Kolej Kediaman Politeknik Kota Bharu

Kolej Kediaman Politeknik Kota Bharu � Kolej Kediaman PKB (KKPKB)
Halaman rasmi Pengurusan Felo KKPKB.
� Berkongsi aktiviti, program dan

DEMONSTRASI KESELAMATAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) PELAJAR BAHARU PKB SESI I 2026/202722 Jun 2026 (Isnin)9.00 malam – 11.00 ...
22/06/2026

DEMONSTRASI KESELAMATAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) PELAJAR BAHARU PKB SESI I 2026/2027

22 Jun 2026 (Isnin)
9.00 malam – 11.00 malam
Kolej Harmoni & Kolej Damai

Pelajar baharu bersama Felo Kolej Kediaman PKB telah menyertai Demonstrasi Keselamatan Kebakaran (Fire Drill) yang dilaksanakan pada setiap semester bagi meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan menghadapi situasi kecemasan.

Program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai prosedur keselamatan, laluan kecemasan, titik berkumpul serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan sebenar.

Taklimat keselamatan telah disampaikan oleh En. Redzuan selaku felo dan pegawai Briged bomba dengan sokongan urus setia program, barisan felo kolej kediaman dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Pemilik Proses: Unit Kolej Kediaman & Konsortium PAE
Pengguna: Felo Kolej Kediaman
Pihak Berkuasa: ERT PKB

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini demi memastikan persekitaran kolej yang selamat dan kondusif.

Keselamatan Tanggungjawab Bersama. 🚒🧯🔥

Jadual bertugas Felo PKB untuk sesi 1 2026/2027
21/06/2026

Jadual bertugas Felo PKB untuk sesi 1 2026/2027

Slot program MTS malam ini, Felo bersama pelajar semester 1 yang baru daftar bagi sesi 1 2026/2027.Alhamdulillah, meriah...
21/06/2026

Slot program MTS malam ini, Felo bersama pelajar semester 1 yang baru daftar bagi sesi 1 2026/2027.

Alhamdulillah, meriah pelajar-pelajar semester ni. Dalam 1200 juga pelajar ni.

MINGGU TRANSFORMASI PKBBuku program MTS Sesi 1 2026/2027
21/06/2026

MINGGU TRANSFORMASI PKB

Buku program MTS Sesi 1 2026/2027

Mesyuarat Felo Pertama Sesi 1 2026/2027 telah diadakan malam ini yang dipengerusikan oleh Ketua Felo En. Nik Hafiz.Tarik...
15/06/2026

Mesyuarat Felo Pertama Sesi 1 2026/2027 telah diadakan malam ini yang dipengerusikan oleh Ketua Felo En. Nik Hafiz.
Tarikh: 15.6.2026
Masa : 9.00 - 10.30 malam
Lokasi : Bilik mesyuarat Kolej Kediaman Damai

Mesyuarat ini membincangkan beberapa perkara penting termasuk jadual bertugas felo, urusan pendaftaran pelajar Kolej Kediaman Harmoni dan Damai, serta perancangan perjumpaan bersama pelajar junior dan senior.

Selain itu, turut dibincangkan hal-hal berkaitan pengurusan dan kesejahteraan warga kolej bagi memastikan kelancaran operasi sepanjang sesi baharu ini.

Kehadiran malam ini 15 orang dari 20 orang.
Felo yang tidak hadir kerana ada urusan-urusan yang tak dapat dielakkan.

*agenda mesyuarat malam ini rujuk gambar last.

Address

KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK KOTA BHARU
Ketereh
16450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Kediaman Politeknik Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share