Taska/Tadika Pintar Jaya

Taska/Tadika Pintar Jaya Pre School education
NO.PENDAFTARAN : 200403140549 (TR0053887-T)

Selamat hari lahir kepada anak-anak yang menyambut hari lahir pada bulan Mac dan April. Semoga menjadi anak yang soleh d...
01/05/2026

Selamat hari lahir kepada anak-anak yang menyambut hari lahir pada bulan Mac dan April. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan di akhirat.

Terima kasih Ibu bapa yang telah menyumbang kan makanan untuk anak-anak tadika🥰🎂


04/04/2026
04/04/2026

Selamat Hari Raya✨❤️

Aktiviti membuat biskut raya bersama anak-anak Taska dan Tadika bagi memberi pendedahan awal tentang persiapan Hari Raya...
17/03/2026

Aktiviti membuat biskut raya bersama anak-anak Taska dan Tadika bagi memberi pendedahan awal tentang persiapan Hari Raya Aidilfitri. Kanak-kanak dapat belajar, berkreativiti dan bergembira sambil menghasilkan biskut raya bersama-sama. 🍪

Program Si Cilik Ke Masjid 🕌Alhamdulillah, anak-anak kecil sangat teruja menyertai program Si Cilik Ke Masjid. Antara ak...
13/03/2026

Program Si Cilik Ke Masjid 🕌

Alhamdulillah, anak-anak kecil sangat teruja menyertai program Si Cilik Ke Masjid. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi bercerita tentang Ramadan, solat sunat Dhuha berjemaah serta amalan menderma di tabung masjid sebagai pendedahan awal untuk berkongsi dan berbuat kebaikan.

Semoga program ini dapat menanam rasa cinta kepada masjid dan membiasakan anak-anak melakukan amalan baik sejak kecil. ✨


Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Program Agihan Bubur Lambuk telah diadakan sebagai usaha menyemarakkan sema...
28/02/2026

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Program Agihan Bubur Lambuk telah diadakan sebagai usaha menyemarakkan semangat berkongsi rezeki dan mengeratkan silaturahim dalam komuniti.

Aktiviti dimulakan dengan gotong royong dan menampal sticker oleh anak-anak Taska & Tadika untuk memupuk kerjasama berkumpulan bersama kawan-kawan.

Agihan bubur lambuk dilaksanakan oleh kanak-kanak berusia 6 tahun sebagai pendedahan awal kepada nilai murni seperti sikap prihatin, bekerjasama serta semangat memberi sejak usia kecil.

Terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sumbangan bahan-bahan dan saguhati untuk program bubur lambuk pada tahun ini.
Semoga program ini membawa keberkatan dan kegembiraan kepada semua dan memberi pendedahan kepada kanak-kanak bahawa bulan ramadan adalah bulan yang mulia untuk memberi selain berpuasa.


Sambutan Hari lahir Januari 🎂Selamat Hari Lahir buat semua anak-anak  yang menyambut Hari Lahir pada bulan Januari Semog...
29/01/2026

Sambutan Hari lahir Januari 🎂

Selamat Hari Lahir buat semua anak-anak yang menyambut Hari Lahir pada bulan Januari Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah 🥰

12/01/2026

Didikan Awal Berkualiti untuk Masa Depan Gemilang Anak Anda! ✨

Taska/Tadika kami menyediakan persekitaran selamat, menyeronokkan dan pembelajaran berasaskan kasih sayang.

Assalamualaikum.Masih mencari taska dan tadika untuk anak-anak bagi tahun 2026?😃Kami menawarkan tempat untuk kanak-kanak...
05/01/2026

Assalamualaikum.

Masih mencari taska dan tadika untuk anak-anak bagi tahun 2026?😃

Kami menawarkan tempat untuk kanak-kanak bagi sesi 2026‼️‼️

💐 3 bulan hingga 3 tahun (Taska)
💐 4 , 5 & 6 tahun (Tadika)


Ada 2 sesi pembelajaran
( *7.00 pagi - 6.00 petang*)

💐 *7.00 pagi - 12.30 tengah* *hari*
(Sesi pembelajaran seperti
biasa)

💐 *12.30 tengah hari - 6.00 petang*
(Transit )

*Sesi bagi Taska*
💐 7 : 00 pagi - 6 : 00 petang

Apa tunggu lagi. Jom daftarkan anak-anak di Taska Tadika Pintar Jaya 💐

Klik pautan di bawah untuk sebarang pertanyaan
https://www.wasap.my/+601154110513

Terima kasih kepada ibu bapa yang menyediakan pelbagai juadah untuk anak-anak taska dan tadika.InshaAllah tahun depan ki...
19/12/2025

Terima kasih kepada ibu bapa yang menyediakan pelbagai juadah untuk anak-anak taska dan tadika.

InshaAllah tahun depan kita jumpa lg🥰

Address

Jalan Seligi, Taman Peremba
Kertih
24300

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 05:30
Sunday 07:00 - 18:00

Telephone

098266576

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taska/Tadika Pintar Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Taska/Tadika Pintar Jaya:

Shortcuts

Share