23/08/2026
IKTBN Bachok – PKB Perkukuh Jaringan Kerjasama TVET
23 Ogos 2026 - Telah berlangsung dengan jayanya Lawatan Penanda Aras Kerjasama TVET Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok ke Politeknik Kota Bharu (PKB) sebagai platform perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam pengurusan pendidikan serta latihan teknikal.
Delegasi IKTBN Bachok diketuai oleh En. Mohamad Hazmi bin Noordin, Timbalan Pengarah Pengurus Latihan IKTBN Bachok, manakala pihak PKB diwakili oleh En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Politeknik Kota Bharu.
Turut hadir En Wan Rozaimie bin Wan Mamat, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKTBN Bachok.
Lawatan ini memberi ruang kepada kedua-dua institusi untuk berkongsi maklumat berkaitan pelaksanaan sistem kerja, pengurusan operasi, penyampaian perkhidmatan, dokumentasi serta amalan terbaik yang dilaksanakan di PKB.
Lebih daripada sekadar lawatan, inisiatif ini menjadi jambatan strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama dan perkongsian kepakaran antara institusi TVET, sekali gus menyokong usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi serta memperkasa pendidikan dan latihan teknikal negara.
Berkongsi kepakaran, menyatukan aspirasi, memperkasa TVET untuk masa hadapan.