga, proses pengambilan anak angkat tidak memerlukan jumlah wang yang tinggi kerana kos untuk mendapatkan borang mengambil anak angkat cuma 12 ringgit (AS$5) dan yuran untuk mendapatkan borang untuk mendaftarkan bayi p**a tidak melebihi 50 ringgit (AS$12.25).
“Dalam proses pengambilan anak angkat, tiada konsep sagu hati dan jika benar ibu bapa angkat ingin meringankan beban ibu kandung bayi, pembayaran bil hospital boleh dibuat terus kepada hospital dan jika betul mereka ingin memberikan wang belanja, wang itu perlu terus diberikan kepada ibu tersebut dan bukannya pusat penjagaan,” kata Suraya yang sehingga kini telah membantu lebih 100 buah keluarga mendapatkan anak angkat.
Beberapa tahun sebelum ini, Malaysia pernah dikejutkan dengan satu dokumentari oleh sebuah stesen televisyen antarabangsa Al-Jazeera yang merungkai sindiket penjualan bayi di dalam negara.
Kebanyakkan bayi yang dijual adalah anak kepada gadis-gadis yang terlanjur dan juga yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Dokumentari itu mendapat liputan yamg meluas tetapi pihak berkuasa menafikan bahawa wujudnya sindiket penjualan bayi yang berleluasa di dalam negara itu.