Kelas Bimbingan Mengaji Ulinnuha

Kelas Bimbingan Mengaji Ulinnuha

Share

BELAJAR AL QURAN SEBAGAI PERSEDIAAN BEKALAN MEMBANTU MENYEMPURNAKAN IBADAH

26/05/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Semoga Allah menerima segala amal ibadah, pengorbanan dan doa kita semua.

Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi mengajar kita tentang erti keikhlasan, ketaatan dan pengorbanan demi mencari reda Allah SWT. Semoga hari yang mulia ini membawa keberkatan, mengeratkan silaturahim serta memenuhi hati kita dengan kasih sayang dan syukur.

✨ Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha daripada:
Al Irsyad Consultants & Kelas Al-Quran Ulinnuha

25/05/2026

🌙9 Zulhijjah merupakan hari yang sangat mulia di sisi Allah. Mari kita perbanyakkan doa, zikir, istighfar dan amal kebaikan.

Sabda Nabi SAW:

"Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah."
(HR. Muslim)

✨ Semoga Allah menerima amalan kita dan mengurniakan keampunan serta rahmat-Nya.

17/05/2026
17/05/2026

🌿 Tahniah kepada Ustaz Mohamad Hakimi Bin Mohd Adanan atas kejayaan menamatkan Khatam Al-Quran Bersanad Riwayat Hafs ‘An ‘Asim bersama Sheikh Mostafa Kamel Rifa’ie Kamel Zalat 🌸

Semoga terus istiqamah bersama Al-Quran dan diberkati sanad serta ilmunya 🤍📖

17/05/2026

🌿 Tahniah diucapkan kepada Ustazah Sharifah Ezianiwaty binti Idid atas kejayaan menamatkan Khatam Al-Quran Bersanad Riwayat Hafs ‘An ‘Asim bersama Sheikh Mostafa Kamel Rifa’ie Kamel Zalat 🌸

Semoga Allah memberkati sanad, ilmu, dan istiqamah bersama Al-Quran 🤍📖

17/05/2026

✨ Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ustazah Sharifah Ezianiwaty binti Idid atas kejayaan menyempurnakan Khatam Al-Quran Bersanad Riwayat Hafs ‘An ‘Asim bersama Sheikh Qiraat Mesir, Sheikh Mostafa Kamel Rifa’ie Kamel Zalat.

Alhamdulillah, sebuah perjalanan yang dihiasi dengan kesungguhan, disiplin, dan kecintaan terhadap Al-Quran akhirnya berjaya disempurnakan dengan izin Allah ﷻ. Bukan semua diberi peluang untuk melalui talaqqi Al-Quran secara bersanad, apatah lagi istiqamah hingga khatam.

📖 Semoga sanad yang diterima menjadi keberkatan yang berpanjangan, memelihara bacaan Al-Quran dengan penuh amanah, serta menjadi asbab tersebarnya ilmu dan manfaat kepada ramai insan.

🌹 Pihak kami turut merakamkan penghargaan kepada Sheikh Mostafa Kamel Rifa’ie Kamel Zalat atas segala bimbingan, kesabaran, dan curahan ilmu sepanjang pengajian berlangsung.

Semoga Allah terus menetapkan hati kita bersama Al-Quran, menjadikan kita daripada kalangan أهل القرآن الذين هم أهل الله وخاصته 🌸






17/05/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kejayaan Ustaz Mohamad Hakimi Bin Mohd Adanan menamatkan Khatam Al-Quran Bersanad Riwayat Hafs ‘An ‘Asim bersama Sheikh Qiraat Mesir, Sheikh Mostafa Kamel Rifa’ie Kamel Zalat.

Satu perjalanan yang bukan mudah, dipenuhi dengan talaqqi, kesabaran, disiplin, dan kecintaan terhadap Kalamullah. Semoga segala usaha dan pengorbanan sepanjang pengajian ini diterima sebagai amal soleh di sisi Allah ﷻ.

