Tadika An-Nur Kerteh

Tadika An-Nur Kerteh Tadika An-Nur Kerteh menawarkan pakej pendidikan pra-sekolah berteraskan tauhid untuk membimbing anak

Alhamdulillah, Program Derma Darah yang berlangsung semalam telah berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil sokongan dan ...
10/06/2026

Alhamdulillah, Program Derma Darah yang berlangsung semalam telah berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil sokongan dan kerjasama semua pihak. Ini merupakan kali pertama Tadika An-Nur Kerteh menjemput pihak Hospital Kemaman untuk menjalankan aktiviti ini.🩸

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penderma dan ibubapa pelajar yang tampil dengan penuh keikhlasan untuk menyumbang darah demi membantu mereka yang memerlukan. Sesungguhnya setiap titisan darah yang didermakan mampu memberi harapan dan menyelamatkan nyawa insan lain.🤲🏻

Terima kasih juga kepada pihak Hospital Kemaman, guru-guru, ibu bapa dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada pengurusan dan muallimah daripada Sri Al-Amin Kerteh atas sokongan dan bantuan yang diberikan. 🌹

Semoga segala usaha dan pengorbanan yang diberikan menjadi amal soleh dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT.


Sedang berlangsung sekarang.Program derma darah.Jom datang ke Tadika An-Nur Kerteh .
09/06/2026

Sedang berlangsung sekarang.
Program derma darah.
Jom datang ke Tadika An-Nur Kerteh .

Jemput datang...😊
07/06/2026

Jemput datang...😊

Jom hadir untuk menderma darah...😊Tarikh.  : 9hb Jun 2026 (Selasa)Masa    : 9 pagi - 1 tengahariTempat : Tadika An-Nur K...
05/06/2026

Jom hadir untuk menderma darah...😊

Tarikh. : 9hb Jun 2026 (Selasa)
Masa : 9 pagi - 1 tengahari
Tempat : Tadika An-Nur Kerteh (Perumahan Panelex)


01/06/2026
🦋AKTIVITI BERTEMAKAN HAIWAN🦋Alhamdulillah, anak-anak sangat teruja mengikuti aktiviti pembelajaran bertemakan pelbagai j...
25/05/2026

🦋AKTIVITI BERTEMAKAN HAIWAN🦋

Alhamdulillah, anak-anak sangat teruja mengikuti aktiviti pembelajaran bertemakan pelbagai jenis haiwan dan serangga. 🦁🐰🐘

Melalui aktiviti ini, mereka dapat mengenali pelbagai jenis haiwan, bunyi haiwan, habitat serta keunikan setiap haiwan dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif. ✨

Belajar sambil bermain bukan sahaja menceriakan suasana kelas, malah membantu meningkatkan keyakinan, komunikasi dan perkembangan minda anak-anak.🌈

Semoga melalui pembelajaran ini, anak-anak lebih menghargai alam, menyayangi haiwan dan mengenali kebesaran Allah melalui setiap ciptaan-Nya. 💛

Allah SWT juga mengajar manusia supaya mengambil pengajaran daripada makhluk ciptaan-Nya:

"Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam Al-kitab, kemudian kepada Tuhan-lah mereka dihimpunkan".

(Surah Al-An‘am : ayat 38)


Alhamdulillah. Terima kasih Revival trg untuk kopi dan muffin yang sangat padu dan sedap.Semoga Allah membalas kebaikan ...
17/05/2026

Alhamdulillah. Terima kasih Revival trg untuk kopi dan muffin yang sangat padu dan sedap.

Semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan sebaik-baik pembalasan. 🥰

PROGRAM SMART HAJI 2026🌄Alhamdulillah Tadika An-Nur Kerteh telah menghantar para pelajar untuk menyertai program Smart H...
17/05/2026

PROGRAM SMART HAJI 2026🌄

Alhamdulillah Tadika An-Nur Kerteh telah menghantar para pelajar untuk menyertai program Smart Haji 2026 yang disertai oleh para pelajar daripada beberapa tadika swasta di kawasan Kerteh. Program dijalankan di Masjid Tengku Mizan Kerteh dengan penyertaan seramai lebih kurang 150 orang pelajar kesemuanya.

Para pelajar menjalani simulasi haji dan mereka didedahkan tentang sejarah dan kepentingan manasik haji para guru dan ustaz jemputan.

Syabas dan tahniah diucapkan buat barisan urusetia dan jawatankuasa pelaksana yang telah menjayakan program ini.🥰

{ وَأَتِمُّوا۟ ٱلۡحَجَّ وَٱلۡعُمۡرَةَ لِلَّهِۚ ...... }
"Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah...."

[Surah Al-Baqarah: Petikan ayat 196]



Selamat hari guru buat semua warga pendidik yang sentiasa berkorban demi anak bangsa yang tercinta....❤️
17/05/2026

Selamat hari guru buat semua warga pendidik yang sentiasa berkorban demi anak bangsa yang tercinta....❤️

PROGRAM SERONOKNYA BELAJAR TENTANG HAJI 🕋🕋Tadika An-Nur Kerteh telah menganjurkan program untuk anak-anak sempena Mesyua...
12/05/2026

PROGRAM SERONOKNYA BELAJAR TENTANG HAJI 🕋🕋

Tadika An-Nur Kerteh telah menganjurkan program untuk anak-anak sempena Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sri Al-Amin Kerteh pada 8 Mei 2026 bertempat di kantin sekolah tersebut. Program juga mendapat kerjasama daripada team Ikram Junior untuk sama-sama menjayakannya.❤️

Seramai 37 peserta terdiri daripada kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun telah menyertai program ini.

Program telah dimulakan dengan aktiviti bercerita mengenai haji. Banyak kisah dan pengajaran di sebalik ibadah haji yang dapat dikongsi bersama anak-anak.

Seterusnya aktiviti diteruskan dengan mini-explorace. Tugasan di setiap check point disusun berasaskan manasik haji. Di antaranya ialah niat ihram, wukuf, melontar, saie, tahallul dan tawaf.🏃🏻‍♂️

Anak-anak mendapat pengalaman menarik dan menyeronokkan serta mendapat sedikit sebanyak pendedahan tentang praktikal ibadah haji.

Semoga anak-anak membawa balik nilai murni dan gembira menimba ilmu mengenai haji. 🌹


Address

607 Perumahan PANALEX
Kerteh

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:00
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 08:30 - 18:00
Thursday 08:30 - 18:00
Sunday 08:30 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika An-Nur Kerteh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category