IKBN Kinarut Sabah

IKBN Kinarut Sabah IKBN Kinarut Professional Terunggul

TVET Pilihan Utama Kerjaya. ILKBS. Profesional Terunggul. Graduan ILKBS:Menepati Keperluan Industri

22/07/2026

"Ada apa dengan
27 Julai 2026? ๐Ÿค” Nantikan..."

๐Ÿง ๐Ÿ’š KESIHATAN MENTAL TANGGUNGJAWAB BERSAMAKesihatan mental yang baik merupakan asas kepada kehidupan yang sejahtera, prod...
22/07/2026

๐Ÿง ๐Ÿ’š KESIHATAN MENTAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Kesihatan mental yang baik merupakan asas kepada kehidupan yang sejahtera, produktif dan bermakna. Setiap daripada kita pasti pernah melalui saat-saat sukar, sama ada berasa tertekan, cemas, sedih atau berdepan dengan pelbagai cabaran kehidupan.

๐Ÿค Ingatlah, anda tidak perlu menghadapinya seorang diri.

Jika anda sedang berdepan dengan situasi tersebut, jangan pendam perasaan sendirian. Beranilah mendapatkan bantuan dan berkongsi dengan individu yang dipercayai. Sokongan awal mampu membantu anda mengurus emosi dengan lebih baik serta mencari jalan penyelesaian yang sesuai.

๐Ÿ“Œ Siapa yang boleh dirujuk? ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Ibu bapa atau ahli keluarga
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Pensyarah atau pengajar
๐Ÿข Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP)
๐Ÿ’ฌ Kaunselor Institut
๐Ÿซ‚ Rakan yang dipercayai
๐Ÿฅ Pegawai perubatan atau fasiliti kesihatan berhampiran

โœจ Meminta bantuan bukanlah tanda kelemahan, tetapi satu langkah berani ke arah pemulihan. Anda tidak keseorangan. Sentiasa ada insan yang sedia mendengar, memahami dan membantu.

Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 2/2026 (Julai) kini sedang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut be...
21/07/2026

Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 2/2026 (Julai) kini sedang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut bermula 20 hingga 23 Julai 2026.

Selamat menduduki peperiksaan diucapkan kepada seluruh pelajar. Semoga segala usaha, ilmu dan latihan yang telah dilalui sepanjang sesi pembelajaran membuahkan hasil yang cemerlang. Didoakan agar semua calon dikurniakan ketenangan, dipermudahkan urusan serta memperoleh kejayaan yang membanggakan.

Semoga berjaya dan berikan yang terbaik! ๐Ÿ’ช



IKBN Kinarut Perkasa Kemahiran Belia Menerusi Program Keusahawanan Belia Bestari (B-BEST) Peringkat Negeri Sabah 2026TAW...
20/07/2026

IKBN Kinarut Perkasa Kemahiran Belia Menerusi Program Keusahawanan Belia Bestari (B-BEST) Peringkat Negeri Sabah 2026

TAWAU, Julai 2026 โ€“ Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut terus memperkukuh komitmennya dalam pembangunan modal insan melalui penyertaan sebagai rakan strategik dalam Program Keusahawanan Belia Bestari (B-BEST) Peringkat Negeri Sabah 2026 anjuran Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah yang berlangsung di Kompleks Sukan Tawau.

Program yang menghimpunkan belia lepasan tahfiz dan belia luar bandar ini bertujuan meningkatkan potensi peserta melalui latihan kemahiran, pembangunan keusahawanan serta persediaan ke arah kebolehpasaran dalam dunia pekerjaan.

Sebagai rakan pelaksana program, IKBN Kinarut telah menghantar dua orang tenaga pengajar berpengalaman, Encik Mohd Asrul bin Asri dan Encik Mohd Nasir bin Ahmad Chatib, bagi mengendalikan Latihan Asas Pendawaian Elektrik. Sepanjang program, para peserta didedahkan kepada asas pendawaian elektrik, penggunaan peralatan, latihan amali serta aspek keselamatan di tempat kerja bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal mereka.

