SRITI Al Farabi Ketereh

SRITI Al Farabi Ketereh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SRITI Al Farabi Ketereh, School, PT 5087, Kompleks Pasar Saidina Ali Kok Lanas, Ketereh.

π’π€π‹π€πŒ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡Aidiladha hadir mengingatkan kita tentang erti keikhlasan, ketaatan dan pengorbanan yang sebenar. S...
27/05/2026

π’π€π‹π€πŒ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡

Aidiladha hadir mengingatkan kita tentang erti keikhlasan, ketaatan dan pengorbanan yang sebenar. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan menjadi asbab keberkatan, kebahagiaan dan rahmat daripada Allah SWT.

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Semoga Allah menerima segala amalan dan pengorbanan kita.

Ikhlas daripada seluruh warga SRITI Al Farabi, Ketereh. πŸŒ™βœ¨

β€’ Membina Generasi Rabbani Murabbi β€’

26/05/2026

Ucapan NYDP PAS Kawasan Ketereh bersempena Hari Wukuf dan Hari Raya Aidiladha.

26/05/2026

Selamat menghayati hari wukuf dan selamat hari raya aidiladha. Semoga segala pengorbanan kita diterima oleh Allah.

πŸ“š π”π‰πˆπ€π ππ„ππˆπ‹π€πˆπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 π’π„π’πˆ! ✨Lensa sekitar hari pertama ujian penilaian pertengahan sesi berlangsung. Ujian hari...
18/05/2026

πŸ“š π”π‰πˆπ€π ππ„ππˆπ‹π€πˆπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 π’π„π’πˆ! ✨

Lensa sekitar hari pertama ujian penilaian pertengahan sesi berlangsung. Ujian hari ini melibatkan subjek aqidah, bahasa melayu dan jawi.

Doakan agar anak-anak SRITI Al Farabi terus dipermudah untuk menjawab semua soalan yang dihadapi.

β€’ Membina Generasi Rabbani Murabbi β€’

πŸ“š π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππƒπ”πƒπ”πŠπˆ π”π‰πˆπ€π ππ„ππˆπ‹π€πˆπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 π’π„π’πˆ! ✨Buat semua anak-anak SRITI Al Farabi Ketereh, khususnya tahun 1 h...
18/05/2026

πŸ“š π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππƒπ”πƒπ”πŠπˆ π”π‰πˆπ€π ππ„ππˆπ‹π€πˆπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 π’π„π’πˆ! ✨

Buat semua anak-anak SRITI Al Farabi Ketereh, khususnya tahun 1 hingga tahun 6, selamat menempuh ujian bermula 18 - 21 Mei 2026.

Semoga dipermudahkan segala urusan, diberi ketenangan dan kecemerlangan dalam setiap jawapan, insyaAllah. 🀲🏻

βœ… Jangan lupa ulangkaji!
βœ… Mohon restu guru & ibu ayah!
βœ… Sediakan alat tulis secukupnya!
βœ… Solat hajat & doa banyak-banyak!

Ψ¨Ψ§Ω„ΨͺΩˆΩΩŠΩ‚ ΩˆΨ§Ω„Ω†Ψ¬Ψ§Ψ­

β€’ Membina Generasi Rabbani Murabbi β€’

π“π€π‡ππˆπ€π‡ & π’π˜π€ππ€π’Seluruh warga SRITI Al Farabi merakamkan ucapan tahniah kepadaYang Berusaha Ustaz Muhammad Qamarul Bahja...
16/05/2026

π“π€π‡ππˆπ€π‡ & π’π˜π€ππ€π’

Seluruh warga SRITI Al Farabi merakamkan ucapan tahniah kepada
Yang Berusaha Ustaz Muhammad Qamarul Bahjan bin Kamaruddin
Guru Besar SRITI Al-Farabi, Ketereh

atas penerimaan

π—”π—‘π—¨π—šπ—˜π—₯𝗔𝗛 π—£π—˜π—₯π—žπ—›π—œπ——π— π—”π—§π—”π—‘ π—–π—˜π— π—˜π—₯π—Ÿπ—”π—‘π—š 𝗦π—₯π—œπ—§π—œ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” tahun 2026
bersempena 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗑 𝗛𝗔π—₯π—œ π—šπ—¨π—₯𝗨 π——π—˜π—ͺ𝗔𝗑 π—£π—˜π— π—¨π——π—” 𝗣𝗔𝗦 π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—”.

