Tahfiz Cilik Surau Darul Rahman

Tahfiz Cilik Surau Darul Rahman Hari: Ahad, Isnin, Rabu, Khamis
Masa: Asar - Maghrib
Tempat: Surau Darul Rahman, Kerteh

12/01/2026

Didikan dari seorang kakak 👍👍

11/01/2026
⏰ Jangan tunggu saat akhir untuk persiapkan anak ke SMK Ulul Albab & SMKA!Persediaan awal memberi kelebihan besar dalam ...
09/01/2026

⏰ Jangan tunggu saat akhir untuk persiapkan anak ke SMK Ulul Albab & SMKA!

Persediaan awal memberi kelebihan besar dalam proses pemilihan.

📌 Tempat terhad — daftar sekarang!

Kisah guru Al-Quran dan muridnya oleh Oum MahmoudSeseorang berkata:“Seorang daripada muridku di pusat tahfiz benar-benar...
23/12/2025

Kisah guru Al-Quran dan muridnya oleh Oum Mahmoud

Seseorang berkata:
“Seorang daripada muridku di pusat tahfiz benar-benar meletihkanku; kerana dia tidak mampu menghafal satu muka surat daripada mushaf dalam sehari. Aku bersabar dengannya, kemudian aku kurangkan silibusnya sehingga tinggal satu ayat sahaja sehari.

Keesokan harinya dia datang kepadaku dalam keadaan sudah menghafalnya.
Dia duduk, membaca isti‘azah dan basmalah, kemudian membaca ayat itu dengan tartil dan tajwid yang baik.

Apabila selesai, dia memandangku lalu kami ketawa bersama, kerana isti‘azah dan basmalah itu lebih panjang daripada ayat tersebut.

Ketika itu aku tersedar lalu berkata kepadanya:
“Tahniah atas apa yang telah kamu capai. Tahukah kamu apakah nilai pencapaian ini?”

Dia kehairanan lalu bertanya kepadaku.
Aku pun berkata:
“Sesungguhnya kamu telah memperoleh ayat ini dan dengannya kamu telah naik satu darjat di dalam syurga.”

{فَمَن يَّعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَةٍ خَيْراً يَّرَه}

Wajahnya pun berseri dan dia gembira.
Keesokan harinya dia menghafal dua ayat.

Ahli kiraan telah menghitung bahawa sesiapa yang menghafal dua ayat setiap hari, dia akan mengumpulkan keseluruhan al-Quran dalam tempoh lapan tahun, tujuh bulan dan sembilan hari, dengan izin Allah.

Wahai orang yang telah mensia-siakan lapan tahun daripada umurmu lebih daripada sekali,
adakah engkau mahu mensia-siakan lapan tahun lagi, sedangkan darjat-darjat syurga sedang ditawarkan di pasar akhirat?

Dan wahai orang yang Allah kurniakan kepadanya hafalan yang cepat dan kecerdasan yang tajam, di manakah engkau?

Maka bersungguh-sungguhlah wahai orang yang berkehendak (menuju kebaikan) terhadap apa yang bermanfaat bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah berasa lemah.” 💚

Bismillahirrahmanirrahim. Calon ke-4 bagi tahun 2025 bakal menduduki peperiksaan Syahadah Ula, pada pertengahan Disember...
19/12/2025

Bismillahirrahmanirrahim. Calon ke-4 bagi tahun 2025 bakal menduduki peperiksaan Syahadah Ula, pada pertengahan Disember ini, إن شاء الله.

Haryz Irfan bin Wan Azrizul Azad. Pelajar tahun ke-4 di Maahad Tahfiz Al Fateh.

Mohon sahabat-sahabat muka buku saya mendoakan bersama kemudahan baginya, kelancaran lisannya, kekuatan jiwa dan raganya, dalam memperdengarkan kalimah-kalimah Allah iaitu 30 Juz Al-Quran dalam tempoh masa tidak sampai 24 jam, pertengahan Disember nanti. آمين، إن شاء الله.

Gambar : peperiksaan Syahadah Thaniah; memperdengarkan hafazan 30 Juz Al-Quran dalam masa dua hari. Juga merupakan proses akhir sebelum menduduki peperiksaan Syahadah Ula.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _💎 _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Di mana Bermula?

Mungkin sebahagian orang menyangka proses murajaah syahadah akan bermula selepas khatam Al-Quran, akan tetapi sebenarnya proses ini telah bermula dari awal pelajar ini menghafal Al-Quran dengan membuat latih tubi hafalan (latu) sebanyak 60 kali bagi setiap ayat Al-Quran.

Pernah tak kita terfikir kenapa kita tidak perlu lagi menyelak lembaran Al-Quran ketika mahu membaca surah Al-Fatihah dan surah lazim? Ini terjadi disebabkan surah atau ayat ini telah biasa dibaca,diulang dengar sehingga seolah-olah telah menjadi darah daging kita.