Majlis Penutupan dan Perasmian Program telah disempurnakan oleh YB Datuk Andy Muhammad Suryady bin Haji Bandy, Ahli Parlimen Kalabakan. Turut hadir ialah Encik Mohd Faiz bin Mohd Noor, Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau, yang menyampaikan ucapan alu-aluan serta merakamkan penghargaan kepada semua agensi dan rakan strategik yang menjayakan program. Pada majlis tersebut turut diadakan penyampaian Sijil Penghargaan kepada tenaga pengajar dan pihak yang terlibat serta Sijil Penyertaan kepada para peserta sebagai pengiktirafan atas komitmen sepanjang program berlangsung.

Penyertaan IKBN Kinarut membuktikan komitmen berterusan institusi dalam menyokong agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta memperkukuh kerjasama strategik bersama Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dalam melahirkan belia yang berkemahiran, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul






๐Ÿ“š PEPERIKSAAN AKHIR IKBN KINARUT SESI 2/2026Selamat maju jaya diucapkan kepada seluruh pelajar sepenuh masa dan separuh ...
20/07/2026

๐Ÿ“š PEPERIKSAAN AKHIR IKBN KINARUT SESI 2/2026

Selamat maju jaya diucapkan kepada seluruh pelajar sepenuh masa dan separuh masa IKBN Kinarut yang mula menduduki Peperiksaan Akhir Sesi 2/2026 bermula 20 hingga 24 Julai 2026.

Inilah masanya untuk membuktikan hasil usaha, pengorbanan dan kesungguhan sepanjang sesi pembelajaran. Hadapilah peperiksaan dengan penuh keyakinan, tenang dan semangat juang yang tinggi. Berikan yang terbaik dan yakinlah setiap usaha yang disertai dengan doa pasti membuahkan hasil.

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, dipermudahkan segala urusan, diberikan ilham dalam menjawab setiap soalan serta dikurniakan keputusan yang cemerlang dan membanggakan ibu bapa, keluarga, para pengajar serta IKBN Kinarut. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.

Teruskan melakar kejayaan!

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul








GEGAR PENTAS KEPENGGUNAAN! DIMENSIONS CLUB IKBN KINARUT HARUMKAN NAMA INSTITUSIKOTA KINABALU, 11 Julai โ€“ Seramai 4 orang...
13/07/2026

GEGAR PENTAS KEPENGGUNAAN! DIMENSIONS CLUB IKBN KINARUT HARUMKAN NAMA INSTITUSI

KOTA KINABALU, 11 Julai โ€“ Seramai 4 orang pelajar IKBN Kinarut daripada Jurusan Elektrik yang mewakili kump**an Dimensions Club telah menyertai Pertandingan Battle of the Bands Kepenggunaan Peringkat Zon Borneo sempena Fiesta Kepenggunaan KPDN Sabah Tahun 2026. Selain GPS IKBN Kinarut, terdapat juga penyertaan dari Kelab Gerakan Pengguna Siswa IPTA yang lain.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohammad Ghazali bin Hajiji diiringi oleh YBrs. Sharil Nizam bin Shahidin, Pengarah KPDN. Dalam pertandingan tersebut, kump**an Dimensions Club berjaya meraih hadiah saguhati berupa wang tunai RM300 berserta dua (2) unit hamper.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Kelab Gerakan Pengguna Siswa IKBN Kinarut, khususnya kepada kump**an Dimensions Club, atas penyertaan dan pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan serta mengharumkan nama institusi pada masa akan datang.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul






PEMENANG KUIZ INTEGRITI IKBN KINARUT DIRAIKINARUT, 13 Julai โ€“ Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Kuiz Integriti y...
13/07/2026

PEMENANG KUIZ INTEGRITI IKBN KINARUT DIRAI

KINARUT, 13 Julai โ€“ Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Kuiz Integriti yang telah diadakan bagi menghargai penyertaan serta komitmen warga IKBN Kinarut dalam membudayakan nilai-nilai integriti.

Johan kuiz telah dimenangi oleh Encik Januin J***y, manakala Puan Sitti Rugaya binti Jairul muncul sebagai Naib Johan. Tempat ketiga p**a disandang oleh Encik Muhammad Syafiq bin Mohd Salim.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Pengarah IKBN Kinarut, Puan Zuarini binti Jumai.

