Taski ABIM An-Nur Taman Gloxinia

Taski ABIM An-Nur Taman Gloxinia Pendaftaran Pra Sekolah dibuka. Daftarkan anak anda berumur dari 4-6 tahun di sini.😍

Info2
31/07/2026

Info2

πŸ“š Kepada pelajar yang meneruskan pengajian ke menara gading, kalian berpeluang untuk dapat Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK).

Min percaya, setiap anak Malaysia berhak mendapat peluang untuk mengejar cita-cita.

Melalui BAeK PTPTN, pelajar yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih berpeluang menerima biasiswa bagi membantu menampung keperluan pengajian sepanjang tempoh belajar.

Kadang-kadang, bantuan yang nampak kecil di mata orang lain mampu menjadi harapan yang besar buat seseorang.

Kalau kalian kenal adik, anak, saudara atau rakan yang sedang melanjutkan pengajian, kongsikan info ini kepada mereka ya! Mungkin inilah peluang yang sedang mereka nantikan. πŸ’™

Info lanjut:​
https://bit.ly/InfoLanjutBAeKPTPTN




Jom berinfaq...
31/07/2026

Jom berinfaq...

πŸ—οΈ JOM INFAK – SATU BATA, SATU HARAPAN ❀️

Sebuah bangunan yang teguh tidak dibina dalam sehari. Ia bermula dengan seketul bata. Begitulah juga sebuah pusat yang bakal melahirkan ilmu, menyebarkan dakwah dan membina insan.

Hari ini, anda berpeluang menjadi sebahagian daripada sejarah itu.

Setiap RM1, RM10, RM50 atau berapa sahaja yang diinfakkan bukan sekadar sumbangan, tetapi menjadi amal jariah yang terus mengalir, insya-Allah.

🀲 ARCA – Asnaf & Revert Centre Sabah diwujudkan untuk: πŸ“š Menyebarkan ilmu Islam
πŸ•Œ Membimbing saudara baharu (muallaf)
🀝 Membantu golongan asnaf
🌱 Membina komuniti yang lebih berdaya dan sejahtera

> "Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada tiap-tiap tangkai itu p**a terdapat seratus biji."
(Surah Al-Baqarah: 261)

βœ… Scan QR pada poster dan hulurkan infak anda sekarang.

Jangan tunggu kaya untuk memberi. Memberilah, nescaya Allah yang akan mengkayakan hati dan rezeki kita.

πŸ’š Bantu kami membina sebuah pusat yang akan memberi manfaat kepada ribuan insan untuk tahun-tahun yang akan datang.

πŸ“² Kongsikan posting ini. Mungkin perkongsian anda menjadi sebab orang lain berinfak, dan anda turut mendapat pahala daripadanya.

Semoga bermanfaat.
31/07/2026

Semoga bermanfaat.

Bijak membaca seawal mungkin. Jom dapatkannya !!
20/07/2026

Bijak membaca seawal mungkin.
Jom dapatkannya !!

Bacalah Anakku Untuk Mengajar Membaca Dalam Bahasa Malaysia. Mula diperkenalkan pada tahun 1996 lagi. Disusun berdasarkan kaedah fonik. Pertama di Malaysia. Sangat berkesan. Sesuai untuk kanak-kanak seawal 3 tahun. Kandungan Pakej: -8 Buah Buku, 1 Buku panduan, dan 12 Keping Kad Imbas Mengenai Produ...

Untuk kanak-kanak . Kuat dan sihat minda.
20/07/2026

Untuk kanak-kanak . Kuat dan sihat minda.

Excel Hana - Supplement makanan tambahan untuk kanak-kanak NEW FORMULA / NEW PACKAGING - 1 Botol 60 biji 🧠Kelebihan Excel Hana: β€’ Membantu otak supaya jadi lebih fokus semasa belajar β€’ Meningkatkan daya tumpuan dan mudahkan anak mengingat β€’ Memberikan tenaga sepanjang hari β€’ Sel minda ter...

10/06/2026
Selamat bercuti
25/05/2026

Selamat bercuti

Dari Teladan yang baik
15/04/2026

Dari Teladan yang baik

Selalu kalau bawak anak jalan-jalan, pantang nampak kedai serbaneka laju je tangan dorang tarik kita nak pau aiskrim atau mainan kan? Biasalah, fitrah budak-budak memang s**a menerima.

Tapi bila viral kes adik Uwais dan Aesha hulur RM7 duit raya dorang sendiri dekat PMX celah pagar airport tu, ramai mak ayah yang terkesima. Macam mana budak sekecil itu boleh ada common sense dan rasa nak memberi?

Dari sudut psikologi perkembangan kanak-kanak, benda ni tak jadi secara magik. Ini adalah hasil daripada Mirroring Behavior (Tingkah Laku Meniru) yang sangat sihat. Otak kanak-kanak ni umpama span kelajuan tinggi. Dorang tak dengar sangat apa kita leterkan, tapi dorang copy paste apa yang kita buat kat rumah.

Bagi kita orang dewasa, RM7 tu mungkin setakat harga teh tarik dua gelas kat kedai mamak. Tapi bagi budak-budak, RM7 tu adalah harta karun dorang! Bila seorang anak sanggup lepaskan harta karun dia untuk orang lain, maksudnya sel-sel otak yang mengawal empati (Frontal Lobe) dia sedang berkembang dengan sangat cemerlang.

Maksudnya apa? Maksudnya mak ayah adik ni mesti selalu tunjukkan teladan s**a bersedekah, berkongsi, atau selalu layan orang sekeliling dengan baik depan mata dorang.

Jangan bangga sangat kalau anak umur 4 tahun dah hafal sifir tapi kedekut nak mampus dengan adik-beradik. Anak yang pandai baca emosi dan ada sifat empati (EQ tinggi) ini sebenarnya yang lebih mahal nilainya bila dorang masuk alam dewasa nanti.

Cuba usha sikit anak kat sebelah tu, kalau bagi RM7 agaknya dia sedekah ke dia buat beli topup Roblox? Tag sikit pasangan masing-masing, peringatan untuk kita semua jadi cermin yang baik untuk anak-anak!

17 Ramadan 1447HDan sesungguhnya Al-Quran itu menjadi hidayat petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.Semoga h...
18/03/2026

17 Ramadan 1447H

Dan sesungguhnya Al-Quran itu menjadi hidayat petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Semoga hidup berdampingan al Quran.

Address

Kinarut
89600

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

+601116643017

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taski ABIM An-Nur Taman Gloxinia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Taski ABIM An-Nur Taman Gloxinia:

Shortcuts

Share