Pasti ArRahman Kerteh

Pasti ArRahman Kerteh Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Ustazah Adawiyah(011-64561683 )

Menyediakan proses pendidikan awal yang berorientasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua seluruh umat Islam
18/02/2026

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua seluruh umat Islam

๐Œ๐š๐ซ๐ก๐š๐›๐š๐ง ๐˜๐š ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, Allah SWT masih memberi peluang untuk kita bertemu Ramadan sekali lagi. Bulan yang sentiasa dinanti โ€” bulan penuh rahmat, pengampunan dan keberkatan.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 183, mengingatkan bahawa puasa itu mendidik kita menjadi insan bertaqwa. Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi latihan sabar, disiplin dan membentuk hati yang lebih dekat dengan Allah.

Buat seluruh warga PASTI semoga Ramadan ini menyuntik semangat baharu dalam mendidik dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Setiap usaha mendidik anak-anak adalah saham akhirat yang sangat bernilai.

Dan buat anak-anak PASTI yang sedang belajar berpuasa, tahniah atas keberanian dan kesungguhan kalian. Walaupun mungkin rasa penat dan haus, itu tanda sedang belajar menjadi kuat. Teruskan berusaha, Allah s**a anak-anak yang sabar dan rajin ๐Ÿ˜‰

Semoga Ramadan 1447H ini membawa ketenangan dalam hati, keberkatan dalam rezeki dan kekuatan dalam setiap langkah kita.

Selamat menjalani ibadah puasa.
Semoga setiap amalan diterima dan setiap doa dimakbulkan.

Ikhlas daripada
Jabatan PASTI Kawasan Kemaman




10/01/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—œ
Buat Seluruh Warga PASTI Terengganu

Alhamdulillah, esok akan bermulalah sesi persekolahan PASTI 2026.
Selamat kembali ke PASTI diucapkan kepada para guru, murid-murid, ibu bapa serta seluruh warga PASTI Terengganu.

PASTI merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang komited dalam menyediakan kurikulum yang berkualiti, bersepadu dan bersifat syumul, selaras dengan matlamat ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—š๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—–๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ธ ๐—”๐—น-๐—ค๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang telah memilih PASTI sebagai pilihan utama pendidikan awal anak-anak. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak pengurusan serta para guru yang telah bersungguh-sungguh membuat persiapan bagi menyambut ketibaan murid dan ibubapa dan memastikan suasana pembelajaran yang kondusif, ceria serta selamat untuk anak-anak.

Semoga urusan pendaftaran hari pertama persekolahan esok berjalan dengan lancar dan tertib. Kerjasama para ibu bapa amatlah dihargai untuk mematuhi segala arahan dan prosedur yang ditetapkan demi kelancaran, keselamatan dan kesejahteraan semua pihak.

๐ŸŒŸ Jumpa esok di PASTI! ๐ŸŒŸ
Semoga segala urusan dipermudahkan, insya-Allah.



ุจุณู… ุงู„ุฑ ุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…
10/01/2026

ุจุณู… ุงู„ุฑ ุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

31/12/2025

Assalamualaikum ibu ayah, masih ada kekosongan untuk murid 5 tahun dan 6 tahun bagi sesi 2026. Jika berminat hubungi Ustazah Adawiyah (011-64561683)

07/12/2025

TAHNIAH DAN SYABAS

Adik Siti Naayla Bt Sheikh Mohd Nazrul daripada kelas 4 Al Qadr &
Adik Hannah Aaira Bt Hafizze daripada kelas 5 Al Kauthar

Dinobatkan sebagai murid Harapan 4 & 5 tahun bagi sesi 2025

MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PASTI AR-RAHMAN KG BARU KERTEH 2025Puji dan Syukur ke hadrat Allah swt kerana majlis yang diran...
07/12/2025

MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PASTI AR-RAHMAN KG BARU KERTEH 2025
Puji dan Syukur ke hadrat Allah swt kerana majlis yang dirancang dapat dijayakan dengan lancar walaupun angin kuat dan hujan mencurah-curah. Namun, Alhamdulillah majlis tetap diteruskan dengan penuh semangat.

Pertama-tama, jutaan terima kasih diucapkan kepada Yb Haji Ir Saiful Azmi Bin Suhaili Ir Saiful Azmi Suhaili sebagai perasmi Majlis kali ini, seterusnya Saudara Luqman Nur Haqim sebagainya Wakil PPDK Pemuda PAS DUN Kemasik .

Terima kasih juga buat barisan JPKK PAS Cawangan Kg Baru Kerteh, Tuan Hj Muda, Tuan Haji Mior, Tuan Haji Azhar dan Encik Wan Mohd Zaki kerana sudi hadir memeriahkan suasana. Juga terima kasih buat barisan Ajk PASTI Ar Rahman yang bersama sama menguruskan majlis.

Buat ibu ayah pelajar PASTI Ar Rahman, terima kasih kami ucapkan. Sokongan dan sumbangan yang diberikan semoga Allah ganjarkan dengan sebaik baik ganjaran.

Buat guru2 dan Semua kakitangan PASTI Ar-Rahman, anda HEBAT. Semoga segala pengorbanan yang dicurahkan menjadi saksi di hadapan Allah di sana kelak.

Buat anak2 soleh dan solehah, senyuman di wajah kalian merupakan senyuman di wajah kami guru-guru. Semoga kalian sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah dan cemerlang dunia dan akhirat.

Address

5460, Jalan Orkid, Kampung Baharu
Kerteh
24300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasti ArRahman Kerteh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pasti ArRahman Kerteh:

Shortcuts

Share

Category