Semoga segala usaha, pengorbanan dan khidmat bakti yang dicurahkan dalam mendidik serta memimpin warga SRITI terus diberkati Allah SWT dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik.

β€œGuru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah”

β€’ Membina Generasi Rabbani Murabbi β€’

🌹 π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐆𝐔𝐑𝐔 🌹Ucapan Selamat Hari Guru diucapkan kepada seluruh warga pendidik di mana jua berada, khususnya buat...
16/05/2026

🌹 π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐆𝐔𝐑𝐔 🌹

Ucapan Selamat Hari Guru diucapkan kepada seluruh warga pendidik di mana jua berada, khususnya buat semua guru SRITI Al Farabi Ketereh yang sentiasa istiqamah mencurahkan ilmu, mendidik dengan penuh hikmah serta membina generasi ummah dengan keikhlasan dan kasih sayang.

Sesungguhnya, tugas seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, bahkan membentuk akhlak, menyemai adab dan menjadi asbab lahirnya generasi rabbani yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan masyarakat.

Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran dan jasa yang tidak ternilai. Semoga setiap usaha yang dicurahkan diberkati Allah SWT dan dikurniakan ganjaran yang berpanjangan. ✨

β€œGuru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah”

β€’ Membina Generasi Rabbani Murabbi β€’

ππˆπ€πŒπŒπ”π‹π‹π€πˆπ‹ π‰π”ππˆπŽπ‘ Alhamdulillah, program qiammullail Junior 1.0 telahpun selesai dengan jayanya. Pelajar yang terlibat ...
14/05/2026

ππˆπ€πŒπŒπ”π‹π‹π€πˆπ‹ π‰π”ππˆπŽπ‘

Alhamdulillah, program qiammullail Junior 1.0 telahpun selesai dengan jayanya. Pelajar yang terlibat pada qiamullail ini ialah pelajar tahun 1 Abu Bakar, 3 Abu Bakar dan 4 Abu Bakar.

Program sehari semalam ini merupakan program wajib yang dianjurkan oleh pihak sekolah pada setiap tahun.

Program ini adalah bertujuan untuk melatih dan mendidik anak-anak SRITI Al Farabi mengamalkan qiamullail dan mendedahkan kepada mereka 1001 manfaat melakukan qiamullail.

Semoga semua murid dapat terus istiqamah melakukan qiamullail pada hari-hari akan datang.

β€’ Membina Generasi Rabbani Murabbi β€’

08/05/2026

Kemenjadian murid bersama Al-Quran tidak seharusnya dipikul oleh satu pihak sahaja, bahkan ia merupakan amanah besar yang menuntut kerjasama, kesungguhan dan komitmen semua pihak demi melahirkan generasi celik Al-Quran, berakhlak mulia dan berjaya dunia serta akhirat.

Semoga dengan nasihat daripada Pengerusi SRITI Al Farabi ini dapat membangkitkan semangat kita semua bagi memastikan kita dapat mencapai matlamat agar anak-anak SRITI Al Farabi sentiasa cemerlang dengan Al Quran & Sunnah.

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ & πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 π‰πˆππ† Lensa sekitar Mesyuarat Agung JIBG beserta Majlis Hari Raya ...
04/05/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ & πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 π‰πˆππ†

Lensa sekitar Mesyuarat Agung JIBG beserta Majlis Hari Raya Aidilfitri peringkat SRITI Al Farabi berlangsung.

β€’ Membina Generasi Rabbani Murabbi β€’

Address

PT 5087, Kompleks Pasar Saidina Ali Kok Lanas
Ketereh
16450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097882616

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Al Farabi Ketereh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI Al Farabi Ketereh:

Shortcuts

Share

Category