23/05/2023
1) PERANAN PEMIMPIN
Siapa yang bertanggungjawab dalam memperkasakan kefahaman mengenai islam lalah pemimpin. Jika pemimpin berpegang teguh dengan al quran dan as-sunnah tidak akan meninggalkan rakyatnya dalam keadaan terumbang ambing dalam menjalani kehidupan sebagai seorang manusia yang bertaqwa dan negara diurus tabir sebaliknya amanah ini adalah untuk melaksanakan tugas sesuai dengan peraturan yang ditetapkan dan
dengan patuh Syariah. Seorang pemimpin yang diberikan tanggungjawab tidak sepatutnya mengambil peluang untuk mengaut keuntungan peribadi .Pemimpin juga perlu melakukan kegiatan sama ada pemikiran ucapan dan perbuatan atas kapasiti
individu dan organisasi negara mesh berpandukan kepada kehendak Allah Di dalam konteks MalaysiaSeri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalahpernimpin yang tertinggi yang menjadi ketuanegara dan memayungi kedaulatan negara
berlandaskan Perlembagaan Antaratanggungjawab yang dilakukan oleh pemimpin dalam memperkasakan kefahaman menegerai islam adalah menubuhkan institusi keagamaan bagi menguruskan tentang hal ehwal agama contohnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di seluruh negeri yang bertindak dalam menguruskan imam di masjid membanteras kes zina dalam masyarakat, bertindak dalam menyebarkan dakwah dan menapis kesahihan al- quran yang dijual di pasaran Malaysia Kedua menubuhkan institusi pengajian tinggi yang mana dapat melahirkan generasi fasih dalam bidang agarna contohnya Universiti Islam Antarabangsa UIA) yang mana terdiri daripada semua rakyat yang datang dari seluruh negara. Jawatan kepimpinan yang disandang bukanlah satu keistimewaan, kelebihan atau kemegahan sebaliknya adalah suatu tanggungjawab yang sangat berat dan memerlukan pengorbanan tinggi serta kerja keras secara bersungguh-sungguh. Menurut al-Mawardi, kepimpinan adalah menggantikan tugas kenabian bagi menjaga agama dan menguruskan kehidupan dunia. Seterusnya, Ibn Khaldun juga menjelaskan kepimpinan ialah membawa seluruh manusia berada di atas landasan syarak bagi kepentingan akhirat dan urusan keduniaan yang menguntungkan akhirat. Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Setiap kalian adalah pemimpin dan kalian akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kalian; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; khadam p**a diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya." (Riwayat al-Bukhari) .Pemimpin perlu menegakkan keadilan dan menjamin keamanan dalam negera. Pemimpin perlu melaksanakan undang-undang yang telah diletapkan oleh syarak dan berlaku adil. Seterusnya, memastikan pelantikan hakim yang berkelayakan untuk memikul tugas pengadilan supaya keadilan dapat ditegakkan yang sekaligus menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.Disamping itu , mengutamakan kebajikan dan menyediakan kemudahan asas kepada rakyat. Kepimpinan melalui saluran kementerian, jabatan dan sektor yang wujud perlu menyediakan kebajikan dan kemudahan asas kepada rakyat mengikut bidang kerja masing-masing seperti kesihatan, pendidikan, perindustrian, perdagangan, pertanian, pengangkutan, perumahan dan sebagainya.Demikianlah tugas dan tanggungjawab kepimpinan yang perlu dilaksanakan supaya membawa kesejahteraan dan kebaikan dalam sesebuah negara. Natijah kepimpinan menurut Islam adalah untuk membina dan membangun insan yang sejahtera jiwa dan rohaninya, murni akhlak dan sikap, bersaudara, bantu-membantu dalam melakukan kebaikan, berganding bahu mencegah kemungkaran, mempertahankan nilai, kesucian dan kehormatan diri, menegakkan keadilan dan kebenaran, menolak kerosakan.