Untuk membaca keseluruhan Al-Quran dalam masa sehari perlukan kekuatan hafalan yang tinggi, stamina membaca dan yang paling diperlukan adalah taufiq dan bimbingan dari Illahi.

سَنُقۡرِئُكَ فَلَا تَنسَىٰۤ﴿ ٦ ﴾

إِلَّا مَا شَاۤءَ ٱللَّهُۚ إِنَّهُۥ یَعۡلَمُ ٱلۡجَهۡرَ وَمَا یَخۡفَىٰ﴿ ٧ ﴾

Kredit kepada Abdul Mun'im Afifi

18/12/2025

Soalan : Bilakah perang Gaza akan berakhir?

Dr Nasr Fahjan seorang pensyarah pengajian Islam di Gaza menjawab :

Perang kali ini pada pandangan saya bukanlah seperti perang-perang yang sebelumnya. Iaitu perang bersiri yang bersifat sementara dan banyak pusingan. Tetapi perang kali ini adalah perang yang membawa kepada pembebasan sepenuhnya Palestin dan Masjid Al Aqsa dengan makna ianya tidak akan berakhir sehinggalah terbebasnya Masjid Al Aqsa dan Palestin.

Mengapa saya berkata begitu? Ini berdasarkan kepada ayat 7 surah Al Isra' berkenaan kemusnahan orang Yahudi yang akan melalui 3 fasa.

Fasa pertama : ليسوؤوا وجوهكم
"untuk memburukkan wajah@imej kamu"

Fasa kedua : وليدخلوا المسجد
"dan mereka (orang Islam) akan masuk ke dalam masjid (Al Aqsa)"

Fasa ketiga : وليتبروا ما علوا تتبيرا
"mereka akan memusnahkan apa saja yang mereka kuasai"

Sekarang kita berada di fasa pertama iaitu fasa imej Yahudi akan menjadi buruk di seluruh dunia akibat kezaliman yang mereka lakukan.

Fasa ni menurut sebahagian pengkaji adalah fasa paling lama daripada 3 fasa. Ini berdasarkan kepada istinbat daripada hukum tajwid perkataan
وليسوؤوا

Hukum tajwib di sini ialah mad wajib muttasil yang mesti dibaca panjang dari 4 ke 5 harakat. Bacaan panjang ini menunjukkan juga fasa ini adalah panjang. Lama mana hanya Allah yang mengetahui.

Tetapi selepas habis fasa ini fasa seterusnya kedua dan ketiga adalah pendek sahaja. Fasa kedua masuk ke Masjid Al Aqsa tiada mad panjang pada perkataan
وليدخلوا

Sama juga pada fasa ketiga tiada mad panjang pada perkataanوليتبروا

Yang ada hanya mad tobi'e@mad asli dua harakat. Ini menunjukkan selepas habis fasa pertama maka fasa kedua masuk ke Masjid Al Aqsa dan fasa ketiga kemusnahan Yahudi Zionis adalah singkat sahaja masanya.

Kredit : Ustaz Mohd Mahyuddin Mohd Yusoff

✨ Rewards Day ✨Alhamdulillah, program Rewards Day telah berlangsung pada📅 Isnin | 15 Disember 2025📍 Surau Darul RahmanPr...
16/12/2025

✨ Rewards Day ✨
Alhamdulillah, program Rewards Day telah berlangsung pada
📅 Isnin | 15 Disember 2025
📍 Surau Darul Rahman

Program ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas usaha, disiplin dan kesungguhan anak-anak sepanjang tahun 2025 di Tahfiz Cilik Surau Darul Rahman.

Selamat maju jaya juga buat anak-anak didik yang akan mengorak langkah ke alam sekolah menengah dan meninggalkan pengajian di tahfiz ini. Moga terus istiqomah menghafal Al Qur'an di mana jua kalian berada.

Tahniah kepad semua yang menerima anugerah!

Semoga 'rewards' ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha belajar, menghafal dan mencintai Al Qur'an 🌱📘

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis pada kali ini.
Jazakumullahu khairan kathiira 🌹

Sekitar latihan insentif teknik hafazan untuk para pelajar menghadapi temuduga hafazan.
15/12/2025

Sekitar latihan insentif teknik hafazan untuk para pelajar menghadapi temuduga hafazan.

01/08/2025

Apa itu tafsiran senyap bagi Al Quran?

👇

01/08/2025

Syahid dalam keadaan menggengam Al Quran.

Baca lanjut 👇

01/08/2025

Isteri Abu Anas menceritakan kisah
Sang Mujahid al Hafiz. 👇

Address

Kerteh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tahfiz Cilik Surau Darul Rahman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tahfiz Cilik Surau Darul Rahman:

Shortcuts

Share

Category