Penganjuran kuiz ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta pemahaman warga institut mengenai kepentingan integriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab harian. Program seumpama ini diharap dapat terus memupuk budaya kerja yang beretika, telus dan berintegriti dalam kalangan warga IKBN Kinarut.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas pencapaian yang membanggakan.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul





๐‚๐€๐Š๐๐€ ๐Š๐€๐Œ๐”๐’๐Š๐ž๐ฉ๐ž๐ง๐๐ž๐ค๐š๐ง ๐‹๐š๐›๐ž๐ฅKependekan LabelLabel dapat membantu pengguna untuk memahami dan menggunakan  kata yang betul...
13/07/2026

๐‚๐€๐Š๐๐€ ๐Š๐€๐Œ๐”๐’

๐Š๐ž๐ฉ๐ž๐ง๐๐ž๐ค๐š๐ง ๐‹๐š๐›๐ž๐ฅ

Kependekan Label

Label dapat membantu pengguna untuk memahami dan menggunakan kata yang betul mengikut konteks yang sesuai.





๐‚๐€๐Š๐๐€ ๐Š๐€๐Œ๐”๐’

๐Š๐ž๐ฉ๐ž๐ง๐๐ž๐ค๐š๐ง ๐‹๐š๐›๐ž๐ฅ

Kependekan Label

Label dapat membantu pengguna untuk memahami dan menggunakan kata yang betul mengikut konteks yang sesuai.



KURSUS ASAS SERVIS PENYAMAN UDARA PERKASA KEMAHIRAN BELIAPapar,  Julai 2026 โ€“ Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kin...
12/07/2026

KURSUS ASAS SERVIS PENYAMAN UDARA PERKASA KEMAHIRAN BELIA

Papar, Julai 2026 โ€“ Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah menganjurkan Kursus Asas Servis Penyaman Udara di bawah Program My Future Youth Skills ( Future Y-Skills) di IKBN Kinarut sebagai usaha memberi latihan asas kemahiran TVET kepada para belia.

Program ini telah disertai oleh Seramai 19 oang peserta daripada Belia Kampung Kawang, Belia Daerah Putatan, serta belia dari Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu yang berpeluang mempelajari asas penyelenggaraan dan servis penyaman udara menerusi gabungan pembelajaran teori dan latihan praktikal yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman.

Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Puan Zuarini binti Jumai, Pengarah IKBN Kinarut, yang turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta. Semasa berucap, beliau menekankan bahawa penguasaan kemahiran TVET merupakan nilai tambah penting dalam melahirkan belia yang berdaya saing, kompeten dan bersedia memenuhi keperluan industri.

Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen IKBN Kinarut dalam memperluaskan akses latihan TVET kepada komuniti serta menyokong agenda pembangunan modal insan melalui pemerkasaan kemahiran yang relevan dengan keperluan semasa.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐ง๐œ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐Š๐ข๐›๐š๐ซ ๐‰๐š๐ฅ๐ฎ๐ซ ๐†๐ž๐ฆ๐ข๐ฅ๐š๐ง๐  ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Ÿ“… 19 Julai 2026 (Ahad)๐Ÿ•™ 10.00 pagi๐Ÿ“ Institut Lati...
12/07/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐ง๐œ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐Š๐ข๐›๐š๐ซ ๐‰๐š๐ฅ๐ฎ๐ซ ๐†๐ž๐ฆ๐ข๐ฅ๐š๐ง๐  ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“… 19 Julai 2026 (Ahad)
๐Ÿ•™ 10.00 pagi
๐Ÿ“ Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS), Perak

๐Ÿ“บ Ikuti siaran langsung menerusi RTM dan BERNAMA serta Facebook Live Merdeka360, Kementerian Komunikasi dan Jabatan Penerangan Malaysia.

โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’› Kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan semangat patriotisme dan hayati Bulan Kebangsaan 2026.

๐ŸŒ Layari Merdeka360.my untuk memuat turun logo rasmi, lagu patriotik dan pelbagai bahan promosi bagi menyemarakkan semangat kebangsaan.




Address

Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, Jalan Limau Limauan
Kinarut
89609

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKBN Kinarut Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to IKBN Kinarut Sabah:

Shortcuts

Share