📖 Sanad Al-Quran bukan sekadar sijil atau pengiktirafan, tetapi amanah ilmu yang bersambung dari guru ke guru hingga kepada Rasulullah ﷺ. Semoga Allah memberkati sanad ini dan menjadikan beliau terus istiqamah dalam membaca, menjaga, serta menyebarkan Al-Quran kepada masyarakat.

✨ Pihak kami juga merakamkan jutaan penghargaan kepada Sheikh Mostafa Kamel Rifa’ie Kamel Zalat atas tunjuk ajar, kesabaran, dan khidmat ilmu yang dicurahkan sepanjang sesi pengajian berlangsung.

Tahniah sekali lagi.
Semoga terus menjadi asbab tersebarnya cahaya Al-Quran 🌹






16/05/2026

🌹 SELAMAT HARI GURU 🌹

Di sebalik setiap bacaan yang semakin baik,
setiap huruf yang diperbetulkan,
setiap air mata ketika membaca Al-Quran…
ada guru yang sabar membimbing tanpa jemu.

Hari ini, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh para masyaikh, asatizah dan guru-guru Al-Quran yang telah bersama menjayakan setiap program yang kami anjurkan sama ada kelas Tahsin Bersanad, Tadarus Al-Quran, Talqin, Tarannum dan pelbagai majlis ilmu yang lain.

Semoga Allah membalas segala penat lelah kalian dengan keberkatan ilmu, kesihatan, ketenangan dan pahala yang berpanjangan hingga ke akhirat.

Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada seluruh peserta, pelajar dan ahli keluarga Ahlul Quran yang terus memberi kepercayaan serta bersama kami dalam perjalanan memuliakan Kalamullah ini. 🤍

Setiap kehadiran, sokongan dan istiqamah kalian amat bermakna buat kami.

“Guru bukan sekadar mengajar bacaan, tetapi memimpin hati menuju Allah.”

Semoga Allah menjadikan kita semua dalam kalangan أهل القرآن الذين هم أهل الله وخاصته 🤍📖







16/05/2026

Selamat Hari Guru 2026
“Guru Bitara, Nadi Negara” 🌹

Terima kasih kepada seluruh guru dan pendidik atas segala ilmu, pengorbanan, kesabaran dan jasa dalam mendidik generasi ummah dan negara.

“Seorang guru bukan hanya mengajar ilmu, tetapi membina akhlak, membentuk jiwa, dan menerangi masa depan.”

Semoga Allah memberkati seluruh para guru dengan kesihatan, keberkatan umur serta ganjaran pahala yang berterusan.

11/05/2026

Sambungan daripada sesi bersama Hajah Noridah, antara perkara yang diperbaiki dalam bacaan Surah Al-Fatihah ialah dari sudut penyempurnaan waqaf dan ketelitian sifat huruf ketika berhenti bacaan.

Antara yang diberikan perhatian ialah waqaf pada kalimah yang berakhir dengan huruf *nun*, iaitu dengan memperjelaskan huruf nun tersebut ketika disukunkan sewaktu waqaf sebagai *mad ‘aridh lis-sukun*. Kadang-kadang pembaca berhenti terlalu ringan sehingga bunyi huruf akhir kurang jelas kedengaran, sedangkan huruf tersebut perlu dizahirkan dengan lebih kemas dan sempurna ketika waqaf.

Selain itu, turut diberikan perhatian pada kalimah:

إِيَّاكَ نَعْبُدُ

iaitu supaya bacaan pada “iyyāka” tidak dibaca secara berlebihan sehingga menjadi seperti mad yang terlalu panjang. Sebaliknya, yang lebih penting ialah menjaga tasydid, kelancaran aliran suara serta ketepatan sebutan huruf ya’ agar bacaan kedengaran lebih seimbang dan tabi‘i.

Masya-Allah, beginilah indahnya proses tahsin Al-Quran 🌿
Kadang-kadang pembetulan itu bukan pada kesalahan besar, tetapi pada sentuhan kecil yang memperindahkan lagi bacaan dan menjadikannya lebih hampir kepada bacaan yang tepat dan tartil.

Semoga Allah ﷻ memberkati setiap usaha dalam memperbaiki bacaan Al-Quran walaupun sedikit demi sedikit 🤍

Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Klang
42100